VISIT OF THE REGIONAL LEGISLATIVE AFFAIRS COMMITTEE
REGIONAL REPRESENTATIVE COUNCIL OF THE REPUBLIC OF INDONESIA
Wednesday, 8 July 2026 - Yang Mulia Dr. Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu, Deputy Permanent Secretary, Ministry of Education, received a delegation from the Regional Legislative Affairs Committee Regional Representative Council of the Republic of Indonesia at the Conference 1, Ministry of Education, Brunei Darussalam.

The delegation from the Regional Representative Council of the Republic of Indonesia (DPD RI) is conducting a visit to Brunei Darussalam from 7th to 10th July 2026, led by Yang Mulia Ir. Stefanus B.A.N. Liow, M.A.P., Chair of the Regional Legislative Affairs Agency of the Regional Representative Council (DPD RI), alongside 21 members. The visit aims to strengthen bilateral cooperation and diplomatic ties, facilitate discussions and exchanges of views on educational issues of mutual interest, and conduct site visits to key institutions across Negara Brunei Darussalam.




During the meeting, the Ministry of Education presented its vision, mission, and the Ministry of Education Strategic Plan 2023–2027 in support of achieving Wawasan Brunei 2035, alongside several policies and guidelines in education system.
Furthermore, the delegation will be holding meetings and conducting site visits to Universiti Brunei Darussalam (UBD) and the Institute of Brunei Technical Education (IBTE). Accompanying Yang Mulia Deputy Permanent Secretary to the meeting were senior officers from the Ministry of Education.
__________________________________________________________________
LAWATAN ROMBONGAN DEWAN PERWAKILAN DAERAH
REPUBLIK INDONESIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Rabu, 8 Julai 2026 - Yang Mulia Dr. Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan telah menerima lawatan rombongan dari Dewan Perwakilan Daerah Republik Indonesia di Bilik Persidangan 1, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
Rombongan dari Dewan Perwakilan Daerah Republik Indonesia mengadakan lawatan ke Negara Brunei Darussalam dari 7hb. hingga 10hb. Julai 2026, yang diketuai oleh Yang Mulia Tuan Ir. Stefanus B.A.N. Liow, M.A.P., Ketua Badan Urusan Legislasi Daerah Dewan Perwakilan Daerah Republik Indonesia (DPD RI), bersama seramai 21 orang ahli. Lawatan tersebut bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama dan hubungan diplomatik, membuat perbincangan dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu pendidikan serta membuat lawatan-lawatan ke institusi-institusi di Negara Brunei Darussalam.
Semasa perjumpaan tersebut, Kementerian Pendidikan mengongsikan visi, misi, dan Rancangan Strategik 2023–2027 bagi mencapai Wawasan Negara 2035, di samping memperkenalkan beberapa dasar dan garis panduan yang digunapakai dalam sistem pendidikan negara.
Selain itu, rombongan tersebut juga akan mengadakan perjumpaan dan lawatan ke Universiti Brunei Darussalam dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei semasa berada di Negara Brunei Darussalam. Turut menyertai rombongan Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan semasa perjumpaan tersebut ialah beberapa pegawai-pegawai kanan daripada Kementerian Pendidikan.