ILAL HIJRAH 1446 CEREMONY MINISTRY OF EDUCATION
Saturday, 7 Muharram 1446 / 13 July 2024
BERAKAS - The Ministry of Education today held a Ilal Hijrah 1446 Ceremony at the Main Hall, New Ministry of Education Building. Present as the Guest of Honour at this ceremony was Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education.
The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah by Muhd Wadihan Azhar bin Rosihan @Daniyal, Year 6 student from Sekolah Rendah Sengkurong meanwhile the Ibrah of the verses recited by Yang Mulia Awang Haji Raminey bin Haji Salleh from Department of Scholarship Management. This was followed by a special religious talk titled "Ilal Hijrah: Apa Kaitannya Dengan Kita?" delivered by the invited speaker, Yang Mulia Dr. Muhammad Yadiy bin Haji Mat Yassin, Assistant Registrar, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).
The event continued with an Islamic Poetry recital titled "Sekudus Perjalanan Hijrah Buat Insan Terpilih," delivered by three student representatives from higher education institutions. Awang Mohamad Hajib Sarhan bin Awang Mohamad Harkani from Universiti Brunei Darussalam (UBD) recited the poetry in Malay; Dayang Nur Nawwarah binti Ewardy Irwan from Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) recited it in Arabic and Dayang Aliyah binti Haji Kamarul Amir Ariffin from Universiti Teknologi Brunei (UTB) recited it in English. To bless the event, the recitation of Doa Selamat and Doa Peliharakan Sultan were recited by Yang Mulia Haji Yunus bin Haji Metusin from the Secretariat of Brunei Darussalam National Accreditation Council.
Among the objectives of this ceremony was to deepen understanding and appreciation of the teaching behind the Hijrah of Prophet Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam. This year's ceremony at the Ministry level was jointly organized by the Department of Scholarship Management and Secretariat of Brunei Darussalam National Accreditation Council.
Also in attendance at the ceremony were Permanent Secretaries, Vice Chancellors, Deputy Permanent Secretaries, Heads of Departments, officers, and staff of the Ministry of Education.
______________________________________________________________________________
MAJLIS SAMBUTAN ILAL HIJRAH 1446 KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Hari Sabtu, 7 Muharam 1446H / 13 Julai 2024M
BERAKAS - Kementerian Pendidikan pada hari ini telah mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1446 bertempat di Dewan Utama, Bangunan Baru Kementerian Pendidikan. Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Muhd Wadihan Azhar bin Rosihan @Daniyal, pelajar Tahun 6 dari Sekolah Rendah Sengkurong sementara Ibrah ayat disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Raminey bin Haji Salleh dari Jabatan Pengurusan Biasiswa. Majlis diteruskan lagi dengan ceramah khas bertajuk "Ilal Hijrah: Apa Kaitannya Dengan Kita?" yang disampaikan oleh penceramah undangan, Yang Mulia Dr Muhammad Yadiy bin Haji Mat Yassin, Penolong Pendaftar Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).
Majlis tersebut juga diserikan dengan persembahan Puisi Islam bertajuk “Sekudus Perjalanan Hijrah Buat Insan Terpilih" yang telah disampaikan oleh tiga orang wakil mahasiswa dan mahasiswi dari institusi-institusi pengajian tinggi. Awang Mohamad Hajib Sarhan bin Awang Mohamad Harkani dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) mendeklamasikan puisi tersebut dalam Bahasa Melayu, manakala Dayang Nur Nawwarah binti Ewardy Irwan dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) mendeklamasikan dalam Bahasa Arab dan Dayang Aliyah binti Haji Kamarul Amir Ariffin dari Universiti Teknologi Brunei (UTB) dalam Bahasa Inggeris. Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dan Doa Allah Peliharakan Sultan dibacakan oleh Yang Mulia Haji Yunus bin Haji Metusin dari Sekretariat Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Brunei Darussalam.
Antara tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meningkatkan pemahaman dan penghayatan mengenai pengajaran di sebalik peristiwa hijrah Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam. Majlis pada tahun ini bagi peringkat kementerian dianjurkan bersama oleh Jabatan Pengurusan Biasiswa dan Sekretariat Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Brunei Darussalam.
Turut hadir pada majlis ini ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Naib-Naib Canselor, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan.