Release Of Oct/Nov 2020 B-C GCE ‘O’ Level & IGCSE Examination Results Through Short Messaging Service (SMS)

Jan 25, 2021

The Ministry of Education with the initiative and collaboration from Datastream Digital Sdn. Bhd. (DST), Progresif Sdn. Bhd. and Mach Telecommunications Systems Sdn Bhd (MachTel) will be offering Short Messaging Service (SMS) for the upcoming examination results for B-C GCE 'O' Level & IGCSE Oct/Nov 2020 Examination results.

 

Subscribers (students and parents) who wish to subscribe to this service are required to register on-line through the Ministry of Education's Website at www.moe.gov.bn or the e-Darussalam portal atwww.gov.bn

 

Subscribers will also be able to register through mobile phones via Short Messaging Service and will need to input the following text; MOE<space>REG<space>[CENTRE CODE]<space>[CANDIDATE NUMBER]<space>[CANDIDATE I.C. NO] and send to 8885555 for DST Subscribers or 38666 for Progresif Sdn Bhd Subscribers..

 

Subscribers should also be informed that no charges will be applied for registration through the Ministry of Education's Website or mobile phones.  Subscribers may begin subscribing to this service as of Tuesday, 26 January 2021.

 

Examination results will only be sent to subscribers via SMS upon approval from the Department of Examinations, Ministry of Education to release these results.  Subscribers will be charged an amount of B$3.00 for each SMS result received.

 

With this service, the Ministry of Education hopes that it will benefit the members of the public especially parents and the Ministry of Education's stakeholders in general. 

 

For more information or any further enquiries on how to register, emails can be sent to   mach@machbrunei.com or visit their website at http://www.machbrunei.com/moe

 _______________________________________________________

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN B-C GCE PERINGKAT 'O' LEVEL & IGCSE OKT/NOV 2020 MELALUI PERKHIDMATAN PESANAN RINGKAS (SMS)

 

Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Datastream Digital Sdn. Bhd. (DST), Progresif Sdn. Bhd. dan Mach Telecommunications Systems Sdn. Bhd. (MachTel) akan menawarkan Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) bagi mendapatkan Keputusan Peperiksaan B-C GCE Peringkat 'O' dan IGCSE Oktober/November 2020. 

 

Ibu bapa dan pelajar yang ingin melanggan perkhidmatan ini adalah dikehendaki untuk mendaftar secara atas talian melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.bn atau portal e-Darussalam di www.gov.bn.

 

Pendaftaran juga dapat dilaksanakan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan memasukkan teks berikut: MOE<jarak>REG<jarak>[KOD PUSAT]<jarak>[NOMBOR CALON]<jarak>[NOMBOR I.C. CALON] dan dihantar ke 8885555 bagi pelanggan DST dan 38666 bagi pelanggan Progresif Sdn Bhd.

 

Untuk makluman, tiada bayaran akan dikenakan sewaktu pendaftaran melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan atau telefon bimbit. Ibu bapa dan pelajar boleh mula melanggan perkhidmatan ini mulai pada hari Selasa, 26 Januari 2021.

 

Keputusan peperiksaan hanya akan dihantar kepada pelanggan melalui SMS setelah mendapat kelulusan daripada Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan untuk mengeluarkan keputusan tersebut. Pelanggan akan dikenakan pembayaran sejumlah B$3.00 bagi setiap keputusan SMS yang diterima.

 

Kementerian Pendidikan berharap melalui perkhidmatan yang disediakan ini akan dapat memberi manfaat kepada orang ramai, terutama sekali para ibu bapa dan pihak berkepentingan Kementerian Pendidikan secara umum.

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau ingin menghadapkan sebarang pertanyaan mengenai tatacara pendaftaran, sila hantar pertanyaan ke alamat e-mel mach@machbrunei.com atau layari laman sesawang di http://www.machbrunei.com/moe