Khatam Al-Quran Ceremony In Conjunction With The 37th National Day Of Brunei Darussalam

Apr 4, 2021

The Brunei Darussalam Student Association in Australia, Malaysia and the United Kingdom organised a Khatam Al-Quran Ceremony in conjunction with the 37th National Day of Brunei Darussalam. The event was held at Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit. The ceremony was organised by the association in collaboration with the Scholarship Division, Ministry of Education.

Present as the Guest of Honor was Yang Mulia Dr Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education), Ministry of Education.

WhatsApp Image 2021-04-05 at 8.58.06 AM.jpeg

WhatsApp Image 2021-04-05 at 8.58.06 AM (2).jpeg

WhatsApp Image 2021-04-05 at 8.58.06 AM (1).jpeg

DSC01187.JPG

DSC01178.JPG

The inaugural event was one of the initiatives of overseas students who are currently still in Brunei Darussalam to reap blessings from reciting the Holy Quran and at the same time enliven the Brunei Darussalam National Day Celebration with a religious event.

A total of 127 students comprising 96 students studying in Malaysia, 16 students studying in Australia, 13 students studying in the United Kingdom and 3 Alumni members participated in the ceremony.

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah en masse led by the Guest of Honor and continued with the recitation of Surahs Al-Quran and Tahtim led by Awang Haji Mohd Adi Saufi bin Haji Aminuddin and Ak. Muhd Ihsan bin Pg. Haji Mohd. Zaman.

The ceremony was further enlivened with Dikir Marhaban and the presentation of certificates of participation by the Guest of Honour. The ceremony ended with the recitation of 'Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam'.

Also present during the ceremony were Yang Mulia Awang Julaihi bin Mohamad/Mohamat, Senior Special Duties Officer/Head of Scholarship Division and officers from the Scholarship Division, Ministry of Education.

____________________________________________________________________________

Persatuan Pelajar-Pelajar Negara Brunei Darussalam yang menuntut di Australia, Malaysia dan United Kingdom menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-37 yang diadakan di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit. Majlis ini diungkayahkan persatuan berkenaan dengan kerjasama Bahagian Biasiswa Kementerian Pendidikan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Dr Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan.

Majlis yang julung-julung kalinya diadakan tersebut adalah merupakan salah satu inisiatif pelajar-pelajar seberang laut yang pada masa ini masih berada di Negara Brunei Darussalam untuk meraih keberkatan dari amalan pembacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran dan dalam masa yang sama memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dalam bentuk Acara Keugamaan.

Seramai 127 pelajar-pelajar seberang laut terdiri daripada 96 orang pelajar di Malaysia, 16 orang pelajar di Australia, 13 orang pelajar di United Kingdom dan 3 orang Alumni menyertai majlis tersebut.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Tetamu Kehormat dan diteruskan dengan bacaan Surah-surah Al-Quran dan Bacaan Tahtim yang dipimpin oleh Awg. Hj Mohd Adi Saufi bin Hj Aminuddin  dan Ak. Muhd Ihsan bin Pg. Hj Mohd Zaman.

Majlis disemarakkan lagi dengan Dikir Marhaban dan penyampaian sijil penyertaan oleh Tetamu Majlis. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir di majlis ini ialah Yang Mulia Awg. Julaihi bin Mohamad/Mohamat, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan/Ketua Bahagian Biasiswa dan pegawai-pegawai daripada Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan.