ASEAN-INDIA Online Hackathon Prize Distribution Ceremony

Feb 5, 2021

ASEAN-India Online Hackathon Prize Distribution Ceremony was held virtually on the 4th February 2021 which was attended by guests and delegation from ASEAN and the Republic of India.

 

The prize distribution ceremony was also graced by His Excellency Shri Narendra Modi, the Prime Minister of India and dignitaries from ASEAN and India. At the ceremony, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education Brunei Darussalam had an opportunity to deliver a message via a pre-recorded video. Yang Berhormat Dato highlighted the long-standing relationship between the ASEAN and India in cooperating in various areas to include human resource development, people to people contacts and education, among others. Yang Berhormat Dato further highlighted that that the Hackathon is timely in building the younger generations with skills and experience such as team work, communication and working in demanding environment.

YB Menteri Pendidikan.jpeg

The Hackathon being the first of its kind hosted under the ASEAN-India partnership is an initiative introduced by the Government of India through the Ministry of Education India and the Ministry of External Affairs of India. The online hackathon was conducted 36 hours non-stop with participation from over 330 students and 110 mentors from across ASEAN and India in higher education level. The teams of student were tasked to provide solution to problem statement in education, science and technology. The event intended to stimulate innovative and creative ideas in sharing culture, values and best practices among students with different background. Brunei Darussalam was represented by a delegation of eight students and two lecturers from Universiti Teknologi Brunei (UTB).

 

The event saw the announcement of winners where the team mentored by Assistant Professor Dr Wida Susanty Haji Suhaili, Deputy Director of Centre for Innovative Engineering at UTB was named as one of the runner ups. Meanwhile a team led by Siti Aisah Janaji, a PhD student at the UTB also bagged a second place in the hackathon.

_____________________________________________________


ACARA PENYAMPAIAN HADIAH ASEAN-INDIA ONLINE HACKATHON,

4 FEBRUARI 2021

 

Acara penyampaian hadiah bagi ASEAN-India Online Hackathon telahpun diadakan pada 4 Februari 2021 yang dihadiri oleh tetamu dan delegasi dari ASEAN dan Republik India.

 

Acara penyampaian hadiah turut dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Shri Narendra Modi, Perdana Menteri India dan wakil-wakil dari ASEAN dan India. Pada acara berkenaan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan Brunei Darussalam berkesempatan untuk menyampaikan pesanan melalui rakaman video dimana Yang Berhormat Dato menggariskan mengenai  hubungan kukuh di antara ASEAN dan India dalam kerjasama di pelbagai bidang yang antaranya, bidang pembangunan sumber manusia, hubungan antara manusia dan pendidikan. Yang Berhormat Dato juga menekankan bahawa  acara hackathon ini dihasratkan untuk menjadi peluang dan pengalaman kepada generasi muda untuk membangun kemahiran seperti kerja berpasukan, komunikasi dan bekerja dalam persekitaran yang mencabar.

 

Acara hackathon ini diadakan dibawah platform ASEAN-India dan merupakan sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan India melalui Kementerian Pendidikan India dan Kementerian Luar Negeri India. Hackathon dalam talian ini dilakukan selama 36 jam tanpa henti dengan penyertaan lebih daripada 330 pelajar dan 110 mentor dari seluruh ASEAN dan India di peringkat pendidikan tinggi. Pelajar ditugaskan untuk memberikan penyelesaian kepada penyataan masalah dalam pendidikan, sains dan teknologi. Acara ini bertujuan untuk merangsang idea inovatif dan kreatif dalam berkongsi budaya, nilai dan amalan terbaik di kalangan pelajar dengan latar belakang yang berbeza. Negara Brunei Darussalam diwakili oleh delegasi seramai lapan orang pelajar dan dua orang pensyarah dari Universiti Teknologi Brunei (UTB).

 

Acara kemuncak ASEAN-India Online Hackathon menyaksikan pengumuman pemenang-pemenang bagi pertandingan berkenaan dimana kumpulan yang dibimbing oleh Penolong Profesor Dr Wida Susanty Haji Suhaili, Timbalan Pengarah Pusat Kejuruteraan Inovatif di UTB telahpun dinobatkan sebagai salah sebuah kumpulan naib juara.  Manakala kumpulan yang diterajui oleh Siti Aisah Janaji, pelajar kedoktoran di UTB juga berjaya mendapat tempat kedua di pertandingan hackathon berkenaan.