Minister Of Education And Deputy Minister Of Education School Visit In Conjunction With The Beginning Of 2021 School Term

Jan 4, 2021

MONDAY - 4 JANUARY 2020 - In conjunction with the first day of the 2021 school term, Yang Berhomat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education and Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Deputy Minister of Education and delegations visited several educational institutions separately.

Minister of Education working visit to Temburong District

a)    Sekolah Rendah Amo

Yang Berhomat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education began to visit to the Temburong District at Sekolah Rendah Amo.Cluster 1. The arrival of Yang Berhormat Minister of Education was welcomed by the Headmistress of the school, Cikgu Hjh Rouziyah binti Hj Abu Bakar. 

While at the school, Yang Berhormat Minister of Education visited the Year 1 to Year 6 classrooms. Yang Berhormat Minister of Education also interacted with the students and participated in activities that were being conducted by teachers with students in the classrooms. He also had the opportunity to give words of encouragement to Year 6 students who will sit for the Primary School Assessment (PSR) 2021. Apart from that, school facilities such as school hall, staff rooms and the school's backyards are also visited by him.

WhatsApp Image 2021-01-04 at 3.53.58 PM.jpeg

Currently, Sekolah Rendah Amo has a total of 99 students and 11 teachers.

b)    Sekolah Rendah Semabat

Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education and delegation continue their visit to Sekolah Rendah Semabat, Cluster 1. The arrival of Yang Berhormat Minister of Education and his delegation was received by Cikgu Haji Junaidi bin Haji Abas, Headmaster of Sekolah Rendah Semabat, Cluster 1. The Minister of Education and delegation were able to observe the break time atmosphere where students had their refreshments in groups and he also had the opportunity to interact closely with the students. Among the areas visited by Yang Berhormat are classrooms, staffroom, kitchen, school libraries and hydroponics garden run by the school teachers. 

WhatsApp Image 2021-01-04 at 8.02.41 PM.jpeg

Sekolah Rendah Semabat was first opened on 6th January 1969. There are 9 teachers in the school with a total of 16 students. This year, a total of three preschool students will start school on 6 January 2021 and two students will sit for the Primary School Assessment (PSR) 2021, this year.

c)    Sekolah Rendah Puni

Yang Berhomat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education and his delegation then visited Sekolah Rendah Puni. The arrival of the delegation was welcomed by the Headmaster of the school, Cikgu Sinorsimah binti Haji Ibrahim. 

While in school, the delegation of Yang Berhormat Minister of Education visited the teaching and learning of Year 1 and Year 6 students in their respective classrooms. Yang Berhormat Dato  visited the staffrooms, ICT room, preschool classroom and the school library. Yang Berhormat Minister of Education also interacted with the students and had the opportunity to witness the activities being carried out by the class teacher with the Year 6 students in their classroom.  Yang Berhormat Dato has also given words of encouragement and learning tips to students who will sit for the Primary School Assessment (PSR) 2021. A total of 80 students consisting of 53 boys and 27 girls are studying at the school. Also joining the delegation were Yang Mulia Awang Zainal Abidin bin Haji Kepli, Acting Director General of Education and Senior officials of the Ministry of Education.

WhatsApp Image 2021-01-04 at 8.02.42 PM.jpeg


Deputy Minister of Education working visit to Belait District

At the same time, Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh, the Deputy Minister of Education has also visited three schools in Belait district; Sekolah Rendah Sungai Liang, Sekolah Menengah Pengiran Anak Putri Hjh Rashidah and Pusat Tingkatan Enam Belait.

a)    Sekolah Rendah Sungai Liang

Yang Mulia Deputy Minister of Education and her delegation began their working visit today to Sekolah Rendah Sungai Liang. The arrival of the delegation was welcomed by Cikgu Abdullah Sani bin Haji Imran, the Headmaster of the Primary School.

Yang Mulia Deputy Minister of Education had the opportunity to witness some Team Building activities from Year 1 to 5 Students in their respective classrooms and also interacted with teachers and students.

Yang Mulia Deputy Minister of Education then visited the school infrastructure such as the school library which contains more than five thousand (5 000) books and pre-school classrooms to ensure that the infrastructure is in good condition.

WhatsApp Image 2021-01-04 at 8.44.11 PM.jpeg

The school has a population of 151 students and 25 teachers. Sekolah Rendah Sungai Liang is also a pilot school for 'class sizing' and now has 8 classrooms for the whole students' population.

b)    Sekolah Menengah Pengiran Anak Putri Hjh Rashidah Sa'adatul Bolkiah

Yang Mulia Deputy Minister of Education and her delegation resumed their visit to Sekolah Menengah Pengiran Anak Putri Hjh Rashidah Sa'adatul Bolkiah. The arrival of the delegation was welcomed by Cikgu Halizawati binti Hj Kepli, the school Principal. Yang Mulia Deputy Minister of Education began the visit with a briefing delivered by the Principal of the school and then a group photo session with the secondary schools teachers.

Sekolah Rendah Sungai Tali, Sekolah Rendah Lumut, Sekolah Rendah Sungai Liang, Sekolah Rendah Merangking dan Sekolah Rendah Chung Liang are the catchment area for Sekolah Menengah Pengiran Anak Putri Hjh Rashidah Saadatul Bolkiah.

WhatsApp Image 2021-01-04 at 9.38.16 PM.jpeg

This year, Sekolah Menengah Pengiran Anak Putri Hjh Rashidah Saadatul Bolkiah has 755 students and 76 teachers.  A total of 101 Year 11 students will sit for the Cambridge GCE 'O' level examination this year.

(c) Pusat Tingkatan Enam Belait

Yang Mulia Deputy Minister of Education continue their visit to Pusat Tingkatan Enam Belait. The arrival of the delegation was welcomed by Cikgu Pengiran Hajah Zeiniun binti Pengiran Mudin, the School Principal.

Yang Mulia Deputy Minister of Education began their visit with a briefing session by the school principal specifically on the subjects offered by the Centre followed by a visit of the school's infrastructure such as conference rooms, libraries, counseling room and meeting room.

Yang Mulia Deputy Minister of Education also had the opportunity to interact and give words of encouragement for the first cohort students of the Pusat Tingkatan Enam Belait.

Pusat Tingkatan Enam Belait is a newly formed six form centre in 2020 and a total of 111 students and 48 instructors now inhabit the school.

WhatsApp Image 2021-01-04 at 8.44.11 PM-3.jpeg

Also participating in the visit were senior officials and officers from the Ministry of Education.

___________________________________________________________

ISNIN - 4 JANUARI 2020 - Sempena hari pertama sesi persekolahan  2021 dibuka, Yang Berhomat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan dan Yang Mulia  Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan beserta rombongan mengadakan lawatan ke beberapa buah institusi pendidikan secara berasingan.

Lawatan Kerja  Menteri Pendidikan ke Daerah Temburong

a)    Sekolah Rendah Amo

Yang Berhomat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan dan rombongan mula mengadakan lawatan ke Sekolah Rendah Amo, Kluster 1.  Ketibaan Yang Berhormat Menteri Pendidikan berserta rombongan dialu-alukan oleh Guru Besar sekolah, Cikgu Hjh Rouziyah binti Hj Abu Bakar.

Ketika berada di Sekolah tersebut, Yang Berhormat Menteri Pendidikan dibawa melawat pengajaran di bilik-bilik Tahun 1 sehingga Tahun 6.  Ketika di sini Yang Berhormat Menteri Pendidikan turut berinteraksi dengan para pelajar serta menyertai aktibiti-aktibiti yang sedang dikendalikan oleh guru-guru bersama para pelajar di dalam bilik darjah. Yang Berhormat Menteri Pendidikan juga berkesempatan untuk memberi kata-kata semangat kepada para pelajar Tahun 6 yang akan menduduki menduduki Penilaian Sekolah Rendah (PSR) 2021. Selain daripada itu, kawasan sekolah seperti dewan, bilik guru-guru dan kawasan belakang sekolah juga telah dilawat oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

Pada ketika ini Sekolah Rendah Amo mempunyai keramaian seramai 99 orang pelajar dan 11 orang guru.

b)    Sekolah Rendah Semabat

Rombongan Yang Berhomat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan seterusnya mengadakan lawatan ke Sekolah Rendah Semabat, Kluster 1.  Ketibaan Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan rombongan dialu-alukan oleh Cikgu Haji Junaidi bin Haji Abas, Guru Besar Sekolah Rendah Semabat, Kluster 1. 

Ketika berada di sekolah ini Menteri Pendidikan dan rombongan dibawa melihat suasana ketika para pelajar berkumpul untuk menjamu selera pada waktu rehat di mana beliau juga berkesempatan untuk berinteraksi secara dekat dengan para pelajar. Antara kawasan-kawasan yang telah dilawati oleh Yang Berhormat Menteri adalah bilik-bilik darjah, bilik guru-guru, dapur, perpustakaan sekolah dan taman hydroponics yang diusahakan oleh guru-guru.

Sekolah Rendah Semabat mula dibuka pada 6hb Januari 1969. Terdapat 9 orang tenaga pengajar di sekolah tersebut dengan keramaian 16 orang pelajar. Pada tahun ini, seramai tiga orang pelajar prasekolah akan memulakan persekolahan pada 6 Januari 2021 dan dua orang pelajar akan menduduki Penilaian Sekolah Rendah (PSR) 2021.

c)    Sekolah Rendah Puni

Seterusnya Yang Berhomat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan dan rombongan mengadakan lawatan ke Sekolah Rendah Puni. Ketibaan rombongan Yang Berhormat Menteri Pendidikan dialu-alukan oleh Guru Besar sekolah, Cikgu Sinorsimah binti Haji Ibrahim. 

Semasa berada di sekolah ini rombongan Yang Berhormat Menteri Pendidikan di bawa melawat pengajaran di bilik Tahun 1 dan Tahun 6. Yang Berhormat Dato dan rombongan juga meninjau bilik guru-guru, bilik ICT, bilik prasekolah dan perpustakaan sekolah berkenaan. Semasa berada di bilik darjah Tahun 6, Yang Berhormat Menteri Pendidikan berinteraksi bersama pelajar-pelajar dan berkesempatan menyaksikan aktibiti yang sedang dijalankan oleh guru kelas berkenaan bersama para pelajar. Yang Berhormat Dato juga telah memberi kata-kata semangat dan tips pembelajaran kepada para pelajar yang akan menduduki Penilaian Sekolah Rendah (PSR) 2021.

Seramai 80 orang pelajar yang terdiri daripada 53 orang lelaki dan 27 orang perempuan sedang belajar di sekolah tersebut.

Turut menyertai rombongan Yang Mulia Awang Zainal Abidin bin Haji Kepli, Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan dan Pegawai-pegawai kanan dan Pegawai-Pegawai Kementerian Pendidikan.


Rombongan Timbalan Menteri Pendidikan ke Daerah Belait

Pada masa yang sama, Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan telah mengadakan lawatan ke tiga buah sekolah di daerah Belait iaitu Sekolah Rendah Sungai Liang, Sekolah Menengah Pengiran Anak Putri Hjh Rashidah dan Pusat Tingkata Enam Belait.

a)    Sekolah Rendah Sungai Liang

Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan dan rombongan memulakan lawatan kerja hari ini ke Sekolah Rendah Sungai Liang. Ketibaan rombongan di alu-alukan oleh Cikgu Abdullah Sani bin Haji Imran, Guru Besar Sekolah Rendah berkenaan. 

Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan turut berkesempatan menyaksikan beberapa aktiviti Team Building dari Pelajar Tahun 1 hingga 5 di dalam bilik darjah masing-masing sambil beramah mesra dengan guru-guru dan pelajar-pelajar. 

Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan juga melawat prasarana-prasarana sekolah seperti perpustakaan yang mengandungi lebih daripada lima ribu (5 000) buah buku dan bilik darjah pra sekolah bagi memastikan prasarana adalah didalam keadaan yang baik.

Sekolah ini mempunyai keramaian 151 orang pelajar dan 25 orang tenaga pengajar. Sekolah Rendah Sungai Liang juga merupakan sekolah rintis bagi 'class sizing' dan kini mempunyai 8 bilik darjah.

b)    Sekolah Menengah Pengiran Anak Putri Hjh Rashidah Saadatul Bolkiah

Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan dan rombongan meneruskan lagi sesi lawatan ke Sekolah Menengah Pengiran Anak Putri Hjh Rashidah Saadatul Bolkiah. Ketibaan rombongan dialu-alukan oleh Cikgu Halizawati binti Hj Kepli, Pengetua Sekolah berkenaan.

Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan memulakan lawatan dengan taklimat yang disampaikan oleh Pengetua sekolah berkenaan dan seterusnya sesi bergambar ramai bersama guru-guru sekolah Menengah Pengiran Anak Putri Hjh Rashidah Saadatul Bolkiah.

Antara sekolah-sekolah di bawah tadahan Sekolah Menengah Pengiran Anak Putri Hjh Rashidah Saadatul Bolkiah  ialah Sekolah Rendah Sungai Tali, Sekolah Rendah Lumut, Sekolah Rendah Sungai Liang, Sekolah Rendah Merangking dan Sekolah Rendah Chung Liang. Pada tahun ini, Sekolah Menengah Pengiran Anak Putri Hjh Rashidah Saadatul Bolkiah mempunyai seramai 755 orang pelajar dan 76 orang tenaga pengajar. Seramai 101 pelajar tahun 11 akan menduduki peperiksaan Cambridge GCE 'O' level pada tahun ini.

c)    Pusat Tingkatan Enam Belait

Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan dan rombongan meneruskan lagi sesi lawatan ke Pusat Tingkatan Enam Belait. Ketibaan rombongan dialu-alukan oleh Cikgu Pengiran Hajah Zeiniun binti Pengiran Mudin, Pengetua Sekolah berkenaan.

Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan memulakan lawatan dengan sesi taklimat bersama pengetua sekolah khasnya mengenai subjek-subjek yang ditawarkan oleh Pusat tersebut dan diikuti dengan lawatan ke prasarana-prasarana sekolah seperti bilik persidangan, perpustakaan sekolah, bilik kaunseling dan bilik mesyuarat. 

Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan juga berkesempatan berinteraksi dan memberikan kata-kata semangat bagi pelajar-pelajar pengambilan kohort pertama Pusat Tingkatan Enam Belait.

Pusat Tingkatan Enam Belait adalah Pusat Tingkatan Enam yang baru ditubuhkan pada tahun 2020 dan seramai 111 orang pelajar dan 48 orang tenaga pengajar kini menghuni sekolah tersebut.

Turut menyertai rombongan ialah pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan.