CEREMONY TO CELEBRATE RETIRED OFFICERS AND STAFF
MINISTRY OF EDUCATION YEAR 2025
Thursday | 23 Muharam 1448 | 9 July 2026
GADONG – The Ministry of Education through the Department of Educators Management, Department of Examinations and the Counselling Division, today held a ceremony to celebrate the retirement of officers and staff of the Ministry of Education in 2025 at the Goldstone Ballroom, The Centrepoint Hotel, Gadong.

A total of 169 officers and staff serving in the Ministry of Education have retired in 2025 consisting of 31 officers and staff from Departments, 138 teachers and staff from primary, secondary, college and higher education institutions under the Ministry of Education.

Present as the Guest of Honor was Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education.

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat led by Yang Mulia Ustaz Haji Sammali bin Haji Adam, Education Officer, Counselling Division.

The ceremony proceeded with a speech of appreciation by Yang Mulia Dr Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education) and followed by a speech from Yang Mulia Profesor Madya Ir. Dr. Ang Swee Peng, Associate Professor, Universiti Teknologi Brunei as the retiree representative for the ceremony.
The highlight of the ceremony was the presentation of certificates and souvenirs to retired officers and staff by the Guest of Honour. The ceremony to celebrate retired officers and staff of the Ministry of Education is an annual event held specifically to appreciate and commemorate the service of retirees during their service.
Also present were the Permanent Secretaries, Vice Chancellors, Acting Rector, Deputy Permanent Secretary, Heads of Departments, and officers from the Ministry of Education.
____________________________________________________________________________________
MAJLIS MERAIKAN PEGAWAI-PEGAWAI DAN KAKITANGAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN YANG BERSARA TAHUN 2025
Hari Khamis | 23 Muharam 1448 | 9 Julai 2026
GADONG – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Pendidik, Jabatan Peperiksaan dan Bahagian Kaunseling pada hari ini telah mengadakan majlis meraikan pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan yang bersara pada tahun 2025 di Goldstone Ballroom, The Centrepoint Hotel, Gadong.
Seramai 169 orang pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di Kementerian Pendidikan telah bersara pada tahun 2025 terdiri daripada 31 orang pegawai dan kakitangan dari Jabatan-Jabatan, 138 orang tenaga pengajar dan kakitangan yang bertugas di sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab dan institusi pengajian tinggi di bawah Kementerian Pendidikan.
Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Haji Sammali bin Haji Adam, Pegawai Pelajaran, Bahagian Kaunseling.
Majlis diteruskan dengan ucapan penghargaan oleh Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) dan diikuti dengan ucapan dari Yang Mulia Profesor Madya Ir. Dr. Ang Swee Peng, Associate Professor, Universiti Teknologi Brunei sebagai wakil pesara bagi majlis tersebut.
Acara kemuncak majlis ialah penyampaian sijil dan cenderamata kenang-kenangan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan bersara yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat. Majlis meraikan pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan yang bersara merupakan acara tahunan yang diadakan khusus bagi menghargai dan mengenang jasa bakti para pesara selama perkhidmatan mereka.
Turut hadir semasa majlis ini ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Naib-Naib Canselor, Pemangku Rektor, Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan.
Rujukan : KPE/CCD/K1:2/PR/2026/097 (NWM)Tarikh : 23 Muharam 1448 |9 Julai 2026