CLOSING CEREMONY THE VOLUNTEER PROJECT TRAINING COURSE FOR EDUCATIONAL INSTITUTION VOLUNTEERS TEAM (PSIP)

Jun 28, 2026


CLOSING CEREMONY

THE VOLUNTEER PROJECT TRAINING COURSE

FOR EDUCATIONAL INSTITUTION VOLUNTEERS TEAM (PSIP)

Sunday | 12 Muharram 1448 | 28 June 2026

 

BERAKAS - The Ministry of Education through the Uniformed and Community Service Unit, Department of Co-Curriculum Education, in cooperation with the Brunei Youth Council (MBB) today held the Closing Ceremony of the Volunteer Project Training Course for the Educational Institution Volunteer Team (PSIP) at the Sports Village, Hassanal Bolkiah National Sports Complex, Berakas.

A2.jpeg

 

Present as the guest of honour at the closing ceremony of the workshop was Yang Mulia Awang Norilham bin Haji Jais, Assistant Director Department of Co-Curriculum Education, Ministry of Education.

A22.jpeg

 

Among the objectives of this course are to foster a strong and lasting spirit of cooperation among the members of a team. In addition, the course is expected to provide PSIP members with the opportunity to express their opinions, share views, and participate actively in every activity carried out. The course also aims to strengthen relationships among team members in order to create closer and more effective cooperation. Through this course, it is hoped that individuals with leadership qualities will emerge and be capable of becoming credible leaders in society.

___________________________________


MAJLIS PENUTUP

KURSUS LATIHAN PROJEK SUKARELAWAN

PASUKAN SUKARELAWAN INSTITUSI PENDIDIKAN (PSIP)

Hari Ahad | 12 Muharram 1448 | 28 Jun 2026

 

BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Unit Beruniform dan Perkhidmatan Kemasyarakatan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum dengan kerjasama Majlis Belia Brunei (MBB) pada hari ini telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Latihan Projek Sukarelawan bagi Pasukan Sukarelawan Institusi Pendidikan (PSIP) bertempat di Perkampongan Sukan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

 A222.jpeg

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis penutup bengkel tersebut ialah Yang Mulia Awang Norilham bin Haji Jais, Penolong Pengarah, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan.

 A2222.jpeg


Antara tujuan kursus ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama yang kukuh dan berpanjangan dalam kalangan ahli sesebuah pasukan. Di samping itu, kursus ini diharapkan dapat memberi peluang kepada ahli PSIP untuk menyampaikan pendapat, berkongsi pandangan serta melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Selain itu, kursus ini juga bertujuan memperkukuhkan hubungan sesama ahli pasukan bagi mewujudkan kerjasama yang lebih erat dan berkesan. Melalui kursus ini, diharapkan akan lahir individu yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta mampu menjadi pemimpin yang berwibawa dalam masyarakat.


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/088 (NWM)

Tarikh: 12 Muharram 1448 / 28 Jun 2026​