41st UNESCO General Conference, Paris, France, 09th to 24th November 2021

Nov 11, 2021

Thursday, 11th November 2021 – Her Excellency Datin Paduka Malai Hajah Halimah binti Malai Haji Yussof, Ambassador Plenipotentiary and Extraordinary of Brunei Darussalam to France and the Permanent Representative of Brunei Darussalam to United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) delivered a statement on behalf of the The Honourable Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education at the 41st UNESCO General Conference held at the UNESCO Headquarters in Paris, France from 9th to 24th November 2021.


photo1.png

The conference which convenes every two years was attended by representatives from 193 member states to discuss and review the policies and activities of UNESCO for 2020-2021 in the fields of education, science and culture.


The conference also saw a General Policy Debate where Heads of delegate from each member states had the chance to deliver a national statement on the commitment and development taken in supporting activities under UNESCO in realizing the 2030 Agenda for Sustainable Development.


During the National Statement segment, Her Excellency stated that digital transformation of the education system has now become one of the common coping measures. On this note, the Ministry of Education Brunei Darussalam is fortunate to have established the Educational Technology Centre, prior to the pandemic. As part of its Strategic Plan 2018-2022, the Centre's establishment is intended to support the use of educational technology in teaching and learning towards producing digitally literate learners.  Additionally, Her Excellency highlighted the "Ministry of Education Digital Transformation Plan" through which the Ministry of Education is embarking on with the aim of making digital learning a new norm in our education system. It underlines three main areas; Education Technology, Management Technology, and Enabling Policies and Infrastructure


Her Excellency also emphasized how the digitalization in the delivery of public services and the efforts being made towards a SMART Nation reflect our resilience in overcoming the disruptions brought about by the pandemic. Furthermore, Her Excellency mentioned that digital government is an agenda that the Ministry of Transport and Info Communications has been spearheading, since the launch of its very first national Digital Economy Masterplan 2025 with the vision of "Smart Nation through Digital Transformation". 


The National Statement ended with the assurance that Brunei Darussalam remains committed to achieving the 2030 Agenda for Sustainable Development and the SDGs, and UNESCO's constructive contribution towards the education, science and culture agenda around the world.


Her Excellency was accompanied by officials from the Embassy of Brunei Darussalam in France.

______________________________________________________________________________________________________________


Persidangan Agung UNESCO kali ke-41, 09 – 24 November 2021, Paris, Perancis

 

Rabu, 10 November 2021 – Puan Yang Terutama Datin Paduka Malai Hajah Halimah binti Malai Haji Yussof, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Perancis dan Perwakilan Tetap Negara Brunei Darussalam ke  United Nations Educational Scientific and Cultural Organization (UNESCO) menyampaikan kenyataan selaku wakil Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan semasa Persidangan Agung United Nations Educational Scientific and Cultural Organization (UNESCO) kali ke-41 bertempat di Ibu Pejabat UNESCO di Paris, Perancis pada 09 hingga 24 November 2021.


Persidangan yang diadakan dua tahun sekali ini dihadiri oleh wakil-wakil dari 193 buah ahli negara yang antaralain bertujuan untuk membincangkan dan mengkaji semula dasar-dasar, aktiviti-aktiviti dan program-program dibawah UNESCO bagi tahun 2020-2021 dalam bidang pendidikan, sains dan kebudayaan.


Di samping itu, persidangan turut menyaksikan perbahasan dasar melalui kenyataan kebangsaan di mana ketua delegasi dari negara-negara ahli UNESCO berpeluang untuk menyampaikan mengenai dengan komitmen dan inisiatif yang dijalankan oleh negara-negara ahli dalam mendokong program-program di bawah UNESCO serta dalam merealisasikan Agenda Pembangunan Mampan 2030.


Semasa persidangan tersebut, Puan Yang Terutama mengongsikan mengenai penubuhan Pusat Teknologi Pendidikan, sebelum wabak pandemik COVID-19, dan sebagai sebahagian daripada Pelan Strategik 2018-2022, untuk menyokong penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran ke arah melahirkan pelajar yang celik digital. Di samping itu, Puan Yang Terutama turut menjelaskan mengenai "Pelan Transformasi Digital Kementerian Pendidikan" yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan yang bertujuan untuk menjadikan pembelajaran digital sebagai norma baharu dalam sistem pendidikan kita. Pelan ini menggariskan tiga bidang utama; Education Technology, Management Technology, dan Enabling Policies and Infrastructure.


Seterusnya, Puan Yang Terutama menyatakan bahawa digitization dalam penyampaian perkhidmatan awam dan usaha yang dilakukan ke arah SMART Nation sebenarnya mencerminkan daya tahan kita dalam mengatasi gangguan yang disebabkan oleh wabak ini. Selanjutnya, beliau menyampaikan bahawa kerajaan digital adalah merupakan agenda yang telah diterajui oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, sejak pelancaran Digital Economy Masterplan 2025 yang pertama dengan visi "Smart Nation through Digital Transformation". 


Puan Yang Terutama mengakhiri kenyataan tersebut dengan jaminan bahawa Negara Brunei Darussalam kekal komited untuk mencapai Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan dan Matlamat Pembangunan Mampan, dan sumbangan konstruktif UNESCO terhadap agenda pendidikan, sains dan budaya di seluruh dunia.


Turut mengiringi Puan Yang Terutama ke persidangan tersebut pegawai-pegawai dari Kedutaan Negara Brunei Darussalam di Perancis.