G20 Education Ministers’ Meeting

Jun 22, 2021

dato1.jpeg

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education Brunei Darussalam attended the G20 Education Ministers' Meeting held virtually today. The G20 is the international forum that brings together the world's major economies and has met annually since 1999. Brunei Darussalam, as the Chair of the Association of South East Asian Nations (ASEAN) for 2021, is invited as special guest of the Republic of Italy who holds the G20 Presidency for 2021.

Dato2.jpeg

This year's G20 Education Ministers' Meeting is attended by Ministers, Deputy Ministers and representatives in the field of education of the G20 Members such as Australia, Canada, Germany, Japan, Russian Federation, Republic of Korea, the United Kingdom and the United States of America. Also present was Singapore, Spain and the Netherlands as special guests to G20 meetings. In addition, regional and international organisations such as United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO), Organisation for Economic Co-operative and Development (OECD), World Bank and the African Union (AU) also attended the meetings.

 

As part of the meeting agenda, Yang Berhormat Dato had the opportunity to share some of the initiatives taken by both ASEAN and the Ministry of Education Brunei Darussalam on the impact of the pandemic on education and training. The Minister of Education also congratulated Italy for its successful leadership and supports the G20 Education Ministers Declaration that signifies the commitment of G20 in fields of education.

 

Also present was Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), Yang Mulia Dr. Awang Hazri bin Haji Kifle, Acting Director-General of Education, and officials from Ministry of Education.

_____________________________________________________________________


Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan Brunei Darussalam telah menghadiri Mesyuarat G20 bagi Menteri-Menteri Pendidikan yang diadakan secara maya hari ini. G20 merupakan sebuah forum antarabangsa yang menghimpunkan ekonomi utama dunia dan telah bertemu setiap tahun sejak 1999. Brunei Darussalam, sebagai Pengerusi Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) bagi tahun 2021, dijemput sebagai tetamu khas Republik Itali yang memegang Jawatan Presiden G20 bagi tahun 2021.

 

Mesyuarat G20 bagi Menteri-Menteri Pendidikan tahun ini dihadiri oleh Menteri-Menteri, Timbalan-Timbalan Menteri dan wakil-wakil dalam bidang pendidikan dari Ahli-Ahli G20 seperti Australia, Kanada, Jerman, Jepun, Persekutuan Rusia, Republik Korea Selatan, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Turut hadir ialah Singapura, Sepanyol dan Belanda sebagai tetamu khas untuk mesyuarat-mesyuarat G20. Selain itu, pertubuhan serantau dan antarabangsa seperti Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), World Bank dan Kesatuan Afrika (AU) turut menghadiri mesyuarat tersebut.

 

Sebagai sebahagian daripada agenda mesyuarat-mesyuarat berkenaan, Yang Berhormat Dato berpeluang untuk berkongsi beberapa inisiatif yang dilaksanakan oleh ASEAN dan Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam mengenai isu kesan pandemik terhadap pendidikan dan latihan. Yang Berhormat Menteri Pendidikan turut mengucapkan tahniah kepada Itali atas kejayaan kepimpinannya dalam mesyuarat-mesyuarat berkenaan dan menyokong Deklarasi Menteri-Menteri Pendidikan G20 yang menandakan komitmen G20 dalam bidang Pendidikan.

 

Turut hadir Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Yang Mulia Dr. Awang Hazri bin Haji Kifle, Pemangku Ketua-Pengarah Pendidikan, dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.