REGISTRATION FOR PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (PSR) 2O22
Examinations Department, Ministry of Education has opened the registration for Penilaian Sekolah Rendah (PSR) Examination from Wednesday, 1 June 2022 to Thursday, 30 June 2022.
School candidates are required to register from their respective schools. For private candidates, registration forms and further information can be obtained from the Examinations Department, Ministry of Education during office hours. Examinations Department will only accept cash payment during working hours every Monday to Thursday, in the morning from 8:00AM to 11:00AM and in the afternoon, from 1:30PM to 3:00PM and Saturday, from 8:00AM to 10:00AM. For further information, please refer to Surat Pemberitahuan, Examinations Department, Ministry of Education, Bil. 5/2022 through the Ministry of Education website at www.moe.gov.bn.
Completed application form need to be submitted to the Examinations Department no later than Thursday, 30 June 2022.
___________________________________________________________________
PENDAFTARAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (PSR) 2022
Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan telah membukakan pendaftaran Penilaian Sekolah Rendah (PSR) bermula pada hari Rabu, 1 Jun 2022 hingga hari Khamis, 30 Jun 2022.
Calon-calon sekolah hendaklah mendaftar melalui sekolah masing-masing. Bagi calon persendirian, borang-borang pendaftaran dan keterangan lanjut yang berkaitan bolehlah diperolehi dari Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan semasa waktu pejabat dibuka. Jabatan Peperiksaan hanya akan menerima bayaran pendaftaran dengan wang tunai semasa waktu bekerja iaitu setiap hari Isnin hingga Khamis di sebelah pagi, mulai jam 8:00 pagi hingga 11:00 pagi dan di sebelah petang, mulai jam 1:30 petang hingga 3:00 petang dan hari Sabtu, dari jam 8:00 pagi hingga 10:00 pagi. Keterangan lanjut bolehlah dirujuk dalam Surat Pemberitahuan, Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan, Bilangan 5/2022 melalui laman web Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.bn.
Borang-borang pendaftaran peperiksaan yang telah lengkap hendaklah dikembalikan ke Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan tidak lewat pada hari Khamis, 30 Jun 2022.
Surat Pemberitahuan Jabatan Peperiksaan Bilangan 5/2022