Brunei Cambridge G.C.E. ‘AS’ And ‘A’ Level October/November 2020 Examination Results

Jan 23, 2021

The Ministry of Education through the Department of Examination has issued the Brunei Cambridge G.C.E. 'AS' and 'A' Level October/ November 2020 Results today.

1. Brunei-Cambridge G.C.E. 'A' Level Examination

1.1 Out of 1608 candidates who sat for the examination, the overall achievement of at least three (3) 'A' candidates is 1211 candidates or 75.31%, an increase of 4.74%. Meanwhile, the percentage of candidates receiving at least two (2) 'A' levels is 89.05%, an increase of 3.35% and the percentage of candidates receiving one (1) 'A' level is 95.71%, an increase of 1.45% in comparison to 2019 Examinations Results.  

Meanwhile at the school level, candidates with at least three (3) 'A' is 81.45%, an increase of 6.31%. Whereas, the percentage of candidates with at least two (2) 'A' levels is 94.27%, an increase of 3.60% and the percentage of candidates with one (1) 'A' level is 98.36% which is an increase of 1.12%.

Overall, 251 candidates or 15.61% candidates attained 'A' grades and above in 2 to 4 subjects. A total of 31 students attained Grade A* / A in 4 subjects, a total of 105 candidates attained Grade A* / A in 3 subjects and 112 candidates obtained A* / A in 2 subjects.

1.2 Overall 17 subjects have shown an increase between 1.27% and 13.22%. The subjects are Syariah, Usuluddin, Bahasa Melayu, Food Studies, History, Computer Science, Business, Information Technology, Sociology, Biology, Chemistry, Physics, Design and Technology, Accounting, Economics, Mathematics dan Psychology.

Meanwhile 4 subjects have remained the same from last year at 100%, which are Hafaz Al-Quran, Further Mathematics, Physical Education dan Media Studies.


2.0 Brunei-Cambridge G.C.E. 'AS' Level Examination

2.1 Out of 795 candidates who have sat for the examination, 543 candidates obtained at least two (2) 'AS' levels, which is 68.30% and an increase of 5.20%. Meanwhile, 784 or 98.62% achieved at least one (1) 'AS' level, an increase of 6.90% from October/November 2019 results.

2.2 Overall, 120 candidates achieved 'A' grades in at least two subjects.

Students who have sat for the examinations in October/November 2020 may obtain their result slips from their respective schools while private candidates may do so from the Examinations Department, Ministry of Education during office hours.

Candidates who wish to improve their results may register for the Brunei-Cambridge 'AS' and 'A' Level examinations for the May/June 2021 session is still open and closing date for private candidates' registration is on Tuesday, 16 February 2021

Candidates are advised to follow registration deadline and school candidates should refer to their teachers at their respective schools.

____________________________________________________________________

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

BRUNEI-CAMBRIDGE G.C.E. 'AS' LEVEL dan 'A' LEVEL

OKTOBER/NOVEMBER 2020

 Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Peperiksaan pada hari ini telah mengeluarkan keputusan Peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E. 'AS' dan 'A' Level Oktober/November 2020.

1.0       Peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E 'A' Level

1.1       Daripada 1608 calon yang menduduki peperiksaan tersebut, pencapaian secara keseluruhan calon yang memperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) 'A' ialah 1211 calon atau 75.31% iaitu peningkatan sebanyak 4.74%. Manakala, peratus calon mendapat sekurang-kurangnya dua (2) 'A' level ialah 89.05%meningkat  sebanyak 3.35% dan peratus calon memperolehi satu (1) 'A' level ialah 95.71% iaitu meningkat sebanyak 1.45% berbanding daripada keputusan Peperiksaan pada tahun 2019.

      Manakala, di peringkat sekolah pencapaian calon yang memperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) 'A' ialah 81.45%, iaitu meningkat sebanyak 6.31%. Manakala, peratus calon mendapat sekurang-kurangnya dua (2) 'A' level ialah 94.27% meningkat sebanyak 3.60% dan peratus calon memperolehi satu (1) 'A' level ialah 98.36% iaitu meningkat sebanyak 1.12%.

       Pada keseluruhannya seramai 251 calon atau 15.61% calon mendapat gred 'A' ke atas dalam 2 hingga 4 mata pelajaran.  Seramai 31 orang calon sekolah memperolehi Gred A*/A dalam 4 mata pelajaran, sejumlah 105 calon mendapat Gred A*/A dalam 3 mata pelajaran dan 112 calon telah memperolehi Gred A*/A dalam 2 mata pelajaran.

1.2       Pada keseluruhannya sebanyak 17 mata pelajaran menunjukkan pencapaian meningkat di antara 1.27% hingga 13.22%.  Mata-mata pelajaran tersebut ialah Syariah, Usuluddin, Bahasa Melayu, Food Studies, History, Computer Science, Business, Information Technology, Sociology, Biology, Chemistry, Physics, Design and Technology, Accounting, Economics, Mathematics dan Psychology.

Sementara itu 4 mata pelajaran menunjukkan pencapaian yang sama seperti pencapaian tahun 2019 iaitu pencapaian 100.00% bagi mata pelajaran              Hafaz Al-Quran, Further Mathematics, Physical Education dan Media Studies.

2.0     Peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E 'AS' Level

2.1    Pada peringkat Nasional, 795 calon yang menduduki peperiksaan 'AS' Level, calon-calon yang mendapat sekurang-kurangnya dua (2) 'AS' level adalah seramai 543 calon iaitu 68.30% dengan peningkatansebanyak 5.20%.  Manakala, seramai 784 atau 98.62% telah mencapai sekurang-kurangnya satu (1) 'AS' level iaitu meningkat sebanyak 6.90% jika dibandingkan dengan keputusan Oktober/November 2019.

2.2       Sementara, pencapaian calon pada keseluruhannya, 120 calon berjaya mencapai gred 'A' dalam sekurang-kurangnya dua mata pelajaran.

Dimaklumkan juga kepada penuntut-penuntut yang mengambil peperiksaan tersebut supaya mendapatkan slip keputusan mereka di sekolah masing-masing pada waktu sekolah, manakala calon-calon persendirian bolehlah mengambil slip keputusan masing-masing di Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan pada waktu pejabat dibuka.

Dalam perkara ini juga, sukacita disampaikan mana-mana calon yang berhasrat untuk memperbaiki pencapaian keputusan peperiksaan Brunei-Cambridge GCE 'AS' dan 'A' level, pendaftaran bagi bulan Mei/Jun 2021 masih dibukakan dan tarikh tutup pendaftaran bagi calon persendirian ialah pada hari Selasa, 16 Februari 2021.

Calon-calon juga hendaklah mengambil perhatian tarikh tutup pendaftaran bagi yang mendaftar di sekolah hendaklah merujuk kepada guru yang berkenaan di sekolah masing-masing.