Minister Of Education And Deputy Minister Of Education Continue Second Day Of School Visits As 2021 School Terms Commences

Jan 5, 2021

As 2021 school term commences,, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education and Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Deputy Minister of Education and respective delegations continue their second day visit to several educational institutions separately.

Minister of Education working visit to Brunei-Muara District

a)    Sekolah Rendah Panglima Barudin

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education and his delegation began their visit this morning to Sekolah Rendah Panglima Barudin, Limau Manis, Cluster 2. The arrival of Yang Berhormat Minister of Education and his delegation was welcomed by the Headmaster of the School, Yang Mulia Cikgu Mohamad Sani bin Haji Mohamad Jais.

Yang Berhormat Minister of Education greeted the Year 2 students who were conducting their activities at the school hall, where he had the opportunity to interact and ask about activities they were doing.

Yang Berhormat Minister of Education also had the opportunity to visit the classrooms of Years 1, 4, 5 and 6 where Yang Berhormat had the opportunity to give words of encouragement to Year 6 students who will sit for the Primary School Assessment (PSR) 2021, this year. Yang Berhormat Minister of Education also emphasized on the importance of reading to students as one of the key to success.

WhatsApp Image 2021-01-05 at 8.08.19 PM.jpeg

Sekolah Rendah Panglima Barudin was established in 1968 and currently has a total of 293 students and 31 teachers.

b)   Sekolah Rendah Pangkalan Batu

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, the Minister of Education next visited Sekolah Rendah Pengkalan Batu, Cluster 2. The arrival of Yang Berhormat Minister of Education and delegation was welcomed by Yang Mulia Cikgu Noriah binti Haji Sarudin, Headmistress of the School.

Yang Berhormat Minister of Education and his delegation first visited the Information Communication Technology (ICT) Room and the Science Laboratory. Among the other areas that was visited by Yang Berhormat Minister of Education were the school's classrooms, SENA rooms, staffrooms, library and the school hall. During the visit, he also had the opportunity to interact with Year 5 and 6 students as well as students with special needs.

WhatsApp Image 2021-01-05 at 8.08.18 PM.jpeg

Sekolah Rendah Pengkalan Batu has a total of 17 teachers and 109 students. This year, a total of 11 preschool students will start school on 6 January 2021.

c)    Sekolah Menengah Masin

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education and his delegation then visited Sekolah Menengah Masin. The arrival of the delegation was welcomed by the Principal of the school, Yang Mulia Cikgu Ivan Moore.

Yang Berhormat Minister of Education and delegation visited the Pre-Vocational and Year 11 classroom, where he had the opportunity to give words of encouragement to students who will sit for the GCE 'O' Level examination at the end of this year. He also inspected the agricultural area cultivated by the Year 11 students.

WhatsApp Image 2021-01-05 at 8.08.20 PM.jpeg

Sekolah Menengah Masin was opened on 26 July 2007. Currently the student population is 747 and 122 teachers.

Also among the delegation were Yang Mulia Awang Zainal Abidin bin Haji Kepli, Acting Director General of Education and senior officials of the Ministry of Education.

Deputy Minister of Education working visit to Tutong District

In a separate session, Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh, the Deputy Minister of Education has also visited three schools under Cluster 5 in Belait district; Pusat Tingkatan Enam Tutong, Sekolah Rendah Pg Dipa Negara Pg Jaya Sengkarai and Sekolah Rendah Binturan.

a)      Pusat Tingkatan Enam Tutong

Yang Mulia Deputy Minister of Education and her delegation began their working visit today to Pusat Tingkatan Enam Tutong. The arrival of the delegation was welcomed by Yang Mulia Cikgu Hajah Murni binti Abdullah, the Principal of the centre.

Yang Mulia Deputy Minister of Education began by visiting the centre's infrastructure such as the Science laboratory and the students' Personal Study Room. During her visit, Yang Mulia Deputy Minister of Education had the opportunity to interact with the Lower Six students and shared words of encouragement for students to study hard to achieve their dream career.

WhatsApp Image 2021-01-05 at 8.08.22 PM.jpeg

 The visit ended with a photo session with the Six Form Centre teachers.

Among the schools under the Pusat Tingkatan Enam Tutong catchment areas are Sekolah Menengah Mudah Hashim, Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, Sekolah Menengah Tanjong Maya, Sekolah Menengah Sayyidina 'Othman and Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. The center now offers eighteen (18) elective subjects.

The school has a population of 252 students and 52 teachers.

a)    Sekolah Rendah Pengiran Dipa Negara Pengiran Jaya Sengkarai

Yang Mulia Deputy Minister of Education and her delegation continuedtheir visit to Sekolah Rendah Pengiran Dipa Negara Pengiran Jaya Sengkarai. The arrival of the delegation was welcomed by Cikgu Rosimah binti Haji Mohamad, the school's headmistress.

Yang Mulia Deputy Minister of Education began her visit to school libraries and classrooms. Yang Mulia Deputy Minister of Education also had the opportunity to observe some Team Building activities for Year 1 students in their classroom and interacted with the teachers and students.

WhatsApp Image 2021-01-05 at 8.08.20 PM (2).jpeg

This year, Sekolah Rendah Pg Dipa Negara Pg Jaya Sengkarai has a total of 132 students and 22 teachers.  The school's mission is 'To Provide Quality Education to Produce Skilled Students in Various Aspects'

a)      Sekolah Rendah Binturan

Yang Mulia Deputy Minister of Education and delegation ended their visit to Sekolah Rendah Binturan. The arrival of the delegation was welcomed by Yang Mulia Cikgu Hazibah binti Hj Abd Manan, the school's headmistress.

Yang Mulia Deputy Minister of Education began their visit with a briefing session presented by the school's headmistress.

Yang Mulia Deputy Minister of Education then visited the Information Communication Technology (ICT) room where the students conducted activities using the computers.

WhatsApp Image 2021-01-05 at 8.08.21 PM.jpeg

The session ended with a photo session with the school's teaching staff.

Also participating in the visit were senior officials and officers from the Ministry of Education.

_____________________________________________________________________________


HARI KEDUA LAWATAN KERJA MENTERI PENDIDIKAN DAN

TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN SEMPENA SESI PERSEKOLAHAN 2021 BERMULA

 

SELASA - 5 JANUARI 2020 - Sempena permuulaan sesi persekolahan  2021. Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan dan Yang Mulia  Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan beserta rombongan meneruskan lagi hari kedua lawatan ke beberapa buah institusi pendidikan secara berasingan.

Lawatan Kerja Menteri Pendidikan ke Daerah Brunei-Muara

a)    Sekolah Rendah Panglima Barudin, Limau Manis

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan dan rombongan memulakan lawatan pagi ini ke Sekolah Rendah Panglima Barudin, Limau Manis, Kluster 2. Ketibaan Yang Berhormat Menteri Pendidikan beserta rombongan dialu-alukan oleh Guru Besar Sekolah,Yang Mulia Cikgu Mohamad Sani bin Haji Mohamad Jais. 

Ketika berada di sekolah tersebut, Yang Berhormat Menteri Pendidikan dibawa berjumpa dengan pelajar-pelajar Tahun 2 yang sedang membuat aktiviti di dewan sekolah dan berpeluang berinteraksi dan bertanya mengenai aktiviti yang sedang dijalankan.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan juga berpeluang melawat bilik darjah Tahun 1, 4, 5 dan 6 dan berkesempatan untuk memberikan kata-kata semangat kepada pelajar-pelajar Tahun 6 yang akan menduduki Penilaian Sekolah Rendah (PSR) 2021. Selain daripada itu, Yang Berhormat Menteri Pendidikan juga menekankan kepentingan membaca kepada para pelajar sebagai salah satu kunci kejayaan.

Sekolah Rendah Panglima Barudin telah ditubuhkan pada tahun 1968 dan pada ketika ini mempunyai keramaian 293 orang pelajar dan 31 orang guru.

b)   Sekolah Rendah Pengkalan Batu

Rombongan Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan seterusnya mengadakan lawatan ke Sekolah Rendah Pengkalan Batu, Kluster 2.  Ketibaan Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan rombongan dialu-alukan oleh Yang Mulia Cikgu Noriah binti Haji Sarudin, Guru Besar Sekolah.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan rombongan memulakan lawatan ke Bilik Information Communication Technology (ICT) dan Makmal Sains. Antara kawasan-kawasan lain yang turut dilawati oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan adalah bilik-bilik darjah, bilik SENA, bilik guru-guru, perpustakaan dan dewan sekolah. Ketika lawatan, beliau juga berpeluang untuk berinteraksi bersama pelajar Tahun 5 dan 6 serta pelajar bekeperluan khas.

Sekolah Rendah Pengkalan Batu mempunyai keramaian seramai 17 orang tenaga pengajar dan 109 orang pelajar. Pada tahun ini, seramai 11 orang pelajar prasekolah akan memulakan persekolahan pada 6 Januari 2021.

c)    Sekolah Menengah Masin

Seterusnya Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan dan rombongan mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Masin. Ketibaan rombongan Yang Berhormat Menteri Pendidikan dialu-alukan oleh Pengetua sekolah, Cikgu Ivan Moore.

Semasa berada di sekolah ini rombongan Yang Berhormat Menteri Pendidikan dibawa meninjau sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik pra-vokasional dan bilik Tahun 11. Yang Berhormat Menteri Pendidikan juga memberikan kata-kata semangat kepada pelajar-pelajar Tahun 11 yang akan menduduki peperiksan GCE 'O' Level pada hujung tahun ini. Selain daripada itu, beliau juga meninjau kawasan tanaman (agriculture) yang diusahakan oleh pelajar-pelajar Tahun 11 sekolah berkenaan.

Sekolah Menengah Masin mula dibuka pada 26 Julai 2007. Pada ketika ini, keramaian pelajar adalah 747 orang dan guru-guru adalah 122 orang.

Turut menyertai rombongan adalah Yang Mulia Awang Zainal Abidin bin Haji Kepli, pemangku Ketua Pengarah Pendidikan dan Pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan.

Rombongan Timbalan Menteri Pendidikan ke Daerah Tutong

Pada masa yang sama, Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan telah mengadakan lawatan ke tiga buah sekolah di bawah Kluster 5, Daerah Tutong iaitu Pusat Tingkatan Enam Tutong, Sekolah Rendah Pengiran Dipa Negara Pengiran Jaya Sengkarai dan Sekolah Rendah Binturan.

a)    Pusat Tingkatan Enam Tutong

Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan dan rombongan memulakan lawatan kerja hari ini ke Pusat Tingkatan Enam Tutong. Ketibaan rombongan di alu-alukan oleh Yang Mulia Cikgu Hajah Murni Binti Abdullah, Pengetua Pusat Tingkatan Enam berkenaan.

Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan memulakan lawatan dengan melawat prasarana-prasarana  Pusat  tersebut seperti makmal Sains dan Bilik 'Personal Study' pelajar. Semasa lawatan juga, Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan berkesempatan berinteraksi dengan pelajar-pelajar Tahun Enam Bawah dan memberikan kata-kata perangsang kepada pelajar-pelajar supaya belajar dengan bersungguh-sungguh demi mencapai kerjaya impian mereka.

Sesi lawatan diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama guru-guru Pusat Tingkatan Enam tersebut.

Antara sekolah-sekolah di bawah tadahan Pusat Tingkatan Enam ialah Sekolah Menengah Mudah Hashim, Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, Sekolah Menengah Tanjong Maya, Sekolah Menengah Sayyidina 'Othman dan Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Pusat tersebut kini menawarkan lapan belas (18) subjek pilihan.

Sekolah ini mempunyai keramaian 252 orang pelajar dan 52 orang tenaga pengajar.

b)   Sekolah Rendah Pengiran Dipa Negara Pengiran Jaya Sengkarai

Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan dan rombongan meneruskan lagi sesi lawatan ke Sekolah Rendah Pengiran Dipa Negara Pengiran Jaya Sengkarai. Ketibaan rombongan dialu-alukan oleh Yang Mulia Cikgu Rosimah binti Haji Mohamad, Guru Besar Sekolah berkenaan.

Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan memulakan lawatan dengan lawatan ke prasarana-prasarana sekolah seperti perpustakaan dan bilik-bilik darjah sekolah. Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan turut berkesempatan menyaksikan beberapa aktiviti Team Building Pelajar Tahun 1 di dalam bilik darjah sambil beramah mesra dengan guru-guru dan pelajar-pelajar.

Sekolah Rendah Pg Dipa Negara Pg Jaya Sengkarai mempunyai seramai 132 orang pelajar dan 22 orang tenaga pengajar. Misi Sekolah Rendah tersebut adalah 'Memberikan Pendidikan Berkualiti Untuk Melahirkan Pelajar Berkemahiran Dalam Pelbagai Aspek'

c)    Sekolah Rendah Binturan

Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan dan rombongan mengakhiri lawatan ke Sekolah Rendah Binturan. Ketibaan rombongan dialu-alukan oleh Yang Mulia Cikgu Hazibah binti Hj Abd Manan, Guru Besar Sekolah berkenaan.

Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan memulakan lawatan dengan mendengarkan taklimat mengenai profil Sekolah yang disampaikan oleh guru besar sekolah tersebut.

Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan seterusnya melawat bilik Information Communication Technology (ICT) dimana pelajar-pelajar sedang menjalankan aktiviti menggunakan komputer. 

Sesi lawatan diakhiri dengan sesi bergambar ramai dengan tenaga-tenaga pengajar di sekolah tersebut.

Seramai 159 orang pelajar dan 24 orang tenaga pengajar kini menghuni sekolah tersebut.

Turut menyertai rombongan ialah pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan.