14TH ASEAN EDUCATION MINISTERS MEETING (14TH ASED) AND RELATED MEETINGS

Jul 25, 2026



14TH ASEAN EDUCATION MINISTERS MEETING (14TH ASED) AND RELATED MEETINGS

THURSDAY8 SAFAR 1448 | 23 JULY 2026

 

REPUBLIC OF SINGAPOREYang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh, Minister of Education, Brunei Darussalam attended the 14th ASEAN Education Ministers Meeting (14th ASED), 8th ASEAN Plus Three Education Ministers Meeting (8th APT EMM) and 8th East Asia Summit Education Ministers Meeting (8th EAS EMM) which was held from 22nd to 23rd July 2026 in the Republic of Singapore.

 

Hosted by the Ministry of Education of the Republic of Singapore, in its capacity as Chair of the ASEAN Education Sector for 2026-2027, in collaboration with the ASEAN Secretariat, organised the meetings under the theme "Strengthening ASEAN through Education." The opening ceremony brought together Ministers, Deputy Ministers and Senior Officials responsible for education from all ASEAN Member States, alongside representatives from ASEAN Dialogue Partners. A key milestone of the meetings was the launch of the ASEAN Work Plan on Education 2026-2030, which reaffirms ASEAN's collective commitment to advancing regional education cooperation, promoting inclusive and quality education, and strengthening regional integration.

Gambar Ramai YB Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam Semasa Majlis Perasmian Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan ASEAN Kali ke-14 (14th ASED).png

 Pelancaran Majlis Perasmian Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan ASEAN Kali ke-14 (14th ASED).png

Gambar Ramai Yang Berhormat Menteri Pendidikan Brunei Darussalam Bersama Tuan Desmond Lee Menteri Pendidikan Republik Singapura.png 

Gambar Ramai Yang Berhormat Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam Bersama Para Peserta Persembahan Selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan ASEAN Kali ke-14 (14th ASED).png

The meetings provided a strategic platform for Education Ministers to exchange views on national education priorities, emerging opportunities and shared challenges, while reaffirming their commitment to building resilient, inclusive and future-ready education systems in support of the ASEAN Community Vision 2045.

 

Addressing the Meeting, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah reaffirmed Brunei Darussalam's commitment to strengthening regional education cooperation and welcomed the adoption of the ASEAN Work Plan on Education 2026-2030 in advancing ASEAN's shared education agenda. Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah further reiterated Brunei Darussalam's readiness to assume the Chairmanship of the ASEAN Education Ministers' Meeting and the ASEAN Education Sector in 2028, underscoring the country's commitment to working closely with ASEAN Member States and partners to advance an inclusive, resilient and future-oriented education agenda for the region.

 

Prior to the Ministerial-level meetings, Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education, represented Brunei Darussalam during the 21st ASEAN Senior Officials Meeting on Education (21st SOMED), 16ᵗʰ ASEAN Plus Three Senior Officials Meeting on Education (16ᵗʰ SOM-ED+3) and 10ᵗʰ East Asia Summit Senior Officials Meeting on Education (10ᵗʰ EAS SOM-ED), convened from 20th to 21st July 2026 at the same venue.

 

During the Senior Officials-level meetings, the ASEAN Education Senior Officials deliberated on key regional education priorities and the implementation of the ASEAN Work Plan on Education 2026-2030. Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati had the opportunity to share that Brunei Darussalam will contribute to the implementation of the Work Plan through seven (7) regional initiatives focusing on inclusive and early childhood education, lifelong learning, micro-credentials, higher education mobility, evidence-based education policy, as well as regional knowledge-sharing on greening education and artificial intelligence in education.

 

The delegation also had the opportunity to engage in discussions and tour the Singapore Centre for Character and Citizenship Education (SCCCE) at the National Institute of Education (NIE) and Yu Neng Primary School in Singapore.

 

Following the 14th ASEAN Education Ministers' Meeting, Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati also chaired the 2026 SEAMEO Executive Committee Meeting, held on the 24th July 2026 at the SEAMEO Regional Language Centre, Republic of Singapore. Convened annually, the Meeting brought together senior officials of the SEAMEO Executive Committee to review the progress of SEAMEO's key initiatives and regional projects, deliberate on strategic priorities, and consider matters relating to the work of the SEAMEO Secretariat and its Centres. The Meeting endorsed several proposals and recommendations for submission to the 49th SEAMEO High Officials' Meeting, scheduled to be held in November 2026.

 

Also present at the meetings were officials from the Ministry of Education, Brunei Darussalam.


____________________________


MESYUARAT MENTERI-MENTERI PENDIDIKAN ASEAN KALI KE-14 (14TH ASED)

DAN MESYUARAT-MESYUARAT BERKAITAN

KHAMIS | 8 SAFAR 1448 | 23 JULAI 2026

 

REPUBLIK SINGAPURA – Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam telah menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan ASEAN Kali ke-14 (14th ASED),  Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan ASEAN Plus Three Kali ke-8 (8th APT EMM) dan Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan East Asia Summit Kali ke-8 (8th EAS EMM), yang berlangsung dari 22 hingga 23 Julai 2026 di Republik Singapura.

 

Mesyuarat-mesyuarat tersebut telah dihoskan oleh Kementerian Pendidikan Republik Singapura, selaku Pengerusi Sektor Pendidikan ASEAN bagi tempoh 2026-2027, dengan kerjasama Sekretariat ASEAN, di bawah tema “Memperkukuh ASEAN melalui Pendidikan". Majlis perasmian telah menghimpunkan Menteri-Menteri, Timbalan Menteri dan Pegawai-Pegawai Kanan yang bertanggungjawab dalam bidang pendidikan daripada semua Negara-Negara Anggota ASEAN, bersama wakil daripada Rakan Dialog ASEAN. Antara pencapaian utama mesyuarat tersebut ialah pelancaran Pelan Kerja Pendidikan ASEAN 2026-2030, yang menegaskan semula komitmen kolektif ASEAN untuk memperkukuh kerjasama pendidikan serantau, menggalakkan pendidikan yang inklusif dan berkualiti, serta memperkukuh integrasi serantau.

 

Mesyuarat-mesyuarat tersebut menyediakan platform strategik bagi Menteri-Menteri Pendidikan untuk bertukar pandangan mengenai keutamaan pendidikan di peringkat nasional, peluang-peluang baharu serta cabaran bersama, di samping menegaskan semula komitmen untuk membangunkan sistem pendidikan yang berdaya tahan, inklusif dan berorientasikan masa hadapan selaras dengan Wawasan Komuniti ASEAN 2045.

 

Semasa menyampaikan kenyataan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah menegaskan komitmen Negara Brunei Darussalam untuk memperkukuh kerjasama pendidikan serantau dan seterusnya mengesahkan Pelan Kerja Pendidikan ASEAN 2026-2030 sebagai satu pencapaian penting dalam memajukan agenda pendidikan bersama ASEAN. Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah turut menggariskan kesediaan Negara Brunei Darussalam untuk mengambil alih Kepengerusian Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan ASEAN dan menegaskan komitmen negara untuk bekerjasama rapat dengan Negara-Negara Anggota ASEAN dan rakan-rakan dialog dalam memajukan agenda pendidikan serantau yang inklusif, berdaya tahan dan berorientasikan masa hadapan.

 

Sebelum berlangsung mesyuarat di peringkat Menteri, Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, telah mewakili Negara Brunei Darussalam ke Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Pendidikan ASEAN kali ke-21, Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Pendidikan ASEAN Plus Three kali ke-16 dan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Pendidikan East Asia Summit Kali ke-10, yang telah diadakan pada 20 hingga 21 Julai 2026 di lokasi yang sama.

 

Semasa Mesyuarat Peringkat Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai Kanan Pendidikan ASEAN membincangkan keutamaan pendidikan serantau serta pelaksanaan Pelan Kerja ASEAN mengenai Pendidikan 2026-2030. Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati telah berpeluang untuk mengongsikan mengenai sumbangan Negara Brunei Darussalam terhadap pelaksanaan Pelan Kerja tersebut menerusi tujuh (7) inisiatif serantau yang memberi tumpuan kepada pendidikan inklusif dan pendidikan awal kanak-kanak, pembelajaran sepanjang hayat, micro-credentials, mobiliti pendidikan tinggi, penggubalan dasar pendidikan berasaskan bukti, serta perkongsian pengetahuan serantau mengenai penghijauan pendidikan dan kecerdasan buatan dalam pendidikan.

 

Delegasi Kementerian Pendidikan juga berpeluang mengadakan sesi perbincangan serta lawatan ke Singapore Centre for Character and Citizenship Education (SCCCE) di National Institute of Education (NIE) dan Sekolah Rendah Yu Neng di Singapura.

 

Susulan Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan ASEAN Ke-14, Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati turut mempengerusikan Mesyuarat Komiti Eksekutif SEAMEO 2026. Mesyuarat tersebut diadakan setiap tahun dengan menghimpunkan Pegawai-Pegawai Kanan Komiti Eksekutif SEAMEO untuk meneliti kemajuan inisiatif utama dan projek serantau SEAMEO bagi membincangkan keutamaan strategik, serta mempertimbangkan perkara-perkara berkaitan pelaksanaan tugas Sekretariat SEAMEO dan Pusat-Pusat SEAMEO. Komiti Eksekutif turut meluluskan beberapa cadangan dan saranan untuk dikemukakan semasa Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan SEAMEO Kali ke-49 yang dijadualkan berlangsung pada bulan November 2026.

 

Turut hadir sepanjang mesyuarat tersebut ialah pegawai-pegawai daripada Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.