MINISTRY OF EDUCATION HOSTS MEDALS OF HONOR (PINGAT KERJA LAMA) PRESENTATION CEREMONY IN CONJUNCTION WITH HIS MAJESTY SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR 'ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM'S 77TH BIRTHDAY CELEBRATION
Saturday, 29 Zulhijah 1445H / 6 July 2024M
BERAKAS – The Ministry of Education through the Department of Administration and Services today hosted a presentation ceremony for the recipient of the Long Service Medals (Pingat Kerja Lama) award for the year 2023 in conjunction with His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 77th birthday celebration at The Banquet Hall, Department of Councils of State.
Present as the Guest of Honor was Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Minister of Education.
The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Yang Mulia Awang Nasehin bin Haji Yahya, a Mosque Affairs Officer from Setia Ali Mosque, Pekan Muara.
This was followed by the presentation of the Long Service Medal (Pingat Kerja Lama) to a total of 323 officers and staff from the Ministry of Education including educators from higher education institutions and schools by the Guest of Honor. The closing of the ceremony was marked by the recitation of a Doa Selamat and Doa Kesyukuran for the return of the hajj pilgrims from the Ministry of Education.
The awarding of the Long Service Medal (Pingat Kerja Lama) is in recognition and appreciation from the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam for the services and contributions that have been given throughout the career of the medal recipients. The medal award also serves to motivate and boost the moral of the Ministry's personnel to continuously showcase high-quality work and achieve excellent performance.
Also present were the Permanent Secretaries, Vice Chancellors, Rector, Deputy Permanent Secretaries, Heads of Departments, and officers from the Ministry of Education.
__________________________________________________________________________________
MAJLIS PENYAMPAIAN PINGAT KERJA LAMA (P.K.L.) UNTUK TAHUN 2023
SEMPENA HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR 'ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-77 TAHUN
BAGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA
Hari Sabtu, 29 Zulhijjah 1445H / 6 Julai 2024
BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan telah mengadakan Majlis Penyampaian Pengurniaan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam, Pingat Kerja Lama (P.K.L) bagi Tahun 2023 sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-77 Tahun bagi pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya. Majlis telah berlangsung di Dewan Banquet, Bangunan Dewan Majlis, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Menteri Pendidikan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Nasehin bin Haji Yahya, Pegawai Hal Ehwal Masjid Setia Ali, Pekan Muara.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Pingat Kerja Lama (P.K.L) kepada 323 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan termasuk tenaga pengajar di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan diikuti dengan Doa Kesyukuran di atas kepulangan para jemaah haji Kementerian Pendidikan.
Pengurniaan Pingat Kerja Lama ini adalah sebagai pengiktirafan dan penghargaan dari Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas jasa dan sumbangan kerja yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan para penerima pingat. Ianya juga merupakan satu dorongan motivasi dan penyuntik semangat khususnya kepada warga Kementerian untuk memberikan kualiti kerja yang bermutu tinggi dan mencapai prestasi yang cemerlang secara berterusan.
Turut hadir semasa majlis hari ini ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Naib-Naib Canselor, Rektor, Timbalan -Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan.