Amendment of the Second School Term Holiday
Aug 9, 2021
Ministry of Education, Berakas/29 Zulhijjah 1442 corresponding to 09 August 2021 – Subsequent to the recent COVID-19 announcement made by the Ministry of Health, the Ministry
of Education and the Ministry of Religious Affairs are taking precautionary measures to maintain
the well-being and safety of the students and school community by moving forward the second
school term holiday from 12 September 2021 to Wednesday, 11 August 2021 until Tuesday, 17
August 2021. This applies to all primary and secondary schools, colleges, sixth form centres and
private schools under the purview of the Ministry of Education as well as schools under the
Ministry of Religious Affairs.
Technical and vocational institutions, training and lifelong learning centres and institutions of
higher learning will continue online learning and teaching through suitable social media
platforms which has started on Monday, 9 August 2021. Students undergoing work placement
are advised to adhere to the Business Continuity Plan (BCP) at their work place and industrial
training guidelines that have been set by their respective learning institutions.
All educational institutions are to activate their respective Business Continuity Plan (BCP) and
implementing the Work From Home (WFH) method in line with the flexible working
arrangements for all public servants as stated in the Prime Minister's Office Circular with
reference 06/2020.
Further updates will be relayed via official media channels and the Ministry of Education website
in due course subject to the development of the COVID-19 pandemic and advice from the
Ministry of Health.
The Ministry of Education and the Ministry of Religious Affairs in cooperation with the Ministry
of Health will continue to monitor the development of the pandemic and remind schools and
educational institutions to always maintain social distancing and practice good-self hygiene as
well as mandating wearing face masks in public places.
For further queries and information, kindly contact the Ministry of Education’s COVID-19
Operation Centre at 2382396 during office hours.
_______________________________________________________________________
Kementerian Pendidikan, Berakas/29 Zulhijjah 1442 bersamaan 09 Ogos 2021 – Berikutan
perkembangan terkini mengenai COVID-19 seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian
Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama mengambil langkah
berjaga-jaga bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan para pelajar dan warga sekolah
dengan mengubah tarikh bermula cuti penggal kedua persekolahan daripada 12 September 2021
kepada hari Rabu, 11 Ogos 2021 hingga hari Selasa, 17 Ogos 2021. Perubahan cuti ini akan
melibatkan semua sekolah rendah, menengah, maktab, pusat tingkatan enam dan sekolah
swasta di bawah kawalan Kementerian Pendidikan dan juga sekolah-sekolah di bawah kawalan
Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Institusi pendidikan teknikal dan vokasional, pusat-pusat latihan dan pembelajaran sepanjang
hayat dan institusi-institusi pengajian tinggi pula akan meneruskan pengajaran dan pembelajaran
secara dalam talian melalui platform media sosial yang bersesuaian seperti yang telah bermula
pada hari Isnin, 9 Ogos 2021. Mana-mana pelajar yang sedang menjalani penempatan kerja
adalah dinasihatkan untuk mematuhi Business Continuity Plan (BCP) di tempat mereka menjalani
penempatan kerja dan garis panduan latihan industri yang telah ditetapkan oleh institusi
pengajian masing-masing.
Semua institusi pengajian juga diarahkan untuk mengaktifkan Business Continuity Plan (BCP)
masing-masing dan pelaksanaan kaedah Work From Home (WFH) juga diselaraskan dengan
kaedah flexible working arrangements bagi semua warga perkhidmatan awam seperti yang
dinyatakan di dalam Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri bilangan 06/2020.
Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan melalui saluran rasmi media dan laman
sesawang Kementerian Pendidikan dari semasa ke semasa tertakluk kepada perkembangan
jangkitan pandemik COVID-19 ini serta nasihat daripada Kementerian Kesihatan yang akan
dimaklumkan kemudian.
Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama Kementerian
Kesihatan akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini dan seterusnya
mengingatkan warga sekolah dan institusi pengajian untuk sentiasa mengamalkan penjarakkan
sosial, penjagaan kebersihan serta mewajibkan pemakaian sungkup muka apabila berada di
tempat-tempat awam.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, pihak-pihak berkepentingan boleh
menghubungi Pusat Gerakan COVID-19 Kementerian Pendidikan ditalian 2382396 pada waktu
pejabat.