2021 China-ASEAN Vocational Education Exhibition And Forum: 27 September 2021

Sep 27, 2021

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education, Brunei Darussalam attended the 2021 China-ASEAN Vocational Education Exhibition and Forum held virtually today. The event is to promote collaborative innovation and build a platform of exchange and cooperation for technical and vocational education and training between the People's Republic of China and ASEAN Member States, as part of the "Belt and Road" Initiative. It has been held five times since 2012 in Guangxi Zhuong Autonomous Region of People's Republic of China. This year also marks the 30th anniversary of the establishment of dialogue relations between the People's Republic of China and ASEAN Member States.

 

The 2021 China-ASEAN Vocational Education Exhibition and Forum was held in Nanning, Guangxi Zhuong Autonomous Region of the People's Republic of China, via both physical and online, hosted by Ministry of Education and the People's Government of Guangxi Zhuang Autonomous Region of People's Republic of China. The event was attended by Education Ministers, other Ministers and Leaders from the People's Republic of China and ASEAN Member States, directors from international organisations as well as college presidents and entrepreneurs.

 

During the summit forum, Yang Berhormat Minister in his statement among others shared that Brunei Darussalam and the People's Republic of China have a common interest in promoting the progress of technical and vocational education and training, particularly now, where a new variety of disruptive technologies such as Artificial Intelligence (AI), machine learning, 5G and improved connectivity, are demanding higher-level competencies and skills. Yang Berhormat also congratulated the People's Republic of China in hosting this important event, and hoped to further strengthen the collaboration and cooperation that will benefit all parties, as both countries strive to build a prosperous and sustainable future together.

 

Also present during the summit forum was Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education) and officials from the Ministry of Education of Brunei Darussalam.

_________________________________________________________________________

PAMERAN DAN FORUM PENDIDIKAN VOKASIONAL CHINA-ASEAN 2021

27HB SEPTEMBER 2021


Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam telah menghadiri Pameran Dan Forum Pendidikan Vokasional China-ASEAN 2021 yang diadakan secara maya hari ini. Acara ini adalah untuk mempromosikan inovasi yang berkolaboratif serta membangun landasan pertukaran dan kerjasama bagi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional diantara Republik Rakyat China dan Negara-negara Anggota ASEAN, sebagai sebahagian daripada Inisiatif "Belt and Road". Acara tersebut telah diadakan sebanyak lima kali sejak 2012, di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuong Republik Rakyat China. Tahun ini juga menandakan ulang tahun ke-30 penubuhan hubungan dialog antara Republik Rakyat China dan Negara-negara Anggota ASEAN.

GAMBAR DATO.jpeg

Pameran Dan Forum Pendidikan Vokasional China-ASEAN 2021 ini telah diadakan di Nanning, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuong Republik Rakyat China, melalui kaedah fizikal dan dalam talian, yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Rakyat Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang Republik Rakyat China. Acara ini telah dihadiri oleh Menteri-Menteri Pendidikan, Menteri-Menteri dan Pemimpin-pemimpin dari China dan Negara-negara Anggota ASEAN, pengarah-pengarah dari organisasi antarabangsa serta presiden institusi pendidikan dan para usahawan.

 

Dalam majlis forum sidang kemuncak tersebut, Yang Berhormat Menteri antara lainnya mengongsikan bahawa Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China mempunyai kepentingan bersama dalam mempromosikan kemajuan pendidikan dan latihan dan pendidikan teknikal dan vokasional, terutamanya pada masa ini dimana pelbagai disruptive technologies seperti Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence), pembelajaran mesin, 5G dan kesalinghubungan yang lebih baik, dalam menuntut kecekapan dan kemahiran peringkat tinggi. Yang Berhormat Menteri juga mengucapkan tahniah kepada Republik Rakyat China dalam menganjurkan acara berkenaan, dan berharap akan dapat mengukuhkan lagi kolaborasi dan kerjasama yang memberikan manfaat kepada semua pihak dalam usaha untuk meningkatkan masa depan yang sejahtera dan lestari bersama.

 

Turut hadir semasa forum sidang kemuncak ini ialah Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), serta pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.