BRUNEI DARUSSALAM DIGITAL LITERACY STANDARDS (BDDLS) ORIENTATION SESSION
FOR PRIMARY AND SECONDARY LEVEL
Tuesday | 14 Muharram 1448 | 30 June 2026
BERAKAS – The Ministry of Education, through the Curriculum Development Department, in collaboration with the Australian Council for Educational Research (ACER), today held the Brunei Darussalam Digital Literacy Standards (BDDLS) Orientation Session at Mawaddah Hall, Setia Point.
The orientation session aimed to introduce the Brunei Darussalam Digital Literacy Standards (BDDLS), the revised curriculum, the supporting resources that have been developed and its implementation strategies to enhance teachers' understanding and readiness for the implementation of the BDDLS.
Among the key highlights of the session was an introductory briefing on the BDDLS delivered by Yang Mulia Haji Ali Sofian bin Haji Thani, Head of the Information and Communication Technology Unit, Curriculum Development Department, Ministry of Education.
_2_2.png)
The session continued with a workshop conducted by two ACER experts, Yang Mulia Dr. Wagheeh Shukry Hassan, Regional Tech Lead and Yang Mulia Andrew Mannion, International Tech Lead. The workshop provided teachers with an overview of the supporting resources developed for the BDDLS, particularly the Teacher Guide, which serves as a reference for planning teaching and learning activities and adapting them to students' learning needs and developmental levels. The workshop also strengthened teachers' understanding of the standards, learning progression and approaches to implementing the BDDLS.
_2_4.png)
_2_3.png)
The orientation session involved 150 primary Information and Communication Technology (ICT) teachers in the morning, followed by 103 secondary Business, Art & Technology (BAT) and ICT teachers in the afternoon. All participants were from schools under the Ministry of Education and the Ministry of Religious Affairs.
_2_5.png)
_2_1.png)
Also in attendance were Yang Mulia Awang Ali Hamdani bin Haji Muhamad Diah, Director of the Curriculum Development Department and Yang Mulia Kris Sundarsagar, Country Manager of the Australian Council for Educational Research (ACER) as well as officers from the Ministry of Education.
______________________________________________________
SESI ORIENTASI BRUNEI DARUSSALAM DIGITAL LITERACY STANDARDS (BDDLS)
BAGI PERINGKAT RENDAH DAN MENENGAH
Hari Selasa | 14 Muharram 1448 | 30 Jun 2026
BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Perkembangan Kurikulum dengan kerjasama Australian Council for Educational Research (ACER), hari ini telah mengadakan Sesi Orientasi Brunei Darussalam Digital Literacy Standards (BDDLS) di Dewan Mawaddah, Setia Point.
Sesi orientasi ini bertujuan memperkenalkan Brunei Darussalam Digital Literacy Standards (BDDLS), kurikulum yang disemak semula, bahan sokongan yang dibangunkan serta strategi pelaksanaannya bagi meningkatkan kefahaman dan kesiapsiagaan para guru ke arah pelaksanaan BDDLS.
Antara pengisian utama ialah taklimat pengenalan BDDLS yang disampaikan oleh Yang Mulia Haji Ali Sofian bin Haji Thani, Ketua Unit Teknologi Maklumat, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan.
Sesi diteruskan dengan bengkel yang dikendalikan oleh dua pakar daripada ACER iaitu Yang Mulia Dr. Wagheeh Shukry Hassan, Regional Tech Lead dan Yang Mulia Andrew Mannion, International Tech Lead. Bengkel tersebut memberi pendedahan kepada para guru mengenai penggunaan bahan sokongan yang dibangunkan bagi BDDLS, khususnya Panduan Guru, sebagai rujukan dalam merancang pengajaran dan pembelajaran serta menyesuaikan aktiviti mengikut keperluan dan tahap pembelajaran murid. Bengkel ini turut memperkukuh kefahaman para guru mengenai kandungan standard, perkembangan pembelajaran dan pendekatan pelaksanaannya.
Sesi orientasi tersebut melibatkan 150 orang guru mata pelajaran Information and Communication Technology (ICT) peringkat rendah pada sebelah pagi serta 103 orang guru mata pelajaran Business, Art & Technology (BAT) dan ICT peringkat menengah pada sebelah petang. Kesemua peserta adalah daripada sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Turut hadir ialah Yang Mulia Awang Ali Hamdani bin Haji Muhamad Diah, Pengarah Jabatan Perkembangan Kurikulum dan Yang Mulia Kris Sundarsagar, Country Manager, Australian Council for Educational Research (ACER) serta pegawai-pegawai daripada Kementerian Pendidikan.