MINISTRY OF EDUCATION ILAL HIJRAH 1448 CELEBRATION

Jun 29, 2026

MINISTRY OF EDUCATION ILAL HIJRAH 1448 CELEBRATION

Monday | 13 Muharram 1448 | 29 June 2026

 

BERAKAS – The Ministry of Education, through the International Relations Division, Secretariat of the National Accreditation Council and the Internal Audit Unit, today held the Ilal Hijrah 1448 Celebration at the Main Hall, Ministry of Education.

hij13.jpeg

Present as the Guest of Honour was Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education.

 

Also present at the ceremony was Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, Deputy Minister of Education.

 hij15.jpeg

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Yang Mulia Awang Haji Rozaidi bin Hj Mohammad Daud, Senior Education Officer, Internal Audit Unit, Ministry of Education.

 hij11(1).jpeg

hij14.jpeg

hij12.jpeg

The event continued with a Special Lecture entitled “Hijrah Penyelamat Aqidah: Memperkukuh Generasi Rabbani", in line with the theme of the National Level Ilal Hijrah Celebration for the Year 1448/2026, “Hijrah Penyelamat Aqidah", delivered by invited speaker, Yang Mulia Ustazah Dr Seri Ramizah binti Matussin, Lecturer at the Faculty of Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA). To bless the event, the ceremony concluded with the recitation of the Doa Selamat.

 hij16.jpeg

Among the objectives of the ceremony was to enhance understanding and appreciation of the lessons and wisdom behind the Hijrah of Prophet Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, as guidance in strengthening self-identity and achieving continuous excellence.

 

Also in attendance were Permanent Secretary (Higher Education), Vice-Chancellor Universiti Teknologi Brunei, Acting Rector, Deputy Permanent Secretaries, Heads of Departments, officers, and staff of the Ministry of Education.


_______________________________


MAJLIS SAMBUTAN ILAL HIJRAH 1448 KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Hari Isnin |13 Muharam 1448 | 29 Jun 2026

 

BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Perhubungan Antarabangsa, Urus Setia Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan dan Unit Audit Dalaman pada hari ini telah mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1448 bertempat di Dewan Utama, Kementerian Pendidikan.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, Timbalan Menteri Pendidikan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Rozaidi bin Hj Mohammad Daud, Pegawai Pelajaran Kanan, Unit Audit Dalaman, Kementerian Pendidikan.

 

Majlis diteruskan dengan Ceramah Khas bertajuk “Hijrah Penyelamat Aqidah: Memperkukuh Generasi Rabbani" bersempena tema Sambutan Ilal Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi Tahun 1448/2026 iaitu “Hijrah Penyelamat Aqidah", yang disampaikan oleh penceramah undangan, Yang Mulia Ustazah Dr Seri Ramizah binti Matussin, Pensyarah Fakulti Usuluddin, di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA). Bagi memberkati majlis berkenaan, majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

 

Antara tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meningkatkan pemahaman dan penghayatan terhadap pengajaran serta hikmah di sebalik peristiwa Hijrah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, sebagai panduan dalam memperkukuh jati diri dan mencapai kecemerlangan secara berterusan.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap (Pegajian Tinggi), Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei, Pemangku Rektor  Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan.


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/089 (NWM)

Tarikh: 13 Muharam 1448 | 29 Jun 2026​