TUESDAY, 4 JANUARY 2022 - In conjunction with the 2022 first school term for government and private primary and secondary schools as well as colleges and sixth form centres under the purview of the Ministry of Education for Year 10 to Year 13 students physically, Yang Berhomat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education and Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Deputy Minister of Education and delegations continued their visit on the second day to several educational institutions separately.
Delegation of the Minister of Education
Yang Berhormat Minister of Education visited four schools in the Tutong District, namely Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Sekolah Rendah Kiudang, Sekolah Rendah Batang Mitus and Sekolah Rendah Birau.


a) Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha
The arrival of Yang Berhormat Minister of Education was welcomed by Yang Mulia Dayang Hajah Amal Nuriyah binti Hj Ahmad Kumpoh, the school's Principal.
Yang Berhormat Minister of Education had the opportunity to witness more closely the implementation of the Standard Operating Procedure (SoP) during students' arrival, ART screening tests and isolation rooms.
Yang Berhormat Minister of Education also visited Year 10 and 11 classrooms and had the opportunity to give words of encouragement to students who will sit for the 'O' and IGCSE level examinations for the year 2022.
Among the other areas that were also visited by Yang Berhormat Minister of Education were the Information Communication Technology (ICT) Room, SENA room, staffroom and library.
b) Sekolah Rendah Kiudang
Yang Berhormat Minister of Education and his delegation continued their working visit to Sekolah Rendah Kiudang. The arrival of the delegation was welcomed by Awang Muhammad Sofian bin Muhammad Jais, Headmaster of the school.
Yang Berhormat Minister of Education began the visit by inspecting the ART screening test rooms and isolation rooms for students at the school.
Yang Berhormat Minister of Education then visited the school hall to witness the preparation of the Home Learning Pack (HLP) for students who do not have access to online learning.
c) Sekolah Rendah Batang Mitus
Yang Berhormat Minister of Education and his delegation continued their visit to Sekolah Rendah Batang Mitus. The arrival of the delegation was welcomed by Yang Mulia Dayang Rosmahwati binti Hj Awang Md Yassin, the school's Headmistress.
While at the school, the delegation was taken to inspect the ART screening test rooms and isolation rooms.
Yang Berhormat Minister of Education also had the opportunity to interact with the teachers at the school. The tour ended with group photo session.
d) Sekolah Rendah Birau
Yang Berhormat Minister of Education and his delegation concluded their visit to Sekolah Rendah Birau. The arrival of the delegation was welcomed by Yang Mulia Dayang Zusniah binti Ahmad, the school's Headmistress.
Yang Berhormat Minister of Education began the visit by taking a closer look at the provision of ART screening test rooms.
Yang Berhormat Minister of Education was then taken to the staffroom and interacted with them.
The visit session ended with a group photo session with the headmistress and teachers at the school.
Delegation of the Deputy Minister of Education
Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh, Deputy Minister of Education visited three schools in Tutong District, namely Sekolah Menengah Muda Hashim, Sekolah Rendah Danau dan Sekolah Rendah Tumpuan Telisai and one school in Brunei Muara District which is Sekolah Menengah Rimba II.


a) Sekolah Menengah Muda Hashim
Yang Mulia Deputy Minister of Education and her delegation began their visit to Sekolah Menengah Muda Hashim. The arrival of the delegation was welcomed by Yang Mulia Dayang Hajah Adimah binti Haji Mohd Said, the school's Principal.
While at the school, Yang Mulia Deputy Minister of Education and delegation was taken to visit the ART screening test area for students and then inspected the laboratory room, ICT room, classrooms and staffroom.
Yang Mulia Deputy Minister of Education also had the opportunity to give words of encouragement and interact online with Year 7 students who are undergoing orientation session.
b) Sekolah Rendah Danau
Yang Mulia Deputy Minister of Education and her delegation then paid a visit to Sekolah Rendah Danau. The arrival of the delegation was welcomed by Yang Mulia Dayang Hajah Zirwatul Yusrani binti Haji Awang Besar, the school's Headmistress.
Yang Mulia Deputy Minister of Education had the opportunity to visit school facilities such as classrooms as well as school preparations to receive students physically in the near future.
c) Sekolah Rendah Tumpuan Telisai
Yang Mulia Deputy Minister of Education and her delegation continued the visit to Sekolah Rendah Tumpuan Telisai. The arrival of the delegation was welcomed by Yang Mulia Dayang Marlia binti Haji Mohammad Said, the school's Headmistress.
Yang Mulia Deputy Minister of Education interacted closely with the teachers especially on teaching and learning during this endemic phase and also reviewed the school infrastructure.
d) Sekolah Menengah Rimba II
Yang Mulia Deputy Minister of Education and her delegation then went to Sekolah Menengah Rimba II. The arrival of the delegation was welcomed by Yang Mulia Dayang Hajah Siti Khadijah binti Haji Damit, Principal of the school.
Yang Mulia Deputy Minister of Education visited the designated ART screening test area for the students and other facilities such as classrooms, Laboratory, Numeracy and Literacy Centre and isolation rooms.
____________________________________________________________________________________
HARI KEDUA LAWATAN KERJA
MENTERI PENDIDIKAN DAN TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN
SEMPENA PERMULAAN PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN AKADEMIK 2022
SELASA, 4 JANUARI 2022 - Sempena sesi persekolahan penggal pertama tahun 2022 bagi sekolah rendah, menengah, maktab dan pusat tingkatan enam kerajaan dan swasta di bawah kawalan Kementerian Pendidikan bagi pelajar-pelajar Tahun 10 hingga Tahun 13 secara fizikal, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan dan Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan beserta rombongan meneruskan lagi lawatan pada hari kedua ke beberapa buah institusi pendidikan secara berasingan.
Rombongan Menteri Pendidikan
Yang Berhormat Menteri Pendidikan telah mengadakan lawatan ke empat buah sekolah di Daerah Tutong iaitu Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Sekolah Rendah Kiudang, Sekolah Rendah Batang Mitus dan Sekolah Rendah Birau.
a) Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha
Ketibaan Yang Berhormat Menteri Pendidikan dialu-alukan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Amal Nuriyah binti Hj Ahmad Kumpoh, Pengetua sekolah berkenaan.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan berkesempatan menyaksikan secara lebih dekat pelaksanaan Standard Operating Procedure (SoP) kehadiran pelajar, ujian saringan ART dan bilik-bilik pengasingan.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan juga berpeluang melawat bilik darjah Tahun 10 dan 11 serta berkesempatan untuk memberikan kata-kata semangat kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan peringkat 'O' dan IGCSE 2022.
Antara kawasan-kawasan lain yang turut dilawat oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan adalah Bilik Information Communication Technology (ICT), bilik SENA, bilik guru-guru dan perpustakaan.
b) Sekolah Rendah Kiudang
Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan rombongan meneruskan lawatan kerja ke Sekolah Rendah Kiudang. Ketibaan rombongan dialu-alukan oleh Yang Mulia Awg Muhammad Sofian bin Muhammad Jais, Guru Besar sekolah berkenaan.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan memulakan lawatan dengan meninjau bilik ujian saringan ART dan bilik-bilik pengasingan bagi para pelajar di sekolah berkenaan.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan seterusnya meninjau dewan sekolah tersebut bagi menyaksikan persediaan Home Learning Pack (HLP) bagi para pelajar yang tidak mempunyai akses kepada kaedah dalam talian.
c) Sekolah Rendah Batang Mitus
Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan rombongan meneruskan lawatan ke Sekolah Rendah Batang Mitus. Ketibaan rombongan dialu-alukan oleh Yang Mulia Dayang Rosmahwati binti Hj Awang Md Yassin, Guru Besar sekolah rendah berkenaan.
Semasa berada di sekolah ini rombongan Yang Berhormat Menteri Pendidikan telah dibawa meninjau bilik ujian saringan ART dan bilik-bilik pengasingan.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan juga berkesempatan berinteraksi dengan para guru di sekolah tersebut. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.
d) Sekolah Rendah Birau
Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan rombongan mengakhiri lawatan ke Sekolah Rendah Birau. Ketibaan rombongan dialu-alukan oleh Yang Mulia Dayang Zusniah binti Ahmad, Guru Besar sekolah berkenaan.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan memulakan lawatan dengan meninjau secara lebih dekat penyediaan bilik ujian saringan ART.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan seterusnya dibawa ke bilik guru-guru serta berinteraksi dengan mereka.
Sesi lawatan diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama guru besar dan tenaga-tenaga pengajar di sekolah tersebut.
Rombongan Timbalan Menteri Pendidikan
Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan telah mengadakan lawatan ke tiga buah sekolah di Daerah Tutong iaitu Sekolah Menengah Muda Hashim, Sekolah Rendah Danau dan Sekolah Rendah Tumpuan Telisai dan sebuah sekolah di Daerah Brunei Muara iaitu Sekolah Menengah Rimba II.
a) Sekolah Menengah Muda Hashim
Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan dan rombongan memulakan lawatan ke Sekolah Menengah Muda Hashim. Ketibaan rombongan di alu-alukan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Adimah binti Haji Mohd Said, Pengetua sekolah berkenaan.
Semasa berada di sekolah tersebut, rombongan Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan di bawa melawat ke ruang tempat ujian saringan ART bagi pelajar-pelajar dan seterusnya meninjau bilik Makmal, bilik ICT, bilik-bilik darjah dan bilik guru-guru.
Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan juga berkesempatan memberikan kata-kata semangat dan berinteraksi secara dalam talian (online) dengan pelajar-pelajar Tahun 7 yang sedang menjalani sesi orientasi.
b) Sekolah Rendah Danau
Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan dan rombongan seterusnya membuat lawatan ke Sekolah Rendah Danau. Ketibaan rombongan dialu-alukan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Zirwatul Yusrani binti Haji Awang Besar, Guru Besar sekolah berkenaan.
Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan berpeluang melawat prasarana-prasarana sekolah seperti bilik-bilik darjah serta persediaan sekolah untuk menerima murid-murid sekolah secara fizikal nanti.
c) Sekolah Rendah Tumpuan Telisai
Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan dan rombongan meneruskan lagi sesi lawatan ke Sekolah Rendah Tumpuan Telisai. Ketibaan rombongan di alu-alukan oleh Yang Mulia Dayang Marlia binti Haji Mohammad Said, Guru Besar sekolah berkenaan.
Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan berinteraksi secara dekat dengan guru-guru sekolah khasnya mengenai pengajaran dan pembelajaran semasa fasa endemik ini dan juga meninjau prasarana-prasarana sekolah.
d) Sekolah Menengah Rimba II
Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan dan rombongan seterusnya beredar ke Sekolah Menengah Rimba II. Ketibaan rombongan dialu-alukan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Siti Khadijah binti Haji Damit, Pengetua sekolah berkenaan.
Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan membuat lawatan ke kawasan khas ujian saringan ART bagi pelajar-pelajar sekolah tersebut dan prasarana-prasarana lain seperti bilik-bilik darjah, bilik Makmal, Numeracy and Literacy Centre, dan bilik-bilik pengasingan.