Launching Ceremony Of The Brunei Darussalam Technical, Vocational Education And Training (TVET) Report 2019

Dec 1, 2020

Bandar Seri Begawan- The launching ceremony of The Brunei Darussalam Technical, Vocational Education and Training (TVET) Report 2019 was held this afternoon at the Lecture Theatre, School of Aviation, IBTE.

The launching ceremony was officiated by Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education, Brunei Darussalam as the Guest of Honour.  The ceremony started with the recital of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat lead by Yang Mulia Ustaz Awang Haji Mohd Alisanusi bin Haji Salim, Islamic Education Lecturer, Politeknik Brunei.  

DSCF3593.JPG

Yang Mulia Dr Chin Wei Keh, Acting Permanent Secretary (Higher Education), Ministry of Education as the Advisor of the Brunei Darussalam TVET Report 2019 delivered a welcoming remark.  Yang Berhormat Minister of Education, as the Guest of Honour, then officially launched the Brunei Darussalam Technical, Vocational Education and Training (TVET) Report 2019, followed by a video presentation of the report.

Dr Chin.JPG

Launching.JPG

Yang Berhormat Minister of Education then presented the Brunei Darussalam Technical, Vocational Education and Training (TVET) Report 2019 book to selected stakeholders. 

Cg Fadzil.JPG

Dr Syazana.JPG

Certificates presentation was then presented by the guest of honour to working group members, editors and book designers as a token of appreciation towards the production of the report.

Yang Berhormat Minister of Education and guests ended the ceremony by visiting a mini exhibition which displayed reviews and information of the Brunei Darussalam Technical,  Vocational Education and Training (TVET) Report 2019. 

exh.JPG

DSCF3776.JPG

Also present during the event were Yang Mulia Pengiran Hajah Zety Sufina Pg Dato Paduka Haji Sani, Permanent Secretary (Industry) Ministry of Finance and Economy as Chairman of MISC; Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education, Directors, Chairmans and representatives of the Manpower Industry Steering Committee (MPEC), Senior Officers and Officers from the Ministry of Education and private higher education institutions.  

The Brunei Darussalam Technical, Vocational Education And Training (TVET) Report 2019 is the first of its kind produced report by the Ministry of Education which gives an overview of the development of the Technical and Vocational Education and Training (TVET) landscape in Brunei Darussalam. The main objective of this report is to highlight the issues and challenges related to the TVET system as well as its impact on the employability of graduates as well as its influence in providing manpower in the country.

The report contains 8 chapter contents namely:

  • Chapter 1: Overview of Technical and Vocational Education and Training (TVET) in Brunei Darussalam.
  • Chapter 2: Network of TVET Institutions.
  • Chapter 3: Admission and graduation of TVET students.
  • Chapter 4: TVET for the job market.
  • Chapter 5: TVET instructors and management.
  • Chapter 6: Accreditation and Quality Assurance in TVET.
  • Chapter 7: TVET Financing.
  • Chapter 8: Collaboration with stakeholders in TVET

The report will be available on the Ministry of Education official website here.

_________________________________________________________________

MAJLIS PELANCARAN BUKUBRUNEI DARUSSALAM TECHNICAL, VOCATIONAL EDUCATION AND TRAINING (TVET) REPORT 2019

01 Disember 2020M / 15 Rabiulakhir 1442H

Bandar Seri Begawan- Majlis Pelancaran Buku Brunei Darussalam Technical, Vocational Education and Training (TVET) Report 2019 telah disempurnakan pada petang ini di Dewan Kuliah, School of Aviation, Institusi Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE). 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dikepalai  oleh Yang Mulia Ustaz Awang Haji Mohd Alisanusi bin Haji Salim, Pensyarah Pendidikan Islam, Politeknik Brunei.  Ucapan alu-aluan seterusnya disampaikan oleh Yang Mulia Dr Chin Wei Keh, Pemangku Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan selaku Penasihat Laporan TVET Brunei Darussalam 2019.  Ini diikuti dengan pelancaran buku laporan Brunei Darussalam Technical, Vocational Education and Training (TVET) Report 2019 oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan dikuti dengan tayangan video klip yang menerangkan mengenai rumusan isi kandungan laporan tersebut. 

Yang Berhormat Menteri Pendidikan turut menyampaikan buku Brunei Darussalam TVET Report 2019 kepada beberapa pihak berkepentingan yang memainkan peranan di dalam memperkembangkan TVET di negara ini. Pada majlis pelancaran tersebut, sijil-sijil penghargaan juga telah disampaikan oleh tetamu kehormat kepada ahli-ahli jawatankuasa kerja, penyunting-penyunting dan perekabentuk buku sebagai tanda kenangan dan penghargaan di dalam menghasilkan buku laporan tersebut.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan para jemputan seterusnya menyaksikan pameran mini yang memaparkan kandungan yang terdapat di dalam Buku Laporan Brunei Darussalam Technical, Vocational Education and Training Report 2019.   

Turut hadir di majlis pelancaran tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Hajah Zety Sufina Pg Dato Paduka Haji Sani, Setiausaha Tetap (Industri) Kementerian Kewangan dan Ekonomi selaku Pengerusi MISC; Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan; Pengarah-Pengarah; Pengerusi-Pengerusi dan wakil-wakil Manpower Industry Steering Committee (MPEC), Pegawai-pegawai Kanan dan Pegawai-Pegawai dari Kementerian Pendidikan, dan institusi-institusi pengajian tinggi swasta.

Laporan TVET Brunei Darussalam 2019 ini adalah yang pertama seumpamanya dihasilkan oleh Kementerian Pendidikan. Laporan tersebut memberikan gambaran keseluruhan tentang pembangunan lanskap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Negara Brunei Darussalam.  Objektif utama laporan ini dihasilkan adalah untuk mengetengahkan isu dan cabaran yang berkaitan dengan sistem TVET serta kesannya terhadap kebolehkerjaan (employability) graduan di samping pengaruhnya dalam menyediakan tenaga kerja di negara ini.  Laporan tersebut mengandungi 8 kandungan bab iaitu:

  • Bab 1: Gambaran Keseluruhan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Negara Brunei Darussalam.
  • Bab 2: Rangkaian Institusi-Institusi TVET.
  • Bab 3: Kemasukan dan graduasi pelajar TVET.
  • Bab 4: TVET untuk pasaran kerja.
  • Bab 5: Tenaga pengajar dan pengurusan TVET.
  • Bab 6: Akreditasi dan Quality Assurance dalam TVET.
  • Bab 7: Pembiayaan TVET.
  • Bab 8: Kerjasama dengan pihak berkepentingan dalam TVET.

Laporan tersebut boleh didapati di laman sesawang Kementerian Pendidikan disini.