CLOSING CEREMONY OF A DAY WITH BROWNIES PROGRAMME 2026
Friday | 10 Muharram 1448 | 26 June 2026
BERAKAS - The Ministry of Education, through the Uniformed Units and Services Section, Department of Co-Curriculum Education, in collaboration with the Girl Guides Association of Brunei Darussalam (PPPBD), today held the Closing Ceremony of the A Day with Brownies Programme 2026 at the Headquarters of the Girl Guides Association of Brunei Darussalam, Kampung Anggerek Desa.


Present as the Guest of Honour to officiate the presentation of prizes to the winners, as well as certificates and badges to the participants, was Yang Mulia Dayang Hajah Viviyanti binti Haji Md. Ali, Vice President of the Girl Guides Association of Brunei Darussalam.
Also presenting certificates of appreciation was Yang Mulia Dayang Hajah Rosediana binti Haji Hidop, Head of the Uniformed Units and Services Section, Department of Co-Curriculum Education, Ministry of Education. Also in attendance at the closing ceremony were Yang Mulia Dayang Norazrina binti Haji Sarbini, Chief Commissioner of the Girl Guides Association of Brunei Darussalam, and Yang Mulia Dayang Hajah Noriah binti Haji Dollah, Deputy Chief Commissioner of the Girl Guides Association of Brunei Darussalam.
A total of 66 Brownies from government and private primary schools under the Ministry of Education, as well as Arabic schools under the Department of Islamic Studies, Ministry of Religious Affairs participated in the programme. The programme was organised by a committee comprising officers and staff of the Department of Co-Curriculum Education, members of the GGABD Executive Committee, Brownie leaders (teacher supervisors), young leaders from higher education institutions (HEIs), and Ranger Guides from Sixth Form Centres.
The A Day with Brownies Programme 2026 served as a non-formal learning platform based on the patrol system, providing participants with opportunities to develop their knowledge, skills, and potential through a variety of engaging, interactive, and challenging guiding activities. With the theme “Together Brownies Reaching for the Stars", the programme aimed to nurture Brownie members who will grow and shine as the nation's future stars through guiding activities that promote leadership, discipline, and teamwork.
To achieve this aspiration, the programme focused on strengthening guiding skills among participants while enhancing their critical thinking, communication, and collaboration skills through various group activities. In addition, the programme aims to cultivate disciplined, confidence, and resilience, as well as foster stronger bonds of friendship and camaraderie among Brownies.
_______________________________________
MAJLIS PENUTUP
PROGRAM SEHARI BERSAMA PANDU PUTERI TUNAS 2026
Hari Jumaat | 10 Muharram 1448 | 26 Jun 2026
BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Beruniform dan Perkhidmatan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, dengan kerjasama Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD), hari ini telah mengadakan Majlis Penutup Program Sehari Bersama Pandu Puteri Tunas 2026 yang berlangsung di Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam, Kampung Anggerek Desa.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang serta penyampaian sijil dan emblem kepada para peserta ialah Yang Mulia Dayang Hajah Viviyanti binti Haji Md. Ali, Naib Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam.
Turut menyampaikan sijil penghargaan ialah Yang Mulia Dayang Hajah Rosediana binti Haji Hidop, Ketua Bahagian Beruniform dan Perkhidmatan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan. Hadir sama pada majlis penutup tersebut ialah Yang Mulia Dayang Norazrina binti Haji Sarbini, Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam, dan Yang Mulia Dayang Hajah Noriah binti Haji Dollah, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam.
Seramai 66 orang ahli Pandu Puteri Tunas daripada sekolah-sekolah rendah kerajaan dan swasta di bawah Kementerian Pendidikan serta sekolah-sekolah Arab di bawah Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama telah menyertai program berkenaan. Program ini dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Ahli Jawatankuasa Tadbir PPPBD, pemimpin (guru pengawas) Pandu Puteri Tunas, pemimpin muda daripada institusi pengajian tinggi (IPT) serta Pandu Puteri Renjer daripada Pusat Tingkatan Enam (PTE).
Program Sehari Bersama Pandu Puteri Tunas 2026 merupakan platform pembelajaran tidak formal berasaskan sistem kumpulan yang memberi peluang kepada para peserta untuk mengembangkan pengetahuan, kemahiran dan potensi diri melalui pelbagai aktiviti kepanduan yang menarik, interaktif dan mencabar. Dengan tema “Bersama Tunas Menuju Bintang (Together Brownies Reaching for the Stars)", program ini bertujuan melahirkan ahli-ahli Pandu Puteri Tunas yang berkembang dan bersinar sebagai bintang masa depan negara melalui aktiviti-aktiviti kepanduan yang berteraskan nilai kepimpinan, disiplin dan semangat kerjasama.
Bagi merealisasikan hasrat tersebut, program ini memberi tumpuan kepada pengukuhan kemahiran kepanduan dalam kalangan peserta, di samping meningkatkan kemahiran berfikir, berkomunikasi dan berkolaborasi melalui pelbagai aktiviti berkumpulan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membentuk sahsiah yang berdisiplin, berkeyakinan dan berdaya tahan disamping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli Pandu Puteri Tunas.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/087 (NWM)
Tarikh: 10 Muharram 1448 / 26 Jun 2026