Sign In

Announcements

Title

​REGISTRATION FOR SIJIL PERDAGANGAN BRUNEI (SPB) EXAMINATION JUNE 2024

Body

REGISTRATION FOR SIJIL PERDAGANGAN BRUNEI (SPB) EXAMINATION

JUNE 2024

Sunday, 20 Ramadan 1445 / 31 March 2024

 

BERAKAS – The Ministry of Education through the Examinations Department is pleased to announce that the registration for the Sijil Perdagangan Brunei (SPB) Examination for June 2024 will be open from Monday, 1 April 2024 to Saturday, 4 May 2024. The examination will be held on Friday, 7 June 2024 and Sunday, 9 June 2024.

 

Examination registration for candidates who attended Kelas Pelajaran Lanjutan who wish to sit for this examination is through their respective class teachers. While private candidates can obtain the form and register directly at the Examinations Department Counter, One Stop Service Centre, Ministry of Education.

 

Payment can be made to the Examinations Department Counter, One Stop Service Centre, Ministry of Education in cash only during Ramadan, every Monday to Thursday from 8.15am to 12.00pm and Saturdays from 8.15am to 10.00am only. While registration payment after Ramadan can be made every Monday to Thursday in the morning from 8.00 am to 11.00 am and in the afternoon from 1.30 pm to 3.00 pm except Saturdays, from 8.00 am to 10.00 am only.

 

Further information can be referred to in the Surat Pemberitahuan, Ministry of Education, Bilangan 2/2024 through the Ministry of Education's website at www.moe.gov.bn. Completed examination registration forms along with the required documents and the payment must be submitted to the Examinations Department Counter, One Stop Service Centre, Ministry of Education no later than Saturday, 4 May 2024.​



_______________________________________

PENDAFTARAN PEPERIKSAAN SIJIL PERDAGANGAN BRUNEI

BAGI BULAN JUN 2024

Hari Ahad, 20 Ramadan 1445 / 31 Mac 2024


BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Peperiksaan sukacita memaklumkan bahawa pendaftaran Peperiksaan Sijil Perdagangan Brunei (SPB) bagi bulan Jun 2024 akan dibukakan mulai hari Isnin, 1 April 2024 hingga hari Sabtu, 4 Mei 2024. Peperiksaan ini akan diadakan pada hari Jumaat, 7 Jun 2024 dan hari Ahad, 9 Jun 2024.

 

Pendaftaran peperiksaan bagi calon-calon yang menghadiri kelas Pelajaran Lanjutan yang ingin menduduki peperiksaan ini adalah melalui guru kelas masing-masing. Manakala calon-calon persendirian bolehlah mendapatkan borang dan mendaftar terus ke Kaunter Jabatan Peperiksaan, Pusat Perkhidmatan Setempat, Kementerian Pendidikan.

 

Pembayaran bolehlah dihadapkan ke Kaunter Jabatan Peperiksaan, Pusat Perkhidmatan Setempat, Kementerian Pendidikan secara wang tunai sahaja iaitu pada bulan Ramadan setiap hari Isnin hingga Khamis mulai jam 8.15 pagi hingga 12.00 tengah hari dan hari Sabtu bermula jam 8.15 pagi hingga 10.00 pagi sahaja. Manakala pembayaran pendaftaran selepas bulan Ramadan, pada setiap hari Isnin hingga Khamis di sebelah pagi mulai jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan di sebelah petang mulai jam 1.30 petang hingga 3.00 petang kecuali hari Sabtu, yang bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi sahaja.

 

Keterangan lanjut bolehlah dirujuk dalam Surat Pemberitahuan, Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan, Bilangan 2/2024 melalui laman web Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.bn. Borang-borang pendaftaran peperiksaan yang telah lengkap diisikan beserta dengan dokumen yang dikehendaki dan bayarannya hendaklah dikembalikan ke Kaunter Jabatan Peperiksaan, Pusat Perkhidmatan Setempat, Kementerian Pendidikan tidak lewat pada hari Sabtu, 4 Mei 2024.



Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2024/043 (M)

Tarikh: 21 Ramadan 1445 / 1 April 2024​


Attachments
Created at 3/30/2024 1:36 PM by Nur Ar Mardhiah Binti Hj Mohd Akin
Last modified at 3/31/2024 2:44 PM by Nur Ar Mardhiah Binti Hj Mohd Akin