Sign In

Announcements

Title

Readathon in BandarKu Ceria

Body


______________________________________________________________________________

Readathon Menceriakan Bandarku Ceria dengan Kepelbagaian Aktiviti Budaya Membaca


Readathon  Jabatan Sekolah-Sekolah anjuran unit Pemantauan Perpustakaan Sekolah (UPPSe) yang diketuai oleh Ketua unit berkenaan Hajah Dayang Sarimah binti Haji Awang Bakir adalah acara yang julung-julung kali diadakan. Tema acara tersebut adalah  ‘Banyak Membaca Cerdaskan Minda’. Aktiviti ini adalah sempena ‘Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia’. Ianya diadakan pada 14 Oktober 2018  yang lalu bertempat di Taman Sir Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi acara tersebut ialah Puan Dr  Hajah Zurina binti Haji Harun Pemangku Pengarah Sekolah-Sekolah. 

readathon 4.jpg
Puan Dr Hajah Zurina binti Haji Harun, Pemangku Pengarah Sekolah-Sekolah menyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz.

Tujuan utama readathon adalah untuk  membantu institusi pendidikan diperingkat Maktab, Menengah dan Rendah yang memerlukan koleksi atau bahan bacaan bagi keperluan budaya membaca.  

Pelbagai aktiviti telah diungkayahkan pada hari tersebut. Aktiviti seumpama ini memberi peluang dan ruang kepada masyarakat umum khususnya para pelajar untuk menimba pengalaman dalam penglibatan acara ‘cabaran santai’ seperti ‘Amazing Race’ / Jejak Warisan dimana para peserta adalah dikalangan pelajar, Ibu bapa, Persatuan Ibubapa Guru (PIBG, dan orang awam)

readathon 3.jpg
Peserta 'Amazing Race / Jejak Warisan'

Dalam aktiviti ‘Cabaran Santai’ peserta Jejak Warisan akan mencari info yang dikehendaki oleh penganjur dimana info-info tersebut ada terpapar diluar kawasan-kawasan bangunan-bangunan kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Bangunan  Radio Televisyen Brunei, Taman Mahkota  Jubli Emas, Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah,  Bangunan Hal Ehwal Agama dan  kawasan Masjid SOAS.

Selain daripada itu aktiviti budaya membaca yang merupakan aktiviti-aktiviti ‘edutainment’ dilaksanakan bagi  memupuk minat dan gemar membaca serta bersifat ‘jalinan’ pelbagai pihak dibukakan kepada orang awam tanpa batasan umur.  

Penglibatan jabatan-jabatan kerajaan, took-toko buku, PIBG, Maktab, Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah dan unit Pemantauan Perpustakaan Sekolah melalui pustakawan di institusi pendidikan telah melaksanakan Budaya Membaca Merentas Keusahawanan yang mana  dapat  menarik individu dari berbagai peringkat umur untuk mencuba pelbagai aktiviti-aktiviti membaca.

readathon 2.jpg

Aktiviti Lakonan – Mari Bercerita adalah salah satu aktiviti Budaya Membaca dari Sekolah Rendah Orang Kaya Besar Imas, Subok


Aktiviti ini juga bertujuan untuk mengembangluaskan program budaya membaca dan mensosialisasikan peranan setiap individu dalam menjayakan program budaya membaca. Ianya juga dapat memberikan impak positif dalam pembangunan sikap bertanggunjgawab bersama terhadap keperluan suka membaca dikalangan masyarakat setempat bagi identiti bangsa dan negara.

Kesan positif daripada aktiviti ini mampu memupuk sikap ehsan dan dermawan dan saling bantu membantu dikalangan warga jabatan dan setempat dengan suasana meriah, santai dan berinfomatif.


Attachments
Created at 10/24/2018 8:16 AM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 10/24/2018 8:17 AM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof