MINISTER OF EDUCATION, BRUNEI DARUSSALAM ATTENDED THE 2026 CHINA-ASEAN EDUCATION COOPERATION WEEK (CAECW)

Jul 30, 2026

MINISTER OF EDUCATION, BRUNEI DARUSSALAM ATTENDED

THE 2026 CHINA-ASEAN EDUCATION COOPERATION WEEK (CAECW)

Thursday | 15 Safar 1448 | 30 July 2026

 

GUIYANG CITY, GUIZHOU PROVINCE, PEOPLE'S REPUBLIC OF CHINA  – Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education, Brunei Darussalam attended the 2026 China-ASEAN Education Cooperation Week (CAECW), which was held from 28 to 30 July 2026 in Guiyang City, Guizhou Province, People's Republic of China.

 chinaaseanedu1.jpeg

chinaaseanedu12.jpeg

chinaaseanedu3.jpeg

The Cooperation Week, held under the theme 'Leveraging Smart Education, Building an Amicable Homeland', serves as a vital multilateral platform established to deepen educational exchanges, vocational training synergy, digital transformation, and cultural collaboration between the People's Republic of China and ASEAN Member States. The event was co-hosted by the Ministry of Foreign Affairs, the Ministry of Education, and the People's Government of Guizhou Province, People's Republic of China and brought together ministerial-level representatives, senior government officials, academics and more than 450 local and international delegates.

 chinaaseanedu4.jpeg

On the sidelines of the Opening Ceremony, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah attended the China-ASEAN Education Ministerial Dialogue, chaired by His Excellency Ren Youqun, Vice Minister of Education, People's Republic of China. The dialogue focused on advancing digital learning, academic exchanges, and regional people-to-people connectivity. During the session, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah shared Brunei Darussalam's digital education initiatives and underscored the importance of leveraging technology to build inclusive, values-driven, and future-ready education systems.

 chinaaseanedu5.jpeg

Prior to attending the 2026 CAECW, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah along with the Ministry of Education, Brunei Darussalam delegation conducted a working visit to Yidu Tech Headquarters in Beijing, to gain insights into the company's AI-driven digital solutions and explore potential collaboration in advancing digital transformation and AI applications in education.

 

Accompanying Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah were Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education) and officials from the Ministry of Education, Brunei Darussalam.

 

_________________________________________


MENTERI PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENGHADIRI

MINGGU KERJASAMA PENDIDIKAN CHINA-ASEAN 2026

(CHINA-ASEAN EDUCATION COOPERATION WEEK, CAECW)
 Hari Khamis | 15 Safar 1448 | 30 Julai 2026

 

BANDAR GUIYANG, WILAYAH GUIZHOU, REPUBLIK RAKYAT CHINA – Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam telah menghadiri Minggu Kerjasama Pendidikan China-ASEAN 2026 (China-ASEAN Education Cooperation Week, CAECW), yang berlangsung dari 28 hingga 30 Julai 2026 di Bandar Guiyang, Wilayah Guizhou, Republik Rakyat China.

 

Minggu Kerjasama yang diadakan di bawah tema 'Memanfaatkan Pendidikan Pintar, Membina Tanah Air yang Harmoni' tersebut, merupakan sebuah platform pelbagai hala yang penting bagi memperkukuh pertukaran pendidikan, sinergi latihan vokasional, transformasi digital serta kerjasama kebudayaan antara Republik Rakyat China dan Negara-Negara Anggota ASEAN. Acara tersebut dianjurkan bersama oleh Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Rakyat Wilayah Guizhou, Republik Rakyat China, dan menghimpunkan wakil-wakil di peringkat menteri, pegawai kanan kerajaan, ahli akademik dan lebih daripada 450 orang delegasi tempatan dan antarabangsa.

 

Berikutan Majlis Pembukaan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah telah menghadiri Dialog Menteri-Menteri Pendidikan China–ASEAN yang dipengerusikan oleh Tuan Yang Terutama Ren Youqun, Timbalan Menteri Pendidikan Republik Rakyat China. Dialog tersebut memberi tumpuan kepada usaha memperkasa pembelajaran digital, pertukaran akademik, serta memperkukuh hubungan sesama rakyat di peringkat serantau. Semasa sesi tersebut, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah telah berkongsi inisiatif pendidikan digital Negara Brunei Darussalam serta menekankan kepentingan memanfaatkan teknologi bagi membangunkan sistem pendidikan yang inklusif, berteraskan nilai dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

 

Sebelum menghadiri acara CAECW 2026, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah bersama delegasi Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Yidu Tech di Beijing, bagi meninjau dengan lebih lanjut penyelesaian digital berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dibangunkan oleh syarikat tersebut, di samping meneroka potensi kerjasama dalam memperkasa transformasi digital dan aplikasi AI dalam bidang pendidikan.

 

Turut mengiringi Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah ialah Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), serta pegawai-pegawai daripada Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/112(NWM)
Tarikh: 15 Safar 1448 / 30 Julai 2026