BRUNEI DARUSSALAM AND THE REPUBLIC OF SINGAPORE SCHOOL TWINNING PROGRAMME 6 TO 10 JULY 2026

Jul 6, 2026

BRUNEI DARUSSALAM AND THE REPUBLIC OF SINGAPORE

SCHOOL TWINNING PROGRAMME

6 TO 10 JULY 2026

Monday | 20 Muharam 1448 | 6 July 2026

 

BERAKAS – The Ministry of Education, Brunei Darussalam, through the Department of Schools, has coordinated an educational visit from Sekolah Rendah Sengkurong to Ahmad Ibrahim Primary School, Republic of Singapore. The five-day visit from 6 to 10 July 2026, is part of the Brunei Darussalam and Republic of Singapore School Twinning Programme.

 Gambar Ramai Delegasi (FOTO IHSAN JABATAN SEKOLAH-SEKOLAH, KEMENTERIAN PENDIDIKAN ).jpg.jpeg

Gambar Ramai Delegasi dan Tetamu Kehormat (FOTO IHSAN JABATAN SEKOLAH-SEKOLAH, KEMENTERIAN PENDIDIKAN ).jpg.jpeg

Present at the Brunei International Airport to bid farewell to the delegation was Yang Mulia Awang Mohammad Danny bin Aimi, Acting Senior Special Duties Officer (Corporate), Department of Schools, Ministry of Education.

 

Brunei Darussalam is represented by a delegation of 15 participants, comprising 12 students from Year 4 and Year 5, accompanied by three teachers from Sekolah Rendah Sengkurong.

 

The programme aims to strengthen bilateral relations between schools from both nations through the exchange of best practices in academics, pedagogy and holistic student development. The organised activities include collaborative classroom learning sessions, student leadership programmes and hands-on experiences involving various learning approaches. Additionally, the delegation will participate in educational visits to historical and sustainability-themed sites in Singapore, as well as take part in cultural exchange sessions aimed at fostering mutual understanding between the two schools.

 

Through this participation, the students are expected to gain exposure to international education systems while further strengthening the spirit of friendship and universal values that transcend national borders. In addition, the participants will have the opportunity to showcase the identity and cultural heritage of Brunei Darussalam through performances and interactions with students in Singapore.

 

Also present were senior officials from the Department of Schools, Ministry of Education, the administration of Sekolah Rendah Sengkurong, as well as parents and family members of the students.

_____________________________________________


PROGRAM SEKOLAH BERKEMBAR

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN REPUBLIK SINGAPURA

6 HINGGA 10 JULAI 2026

Hari Isnin | 20 Muharam 1448 | 6 Julai 2026

 

BERAKAS – Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Sekolah-Sekolah telah menyelaraskan lawatan sambil belajar delegasi Sekolah Rendah Sengkurong ke Ahmad Ibrahim Primary School, Republik Singapura. Lawatan selama lima hari, yang bermula dari 6 hingga 10 Julai 2026 merupakan sebahagian daripada Program Sekolah Berkembar antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.

 

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk mengucapkan selamat belayar kepada para delegasi ialah Yang Mulia Awang Mohammad Danny bin Aimi, Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan (Korporat), Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.

 

Delegasi Negara Brunei Darussalam kali ini diwakili oleh 15 orang peserta, yang terdiri daripada 12 pelajar Tahun 4 dan Tahun 5 serta tiga orang guru pengiring dari Sekolah Rendah Sengkurong.

 

Program ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan dua hala antara sekolah-sekolah dari kedua-dua negara melalui pertukaran amalan terbaik dalam bidang akademik, pedagogi serta pembangunan pelajar secara holistik. Antara aktiviti yang telah disusun merangkumi sesi pembelajaran bersama di bilik darjah, program kepimpinan pelajar serta pengalaman amali menerusi pelbagai pendekatan pembelajaran. Selain itu, delegasi juga akan mengadakan lawatan pembelajaran ke tapak-tapak bersejarah dan berkonsepkan kelestarian di Singapura, di samping menyertai sesi pertukaran budaya bagi memupuk persefahaman antara kedua-dua buah sekolah.

 

Melalui penyertaan ini, para pelajar diharap akan mendapat pendedahan terhadap sistem pendidikan antarabangsa, di samping memperkukuh semangat persahabatan serta nilai-nilai sejagat yang merentasi sempadan negara. Selain itu, para peserta juga berpeluang untuk mengetengahkan identiti dan warisan kebudayaan Negara Brunei Darussalam melalui persembahan serta interaksi bersama para pelajar di Singapura.

 

Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, pihak pentadbiran Sekolah Rendah Sengkurong serta ibu bapa dan ahli keluarga pelajar.


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/093(NWM)
Tarikh: 20 Muharam 1448 / 6 Julai 2026