FINALS OF THE "LISTEN TO MY STORY" COMPETITION
FOR PRIMARY SCHOOLS NATIONWIDE 2026
TUESDAY | 20 SAFAR 1448 | 4 AUGUST 2026
BERAKAS – The Ministry of Education, through the Religious Activities Division, Department of Co-Curriculum Education, today held the Final Round of the “Listen to My Story" Competition for Primary Schools Nationwide 1448/2026, which took place at Balai Sarmayuda, Language and Literature Hall, Berakas.

Present as the Guest of Honour to officiate the presentation of prizes and certificates to the participants was Yang Mulia Awang Haji Eady Sardi bin Pehin Datu Derma Sakti Dato Paduka Haji Abd Razak, Head of Spiritual Activities Division, the Department of Co-Curriculum Education.

The competition was open to Year 4 and Year 5 students from government and private primary schools under the Ministry of Education, as well as schools under the Ministry of Religious Affairs. The competition is divided into the Male and Female Categories, and each school is allowed to enter up to two teams, comprising one male team and one female team, with three students in each team.

The winner of the boy's category was Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah, while the runner-up was Sekolah Rendah Amar Pahlawan and third place was Sekolah Rendah Awang Haji Mohd Yusof, Katimahar. For the girl's category, the winner was Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, while the runner-up was Sekolah Rendah Beribi, Telanai, and third place was Sekolah Tadika Jaya Datin Hajah Malai Rogayah.

The objectives of the competition were to encourage interest, identify and develop students' talents in sharing knowledge, as well as to nurture knowledgeable young individuals who can contribute towards the realisation of Brunei Darussalam as a Nation of Zikir. In addition, the competition aimed to foster teamwork in presenting stories from the Al-Quran, enhance students' self-confidence, and strengthen their understanding and appreciation of Islam.
.....................................................................................................................................................................
PERINGKAT AKHIR PERTANDINGAN DENGARLAH CERITAKU
SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH SENEGARA TAHUN 1448/2026
HARI SELASA | 20 SAFAR 1448 | 4 OGOS 2026
BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Kegiatan Kerohanian, Jabatan Pendidikan Kokurikulum pada hari ini telah mengadakan Peringkat Akhir Pertandingan Dengarlah Ceritaku Sekolah-Sekolah Rendah Senegara Tahun 1448/2026 yang berlangsung di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi menyempurnakan penyampaian hadiah dan sijil kepada para peserta, ialah Yang Mulia Awang Haji Eady Sardi bin Pehin Datu Derma Sakti Dato Paduka Haji Abd Razak, Ketua Bahagian Kegiatan Kerohanian, Jabatan Pendidikan Kokurikulum.
Pertandingan ini dibukakan kepada pelajar Tahun 4 dan Tahun 5 Sekolah Rendah Kerajaan dan Swasta di bawah kawalan Kementerian Pendidikan serta sekolah-sekolah di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Pertandingan ini dibahagikan kepada Kategori Lelaki dan Kategori Perempuan, dengan setiap sekolah dibenarkan menghantar sehingga dua pasukan, iaitu masing-masing satu pasukan lelaki dan satu pasukan perempuan yang dianggotai oleh tiga orang pelajar bagi setiap pasukan.
Juara pertandingan bagi kategori lelaki disandang oleh Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah, manakala Naib Juara ialah Sekolah Rendah Amar Pahlawan dan tempat ketiga ialah Sekolah Rendah Awang Haji Mohd Yusof, Katimahar. Bagi kategori perempuan pula disandang oleh Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, manakala Naib Juara ialah Sekolah Rendah Beribi, Telanai, dan tempat ketiga ialah Sekolah Tadika Jaya Datin Hajah Malai Rogayah.
Antara tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menarik minat, mencungkil dan mengembangkan bakat murid-murid dalam menyampaikan ilmu pengetahuan serta melahirkan generasi berilmu sebagai penggerak Negara Zikir. Selain itu, pertandingan ini bertujuan memupuk kerjasama dalam menyampaikan kisah-kisah Al-Quran, meningkatkan keyakinan diri serta memperkukuhkan kefahaman dan penghayatan Islam dalam kalangan pelajar.