The 3rd Celik-Biz Competition And 8th BigStart Competition Virtual Convention

Nov 13, 2021

Ministry of Education through Entrepreneurship Innovation Centre (EIC) in collaboration with Department of Co-Curricular Education held a virtual convention for the 3rd Celik-Biz Competition and 8th BigStart Competition today.

 

Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Awang Aliuddin bin Hj Abdul Rahman, Deputy Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education, Brunei Darussalam.

 

The 3rd Celik-Biz Competition aims to instil awareness of entrepreneurial mindset and channel entrepreneurship and innovation education into students from an early age. The competition is open to Year 4 and 5 students from government and private primary schools under the purview of Ministry of Education and Ministry of Religious Affairs. In this competition, students were competed in creating a digital business advert and audio pitch on their business ideation.

 

Meanwhile, 8th BigStart Competition aims to expose students to entrepreneurship and innovation in a realistic and practical way while instiling awareness of entrepreneurial mindset. Students also to learn the concept of "Smart Experimentation" which helps in crafting their business ideation during COVID-19 pandemic. This competition is open to Year 9 and 10 students from government and private secondary schools under the purview of Ministry of Education and Ministry of Religious Affairs. In this competition, students were competed in creating a one-pager business ideation, e-poster advert and an audio pitch.

 

This year, a total of 10 teams from 8 primary schools participated in 3rd Celik-Biz Competition and 7 teams from 5 secondary schools for 8th BigStart Competition.

 

The competitions began in October 2021 by complying to the COVID-19 Standard Operating Procedure (SOP) set by the Ministry of Health. Throughout this competition, teachers and students were also given guidance by Entrepreneurship Innovation Centre (EIC) through online sessions via Zoom application.

 

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by a welcoming speech from the Chairperson of the event, Yang Mulia Awang Adna Shatriremie bin Hj A. Abdul Rahman, Acting Assistant Director/ Head of Entrepreneurship Innovation Centre, Ministry of Education.

 

The champion for 3rd Celik Biz Competition was Sekolah Arab Belait with the business ideation of 'Donut Be Sad'.  Sekolah Rendah Rataie was the first runner-up with the business ideation of' Caddies for Kids' while the second runner-up was Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Team 1) with the business ideation of 'Magic Masks'.

Slide1.png

Slide2.png

Slide3.png

The champion for 8th BigStart Competition was Ma'had Islam Brunei (Team 2) with the business ideation of 'QUIZKU'. The first runner-up was St. James' School with business ideation of 'Choyce' while the second runner-up was Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar with business ideation of 'Ar-Rizq SMSAB'.

Slide4.png

Slide5.png

Slide6.png

Among those present during the convention was Acting Director General of Education; Head of Departments; Senior Officers; Head of Clusters, School Leaders and Guidance Teachers from Ministry of Education and Ministry of Religious Affairs. Also attending the event were participants as well as their parents and guardians.

GOH and HODs.png

BIZ 3-01.png

BIZ 2-01.png

_____________________________________________________________________________


MAJLIS KONVENSYEN PERTANDINGAN CELIK-BIZ KALI KE-TIGA (3) 

DAN PERTANDINGAN BIGSTART KALI KE-LAPAN (8)

SECARA DALAM TALIAN (VIRTUAL)

 

Kementerian Pendidikan melalui Pusat Keusahawanan Inovasi (EIC) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Kokurikulum telah mengadakan Majlis Konvensyen Pertandingan Celik-Biz kali ke-tiga (3) dan Pertandingan BigStart kali ke-lapan (8) secara dalam talian (virtual) pada hari ini.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

 

Pertandingan Celik-Biz kali ke-3 adalah bertujuan bagi memupuk kesedaran corak minda keusahawanan (entrepreneurial mindset) serta menyalurkan pendidikan keusahawan dan inovasi kepada pelajar-pelajar dari peringkat awal. Pertandingan ini dibukakan kepada pelajar Tahun 4 dan Tahun 5 di sekolah rendah kerajaan dan swasta di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Dalam pertandingan ini para pelajar bersaing dalam menghasilkan satu digital poster pemasaran dan satu audio pitching bagi idea perniagaan (business ideation).

 

Manakala, pertandingan BigStart kali ke-8 adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar dengan keusahawanan dan inovasi secara realistik dan praktikal disamping memupuk kesedaran pemikiran keusahawanan (entrepreneurial mindset).  Pelajar juga mempelajari konsep Smart Experimentation dimana ia dapat membantu dalam merangka idea perniagaan mereka pada musim pandemik COVID-19. Pertandingan ini dibukakan kepada pelajar Tahun 9 dan Tahun 10 di sekolah menengah kerajaan dan swasta di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Dalam pertandingan ini, para pelajar bersaing dalam menghasilkan satu pager idea perniagaan (business ideation), e-poster pemasaran dan audio pitching idea perniagaan (business ideation) mereka.

 

Pada tahun ini, sebanyak 10 buah pasukan dari 8 sekolah rendah menyertai Pertandingan Celik-Biz kali ke-3 manakala sebanyak 7 buah pasukan dari 5 sekolah menengah mengikuti bagi Pertandingan BigStart Ke-8.

 

Pertandingan-pertandingan ini telah bermula sejak bulan Oktober 2021 mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Sepanjang tempoh pertandingan ini, guru-guru dan para pelajar juga diberikan bimbingan oleh Pusat Keusahawanan Inovasi melalui beberapa sesi dalam talian melalui Aplikasi Zoom.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis, Yang Mulia Awang Adna Shatriremie bin Hj A. Abdul Rahman, Pemangku Penolong Pengarah/Ketua Pusat Keusahawanan Inovasi, Kementerian Pendidikan.

 

Bagi Pertandingan Celik-Biz kali ke tiga (3) tahun 2021, Juara dimenangi oleh Sekolah Arab Belait dengan idea perniagaan mereka 'Donut Be Sad'. Tempat Kedua diraih oleh Sekolah Rendah Rataie dengan idea perniagaan mereka 'Caddies for Kids'. Manakala Tempat Ketiga dimenangi oleh Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Kumpulan 1) dengan idea perniagaan mereka 'Magic Masks'.

 

Manakala Pertandingan BigStart kali ke lapan (8) pada tahun 2021, Juara disandang oleh Ma'had Islam Brunei (Kumpulan 2) dengan idea perniagaan mereka 'QUIZKU'. Manakala idea perniagaan 'Choyce' dari St. James' School telah berjaya meraih Tempat Kedua dan Tempat Ketiga disandang oleh Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar dengan idea perniagaan mereka 'Ar-Rizq SMSAB'.

 

Antara yang hadir dalam majlis tersebut ialah Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan; Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Ketua-Ketua Kluster, Pemimpin-Pemimpin Sekolah dan Guru-Guru Pembimbing dari Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Selain itu, majlis juga dihadiri oleh para peserta dan ibu bapa dan penjaga peserta.