THE OUTSTANDING GRADUATES AWARD CEREMONY 2026

Jul 18, 2026


THE OUTSTANDING GRADUATES AWARD CEREMONY 2026
Saturday | 3 Safar 1448 | 18 July 2026

 

BERAKAS – The Ministry of Education through the Department of Scholarship Management today held the Outstanding Graduates Award Ceremony 2026 at the Auditorium, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

cgraduan12.jpeg

cgraduan11.jpeg

Present as the Guest of Honour for the ceremony was Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education, Brunei Darussalam.

 

Also in attendance at the ceremony was Yang Mulia Dato Seri Paduka Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Deputy Minister of Education, Brunei Darussalam.

 cgraduan16(1).jpeg

This year, a total of 11 graduates under His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's Government Overseas Scholarship Scheme and the Education Loan Assistance Scheme (SBPP) achieved First Class Honours in their Bachelor's degrees upon completing their studies in 2025.

 

The ceremony aims to recognise and appreciate the efforts of the graduates in achieving excellent results. In addition, it is hoped that the ceremony will  inspire and encourage other students to strive for excellence in their respective studies.

 cgraduan13.jpeg

cgraduan17.jpeg

cgraduan18.jpeg

cgraduan14(1).jpeg

The event began with the recitation of Surah Al-Fatihah, led by Yang Mulia Awang Haji Raminey bin Haji Salleh, Chief Scholarship and Welfare Officer from the Department of Scholarship Management, followed by a welcoming remark from Yang Mulia Dayang Rosimah Sumainah binti Haji Matassim, the Acting Director of the Department of Scholarship Management. The ceremony then proceeded with the presentation of plaques and certificates of appreciation to the graduates by the Guest of Honour, before concluding with the recitation of Doa Selamat.​

Also present at the ceremony were Permanent Secretaries, Vice-Chancellor of Universiti Brunei Darussalam, Acting Rector of Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Acting Vice Chancellor of Universiti Teknologi Brunei, Deputy Permanent Secretaries, Heads of Departments, as well as officers from the Ministry of Education.


________________________________________


MAJLIS ANUGERAH GRADUAN CEMERLANG TAHUN 2026
 Hari Sabtu | 3 Safar 1448 | 18 Julai 2026

 

BANDAR SERI BEGAWAN - Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Biasiswa pada hari ini telah mengadakan Majlis Anugerah Graduan Cemerlang Tahun 2026 bertempat di Dewan Auditorium, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Timbalan Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

 

Pada tahun ini, seramai 11 orang graduan di bawah Skim Biasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke Luar Negeri dan Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan (SBPP) yang telah berjaya memperolehi keputusan kepujian Kelas Pertama (First Class Honours) bagi Ijazah Sarjana Muda setelah tamat pengajian mereka pada tahun 2025.

 

Majlis ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan dan penghargaan atas usaha para graduan dalam mencapai kelulusan yang cemerlang. Di samping itu, majlis ini juga diharap dapat menjadi sumber inspirasi dan galakan kepada para pelajar lain agar lebih bersemangat untuk meraih kejayaan dalam pengajian mereka.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Raminey bin Haji Salleh, Ketua Pegawai Dermasiswa dan Kebajikan dari Jabatan Pengurusan Biasiswa, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Dayang Rosimah Sumainah binti Haji Matassim, Pemangku Pengarah Jabatan Pengurusan Biasiswa. Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian plak dan sijil penghargaan kepada para graduan oleh Tetamu Kehormat Majlis, sebelum diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam, Pemangku Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Pemangku Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan serta pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan.​

 

Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/101(NWM)
Tarikh: 3 Safar 1448 / 18 Julai 2026