CLOSING CEREMONY OF JATI DIRI 'BERKAT' PROGRAMME
Monday, 28 Safar 1446 / 2 September 2024
BANDAR SERI BEGAWAN – The Ministry of Education today held the Closing Ceremony of Jati Diri 'Berkat' Programme at the Theatre Hall, Brunei-Muara District Office.
Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Dayang Rosimah Sumaimah binti Haji Matassim, Acting Director, Department of Scholarship Management.
The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Yang Mulia Awang Haji Raminey bin Haji Salleh, Scholarship and Welfare Senior Officer, Department of Scholarship Management, Ministry of Education followed by speeches from the Guest of Honour and Awang Abdunnur Al Hakim bin Dr. Haji Tassim, representative of the students participating in the programme. This was followed by performances from the participants and prize presentation to the best participants and groups as well as the presentation of Certificate of Participation to all participants.
This five-day programme, which is held annually, was attended by 66 students under the Government Overseas Scholarship Scheme and Education Loan Assistance Scheme (SBPP), Ministry of Education.
Among the objectives of this programme was to provide early exposure as preparation for new students to begin their studies abroad and to equip them with life skills as well as an understanding of community living. This programme also aimed at strengthening students' identity as citizens of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam based on the Melayu Islam Beraja (MIB) philosophy.
This programme also includes briefings and sharing sessions from senior government officials and representatives from several key agencies, as well as community service activities (Hablum Minannas), serving as a platform for addressing concerns and receiving the latest information.
The closing ceremony and the programme were organised by the Department of Scholarship Management, Ministry of Education. Also present at the ceremony were the programme coordinators and officials from the Ministry of Education.
_______________________________________________
MAJLIS PENUTUP PROGRAM JATI DIRI 'BERKAT'
Hari Isnin, 28 Safar 1446 / 2 September 2024
BANDAR SERI BEGAWAN – Kementerian Pendidikan pada hari ini telah mengadakan Majlis Penutup bagi Program Jati Diri 'Berkat' bertempat di Dewan Teater, Pejabat Daerah Brunei-Muara.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Mulia Dayang Rosimah Sumaimah binti Haji Matassim, Pemangku Pengarah Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Yang Mulia Awang Haji Raminey bin Haji Salleh, Ketua Pegawai Dermasiswa dan Kesejahteraan, Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan diikuti dengan ucapan oleh Tetamu Kehormat dan Awang Abdunnur Al Hakim bin Dr. Haji Tassim, wakil pelajar yang menyertai program ini. Majlis diteruskan dengan persembahan daripada peserta program dan penyampaian hadiah kepada peserta dan kumpulan terbaik serta penyampaian Sijil Penyertaan kepada semua peserta.
Program selama lima hari ini diadakan setiap tahun dan pada tahun ini disertai oleh seramai 66 orang pelajar di bawah Skim Biasiswa Kerajaan Ke Luar Negeri dan Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan (SBPP), Kementerian Pendidikan.
Antara tujuan program ini diadakan adalah bagi memberikan pendedahan awal sebagai persediaan pelajar-pelajar baru untuk memulakan pengajian di luar negara dan mempersiapkan pelajar dari segi kemahiran hidup (life skills) serta cara hidup bermasyarakat. Program ini juga bertujuan untuk mengukuhkan jati diri pelajar sebagai rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang berlandaskan falsafah Melayu Islam Beraja.
Program ini juga merangkumi taklimat dan sesi kongsisama daripada pegawai-pegawai kanan Kerajaan dan beberapa buah agensi berkepentingan serta aktiviti khidmat masyarakat (Hablum Minannas) sebagai wadah untuk menyuarakan pertanyaan dan menerima maklumat terkini.
Majlis penutup dan program ini dikendalikan oleh Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan. Turut hadir pada majlis tersebut ialah penyelaras program serta pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2023/122 (M)
Tarikh: 28 Safar 1446 / 02 September 2024