THE FINAL OF THE AL-QUR'AN RECITATION COMPETITION
FOR STUDENTS WITH SPECIAL EDUCATIONAL NEEDS
FROM GOVERNMENT PRIMARY AND SECONDARY SCHOOLS 2026
THURSDAY | 23 MUHARAM 1448 | 9 JULY 2026
KATOK – The Ministry of Education, through the Department of Special Education, today held the Final of the Al-Qur'an Recitation Competition for Students with Special Educational Needs from Government Primary and Secondary Schools 2026 Ceremony at Auditorium 1, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Present as the Guest of Honour was Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin, Member of the Legislative Council.

The 2026 competition marks an improvement from the previous Al-Qur'an memorisation format by introducing a more inclusive Al-Qur'an reading approach. This approach enables broader participation among students with special educational needs while recognising their abilities in reading, pronunciation, and self-confidence. The organisation of this competition also reflects the Ministry of Education's commitment to ensuring that students with special educational needs are provided with equitable opportunities to develop their potential in line with the principles of Inclusive Education.
The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat, followed by the final round of the competition. The ceremony continued with a video presentation featuring highlights from the semi-final round of the competition.


The ceremony proceeded with the presentation of prizes to the winners, as well as consolation prizes and certificates of participation to the participants. The prizes were presented by the Guest of Honour.




This year, 16 students with special educational needs successfully advanced to the final round after progressing through the school-level screening and semi-final stages. The finalists comprised students from Government primary and secondary schools competing in two categories: Primary (Years 4–6) and Secondary (Years 7–11).
Ahmad Thoriq Al-Hafiy bin Nafis from Sekolah Rendah Jerudong emerged as Champion of the Primary Boys' Category, while Noor Nayla Naufalyn binti Muhammad Syarqawi from Sekolah Rendah Mabohai was crowned Champion of the Primary Girls' Category. In the Secondary Boys' Category, Md Iqbal bin Shahiman from Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali emerged as Champion, while Nuurunnisaa binti Mohammad Isa from Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri was crowned Champion of the Secondary Girls' Category. The champions each received a trophy, school supplies worth $100.00, and a Certificate of Participation.
Second place was awarded to Mohammad Qais Zulqarnain bin Mohammad Hadi Sumardi from Sekolah Rendah Awang Haji Mohd Yusof Katimahar in the Primary Boys' Category, Ainul Mardhiah Masyitah binti Abdullah from Sekolah Rendah Kampong Mata-Mata Gadong in the Primary Girls' Category, Muhammad Wadihan Azhar @ Daniyal bin Rosihan from Sekolah Menengah Sayyidina Husain in the Secondary Boys' Category, and Dk Nur Azima Aqilah binti Pg Metassan from Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri in the Secondary Girls' Category. Each received a trophy, school supplies worth $80.00, and a Certificate of Participation.
Third place was awarded to Abdul Sabir Zarif bin Muhammad Yusri from Sekolah Rendah Kampong Mata-Mata Gadong in the Primary Boys' Category, Nur Alya Adriana binti Abdullah from Sekolah Rendah Lumapas in the Primary Girls' Category, Md Haziq Safwan bin Abdullah from Sekolah Menengah Perdana Wazir in the Secondary Boys' Category, and Nurul Syahfina Syahkilah binti Mohamad Shahrian Shah from Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Lumut in the Secondary Girls' Category. Each received a trophy, school supplies worth $60.00, and a Certificate of Participation. Consolation prizes comprising school supplies worth $40.00 and a Certificate of Participation were also presented to the remaining finalists across both levels.
The ceremony concluded with a special performance by students with special educational needs from Sekolah Rendah Kapok.
The competition aims to enhance access and participation of students with special educational needs (SEN) in Al-Qur'an-related activities through a more inclusive approach. It also seeks to assess students' Qur'anic reading skills, encourage the progressive development of fundamental tilawah skills, and build their confidence to participate actively. In line with the principles of Inclusive Education, the competition also provides a platform that offers equitable opportunities for students with SEN to access learning activities, increase active participation, and showcase their individual potential in Al-Qur'an reading.
Also in attendance were heads of departments, school leaders, invited guests, senior officers, officers, special education teachers, and primary and secondary school teachers.
_____________________________________________________
MAJLIS PERINGKAT AKHIR PERTANDINGAN MEMBACA AYAT SUCI AL-QUR’AN BAGI
PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH KERAJAAN TAHUN 2026
HARI KHAMIS | 23 MUHARAM 1448 | 9 JULAI 2026
KATOK – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Khas telah mengadakan Majlis Peringkat Akhir Pertandingan Membaca Ayat Suci Al-Qur’an bagi Pelajar Berkeperluan Khas Sekolah-Sekolah Menengah dan Rendah Kerajaan Tahun 2026 bertempat di Auditorium 1, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin, Ahli Majlis Mesyuarat Negara.
Pertandingan tahun 2026 ini merupakan satu penambahbaikan daripada format hafazan Al-Quran yang dilaksanakan sebelum ini dengan memperkenalkan pendekatan bacaan Al-Quran yang lebih inklusif. Pendekatan ini membolehkan penyertaan yang lebih meluas dalam kalangan pelajar berkeperluan khas, di samping mengiktiraf kebolehan mereka dalam aspek bacaan, sebutan dan keyakinan diri. Penganjuran pertandingan ini turut mencerminkan komitmen Kementerian Pendidikan dalam memastikan pelajar berkeperluan khas mendapat peluang yang saksama untuk mengembangkan potensi mereka selaras dengan prinsip Pendidikan Inklusif.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat diikuti dengan pertandingan peringkat akhir. Majlis diteruskan dengan tayangan video sekitar pertandingan separuh akhir.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan hadiah saguhati serta sijil penyertaan kepada para peserta yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat.
Pada tahun ini, seramai 16 orang pelajar berkeperluan khas telah berjaya mara ke peringkat akhir selepas melalui saringan di peringkat sekolah dan separuh akhir. Para finalis terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah kerajaan yang bertanding dalam dua kategori, iaitu Kategori Rendah (Tahun 4–6) dan Kategori Menengah (Tahun 7–11).
Ahmad Thoriq Al-Hafiy bin Nafis daripada Sekolah Rendah Jerudong muncul sebagai Johan Kategori Lelaki Peringkat Rendah, manakala Noor Nayla Naufalyn binti Muhammad Syarqawi daripada Sekolah Rendah Mabohai menjadi Johan Kategori Perempuan Peringkat Rendah. Bagi Kategori Lelaki Peringkat Menengah, johan disandang oleh Md Iqbal bin Shahiman daripada Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, sementara Nuurunnisaa binti Mohammad Isa daripada Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri muncul sebagai Johan Kategori Perempuan Peringkat Menengah. Para johan menerima trofi, hadiah berupa peralatan sekolah bernilai $100.00 serta sijil penyertaan.
Tempat kedua dimenangi oleh Mohammad Qais Zulqarnain bin Mohammad Hadi Sumardi daripada Sekolah Rendah Awang Haji Mohd Yusof Katimahar bagi Kategori Lelaki Peringkat Rendah, Ainul Mardhiah Masyitah binti Abdullah daripada Sekolah Rendah Kampong Mata-Mata Gadong bagi Kategori Perempuan Peringkat Rendah, Muhammad Wadihan Azhar @ Daniyal bin Rosihan daripada Sekolah Menengah Sayyidina Husain bagi Kategori Lelaki Peringkat Menengah dan Dk Nur Azima Aqilah binti Pg Metassan daripada Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri bagi Kategori Perempuan Peringkat Menengah. Mereka masing-masing menerima trofi, hadiah berupa peralatan sekolah bernilai $80.00 serta sijil penyertaan.
Tempat ketiga pula dimenangi oleh Abdul Sabir Zarif bin Muhammad Yusri daripada Sekolah Rendah Kampong Mata-Mata Gadong bagi Kategori Lelaki Peringkat Rendah, Nur Alya Adriana binti Abdullah daripada Sekolah Rendah Lumapas bagi Kategori Perempuan Peringkat Rendah, Md Haziq Safwan bin Abdullah daripada Sekolah Menengah Perdana Wazir bagi Kategori Lelaki Peringkat Menengah dan Nurul Syahfina Syahkilah binti Mohamad Shahrian Shah daripada Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Lumut bagi Kategori Perempuan Peringkat Menengah. Mereka masing-masing menerima trofi, hadiah berupa peralatan sekolah bernilai $60.00 serta sijil penyertaan. Hadiah saguhati berupa peralatan sekolah bernilai $40.00 berserta sijil penyertaan turut diberikan kepada para finalis lain dalam kedua-dua kategori.
Majlis tersebut diakhiri dengan persembahan khas oleh pelajar-pelajar berkeperluan khas dari Sekolah Rendah Kapok.
Pertandingan ini bertujuan meningkatkan akses dan penyertaan pelajar berkeperluan khas dalam aktiviti berkaitan Al-Quran melalui pendekatan yang lebih inklusif. Di samping itu, pertandingan ini bertujuan menilai kemahiran bacaan Al-Quran pelajar, menggalakkan perkembangan kemahiran asas tilawah secara berperingkat serta membina keyakinan diri pelajar untuk melibatkan diri secara aktif. Selaras dengan prinsip Pendidikan Inklusif, pertandingan ini turut menyediakan platform yang memberi peluang secara saksama kepada pelajar berkeperluan khas untuk mendapat akses kepada aktiviti pembelajaran, meningkatkan penyertaan aktif serta menyerlahkan potensi masing-masing dalam bacaan Al-Quran.
Turut hadir di majlis tersebut ialah ketua-ketua jabatan, pemimpin-pemimpin sekolah, jemputan-jemputan khas, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, guru-guru pendidikan khas dan guru-guru peringkat rendah dan menengah.