Foundation Laying Ceremony: Reconstruction Project Of Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar, Temburong

Jun 26, 2021

TEMBURONG – Ministry of Education through the Department of Planning and Estate Management this morning held a foundation laying ceremony for the new building of Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar at a construction site of 15.4189 acres located in Kampong Batu Apoi, Mukim Batu Apoi.

 

Present as the joint guests of honour to officiate the ceremony was Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi Bin Haji Gafar, Minister of Development and Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education.

DSC_7449.JPG

IMG_2721.JPG

MHS_0695.JPG

image0.jpeg

MHS_0704.JPG

MHS_0703.JPG

Also attending the ceremony were Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Deputy Minister of The Ministry of Development; Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Deputy Minister of Education; and Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, member of The Legislative Council.

 DSC_7458.JPG

DSC_7473.jpeg

This project is in line with the long-term plan of the Ministry of Education in providing more conducive and quality educational infrastructure through the 11th National Development Plan. The $16.3 million project was initiated on 16th February 2021 and is expected to be completed on 15th May 2022. The Ministry of Education has entrusted the management of the project to the Development Department, Public Works Department, Ministry of Development and has appointed LCY Development Sdn. Bhd. to implement the project through "Design and Build" approach.

MHS_0762.JPG

Majlis Perletakan Batu Asas3.jpeg

 Majlis Perletakan Batu Asas1.jpeg

With a modern concept design, the school building will be equipped with facilities such as classrooms, science laboratories, specialized rooms, library, surau, multipurpose hall, dining hall, canteen and Administration Block. In addition, the school will also be equipped with sports infrastructure such as tracks and football fields.

 

Also present at this morning's event were Permanent Secretaries, Deputy Permanent Secretaries and senior officers from Ministry of Development and Ministry of Education; Acting Assistant District Officer of the Temburong District; Penghulu of Mukim Batu Apoi and Acting Head of Village of Kampong Batu Apoi.

______________________________________________________________________


MAJLIS PERLETAKAN BATU ASAS BAGI PROJEK PEMBINAAN SEMULA SEKOLAH MENENGAH SULTAN HASSAN BANGAR TEMBURONG

 

TEMBURONG – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Perancangan dan Pengurusan Estet telah mengadakan Majlis Perletakan Batu Asas bagi Bangunan Baharu Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar di tapak pembinaan seluas 15.4189 ekar yang terletak di Kampong Batu Apoi, Mukim Batu Apoi pada pagi ini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat bersama bagi menyempurnakan majlis berkenaan ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi Bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan.

 

Turut hadir ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan, Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan dan Yang Berhormat Awang Haji Emran Bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara Daerah Temburong.

 

Projek ini adalah selaras dengan rancangan jangka panjang Kementerian Pendidikan dalam menyediakan infrastruktur pendidikan yang lebih kondusif dan berkualiti melalui pelan Rancangan Kemajuan Negara ke-11. Projek yang bernilai $16.3 juta ini mula dilaksanakan pada 16 Februari 2021 dan dijangka siap pada 15 Mei 2022. Pihak Kementerian Pendidikan telah mengamanahkan pengurusan projek tersebut kepada Jabatan Kemajuan, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan dan telah melantik LCY Development Sdn. Bhd.  bagi melaksanakan projek berkenaan melalui kaedah "Design and Build".

 

Dengan reka bentuk yang berkonsepkan moden, bangunan sekolah ini akan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti bilik-bilik darjah, makmal-makmal sains, bilik-bilik khas, bilik perpustakaan, surau, dewan serbaguna, dewan makan, kantin dan Blok Pentadbiran. Selain itu, sekolah ini juga akan dilengkapi dengan prasarana sukan seperti trek dan padang bolasepak.

 

Majlis juga dihadiri Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan pegawai-pegawai kanan daripada Kementerian Pembangunan dan Kementerian Pendidikan serta Pemangku Penolong Pegawai Daerah Temburong, Penghulu Mukim Batu Apoi dan Pemangku Ketua Kampong Batu Apoi.