FINALS OF ‘MENAMBANG SYAIR’ COMPETITION 2026 FOR SECONDARY SCHOOLS, COLLEGES AND SIXTH FORM CENTRES

Aug 1, 2026

FINALS OF 'MENAMBANG SYAIR' COMPETITION 2026

FOR SECONDARY SCHOOLS, COLLEGES AND SIXTH FORM CENTRES

THURSDAY | 15 SAFAR 1448 | 30 JULY 2026

 

BANDAR SERI BEGAWAN – The Ministry of Education through the Arts and Creativity Division, Department of Co-Curriculum Education today held the Finals of the “Menambang Syair" Competition for Secondary Schools, Colleges and Sixth Form Centres 2026 at the Celebration Stage, opposite the Royal Regalia Museum. The competition was organised in conjunction with the celebration of the 80th Birthday Anniversary of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.

syair2.jpeg 

Present as the Guest of Honour and officiating the prize presentation ceremony was Yang Mulia Awang Julaihi bin Mohamad, Director of Co-Curriculum Education, Ministry of Education.

syair1.jpeg​ 

The competition was open to students from government and private secondary schools, colleges and sixth form centres under the Ministry of Education, as well as schools under the Ministry of Religious Affairs. A total of 14 teams, comprising of three students, participated in the competition, with five (5) teams qualified for the final round.

 syair3.jpeg


The winner for the competition was Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah, and Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha as the runner-up followed by Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.

 syair4.jpeg


One of the main objectives of the competition is to expose students to the traditional melodies and rhythms of “Brunei Menambang Syair". The competition also aims to nurture and develop students' talents in the performance and appreciation of Brunei's traditional syair, particularly in understanding the explicit and implicit messages conveyed in the Syair composed by His Late Majesty Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien. In addition, the competition seeks to inspire younger generations to appreciate and preserve Brunei's literary and Malay cultural heritage.


________________________________________​________________________________________________________


PERINGKAT AKHIR PERTANDINGAN MENAMBANG SYAIR

PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH, MAKTAB DAN PUSAT TINGKATAN ENAM TAHUN 2026

HARI KHAMIS | 15 SAFAR 1448 | 30 JULAI 2026

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Kesenian dan Kreativiti, Jabatan Pendidikan Kokurikulum pada hari ini telah mengadakan Peringkat Akhir Pertandingan Menambang Syair Peringkat Sekolah Menengah, Maktab dan Pusat Tingkatan Enam Tahun 2026 yang berlangsung di Pentas Perayaan, berhadapan Muzium Alat Kebesaran Diraja. Pertandingan ini diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-80 Tahun.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis, seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang, ialah Yang Mulia Awang Julaihi bin Mohamad, Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan.

 

Pertandingan ini dibukakan kepada para pelajar sekolah-sekolah menengah, maktab dan pusat tingkatan enam kerajaan serta swasta di bawah kawalan Kementerian Pendidikan serta sekolah-sekolah di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Sebanyak 14 buah pasukan telah menyertai pertandingan tersebut diwakili oleh tiga orang pelajar. Daripada jumlah tersebut, lima (5) buah pasukan berjaya mara ke peringkat akhir.

 

Juara bagi pertandingan tersebut disandang oleh Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah, manakala Naib Juara ialah Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan tempat ketiga ialah Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.

 

Antara objektif pertandingan ini adalah untuk mendedahkan para pelajar kepada irama tambangan syair Brunei. Selain itu, pertandingan ini juga bertujuan mengembangkan bakat serta menggilap potensi para pelajar dalam seni penambangan dan penghayatan syair tradisi Brunei, khususnya dari segi memahami pemikiran serta perutusan tersurat dan tersirat yang terkandung dalam Syair Nukilan Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien. Di samping itu, pertandingan ini diharap dapat menyemai minat generasi muda untuk terus menghargai dan memelihara warisan sastera serta budaya Melayu Brunei.


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/111 (NWM)

Tarikh: 15 Safar 1448 / 30 Julai 2026​