CEREMONY TO CELEBRATE RETIRED OFFICERS AND STAFF
MINISTRY OF EDUCATION YEAR 2023
Wednesday, 4 Muharram 1446H / 10 July 2024M
BERAKAS – The Ministry of Education through the Department of Schools and the Department of Special Education held a ceremony to celebrate the officers and staff of the Ministry of Education who retired in 2023 at the An-Naura Hall, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex, Bandar Seri Begawan this afternoon.
A total of 177 officers and staff serving in the Ministry of Education have retired in 2023 consisting of 63 officers and staff from Departments, 114 teachers and staff from primary, secondary, college and higher education institutions under the Ministry of Education
Present as the Guest of Honor was Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Minister of Education.
The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat led by Yang Mulia Mohd Hasnal bin Haji Mohamad, Imam Tingkat 1, Omar 'Ali Saifuddien Mosque.
The ceremony proceeded with a speech of appreciation by Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education) and followed by a speech from Yang Mulia Dayang Hajah Rubiah binti Haji Yacub, former Assistant Vice-Chancellor, Universiti Brunei Darussalam as the retiree representative for the ceremony.
The highlight of the ceremony was the presentation of certificates and souvenirs to retired officers and staff by the Guest of Honour.
The ceremony to celebrate retired officers and staff of the Ministry of Education is an annual event held specifically to appreciate and commemorate the service of retirees during their service.
Also present were the Permanent Secretaries, Vice Chancellors, Rector, Deputy Permanent Secretaries, Heads of Departments, and officers from the Ministry of Education.
___________________________________________
MAJLIS MERAIKAN PEGAWAI-PEGAWAI DAN KAKITANGAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN YANG BERSARA
TAHUN 2023
Hari Rabu, 04 Muharram 1446H | 10 Julai 2024M
Bandar Seri Begawan – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Sekolah-Sekolah dan Jabatan Pendidikan Khas telah mengadakan majlis meraikan pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan yang bersara pada tahun 2023 di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan pada petang hari ini.
Seramai 177 orang pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di Kementerian Pendidikan telah bersara pada tahun 2023 terdiri daripada 63 orang pegawai dan kakitangan dari Jabatan-Jabatan, 114 orang tenaga pengajar dan kakitangan yang bertugas di sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab dan institusi pengajian tinggi di bawah Kementerian Pendidikan.
Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Mulia Mohd Hasnal bin Haji Mohamad, Imam Tingkat 1, Masjid Omar 'Ali Saifuddien.
Majlis diteruskan dengan ucapan penghargaan oleh Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) dan diikuti dengan ucapan dari Yang Mulia Dayang Hajah Rubiah binti Haji Yacub, Mantan Penolong Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam sebagai wakil pesara bagi majlis tersebut.
Acara kemuncak majlis ialah penyampaian sijil dan cenderamata kenang-kenangan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan yang bersara disempurnakan oleh Tetamu Kehormat.
Majlis meraikan pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan yang bersara merupakan acara tahunan yang diadakan khusus bagi menghargai dan mengenang jasa bakti para pesara selama perkhidmatan mereka.
Turut hadir semasa majlis ini ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Naib-Naib Canselor, Rektor, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2024/90 (M)
Tarikh: 4 Muharram 1445H / 10 Julai 2024M