FINALS OF THE NASYID COMPETITION FOR SECONDARY SCHOOLS AND COLLEGES NATIONWIDE 2026

Jul 25, 2026

FINALS OF THE NASYID COMPETITION

FOR SECONDARY SCHOOLS AND COLLEGES NATIONWIDE 2026

SATURDAY | 10 SAFAR 1448 | 25 JULY 2026

 

BANDAR SERI BEGAWAN – The Ministry of Education through the Spiritual Activities Division, Department of Co-Curriculum Education today held the Final Round of the National Secondary Schools and Colleges Nasyid Competition 2026 at Dewan Digadong, Ministry of Culture, Youth and Sports.

 Nasyid1.jpeg

Present as the Guest of Honour to officiate the prize and certificate presentation ceremony was Yang Mulia Awang Mohammad Danny bin Aimi, Acting Special Duties Officer (Corporate), Department of Schools, Ministry of Education.

 Nasyid2.jpeg

The competition was open to government and private secondary schools and colleges under the Ministry of Education, as well as schools under the Ministry of Religious Affairs. A total of 22 teams participated in the competition, of which five successfully advanced to the final round held today.

 nasyid3.jpeg

The winner for the competition was Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, and Sekolah Menengah Sufri Bolkiah as the runner-up followed by Sekolah Menengah Seri Mulia Sarjana.

 nasyid4.jpeg

Among the aims and objectives of the competition are to promote nasyid as a platform for sharing knowledge, while fostering interaction and strengthening the bonds of friendship among participants. It also seeks to enhance Islamic outreach and the propagation of Islamic values through the art of nasyid. In addition, the competition is expected to build students' self-confidence, cultivate teamwork, and nurture their talents through group-based activities.

 __________________________________________________________________________________________


PERINGKAT AKHIR PERTANDINGAN NASYID BAGI

SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTAB-MAKTAB SENEGARA TAHUN 2026

HARI SABTU | 10 SAFAR 1448 | 25 JULAI 2026

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Kegiatan Kerohanian, Jabatan Pendidikan Kokurikulum pada hari ini telah mengadakan Peringkat Akhir Pertandingan Nasyid Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Senegara Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi menyempurnakan penyampaian hadiah dan sijil kepada para peserta, ialah Yang Mulia Mohammad Danny bin Aimi, Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas (Korporat), Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.

 

Pertandingan ini dibukakan kepada Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Kerajaan dan Swasta di bawah kawalan Kementerian Pendidikan serta sekolah-sekolah di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Sebanyak 22 buah kumpulan telah menyertai pertandingan ini, dan daripada jumlah tersebut, lima buah kumpulan berjaya mara ke peringkat akhir yang berlangsung pada hari ini.

 

Juara bagi pertandingan tersebut disandang oleh Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, manakala Naib Juara ialah Sekolah Menengah Sufri Bolkiah dan tempat ketiga ialah Sekolah Menengah Seri Mulia Sarjana.

 

Antara tujuan dan objektif pertandingan ini adalah untuk menjadikan nasyid sebagai wadah penyampaian ilmu dalam mewujudkan interaksi serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan para peserta, di samping memperkukuhkan syiar dan dakwah Islamiah melalui seni nasyid. Selain itu, pertandingan ini juga diharapkan dapat membina keyakinan diri, memupuk semangat kerjasama serta mengembangkan bakat pelajar melalui aktiviti berkumpulan.


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/107(NWM)

Tarikh: 10 Safar 1448 / 25 Julai 2026