DIKIR CEREMONY IN CONJUNCTION WITH THE MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM CELEBRATION FOR THE MINISTRY OF EDUCATION AT MASJID PEHIN KHATIB ABDULLAH, KAMPUNG KULAPIS
Tuesday, 6 Rabiulawal 1446 /10 September 2024
KAMPUNG KULAPIS – The Ministry of Education today held a Dikir Ceremony in conjunction with the Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam celebration at Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampung Kulapis.
Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Professor Dr. Haji Noor Azam bin Orang Kaya Maha Bijaya bin Haji Othman, Acting Deputy Permanent Secretary (Policy and Corporate), Ministry of Education.
The ceremony began with the presentation of wakaf contributions from officers and staff of the Ministry of Education, handed over by the Guest of Honour to Yang Mulia Awang Abdul Najib Syawan bin Shahrani, the Imam of Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampung Kulapis followed by a mass Maghrib prayer.
The ceremony continued with the recitation of Surah Al-Fatihah, led by the Guest of Honour, as the start of the Dikir Alhamdu recitation. Following the mass Isyak prayer, the ceremony proceeded with the recitation of Dikir Marhaban and concluded with the Dikir prayer and the Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam led by the Imam of Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampung Kulapis.
This ceremony is one of the Ministry of Education's annual activities to enliven the Maulidur Rasul celebration by reciting selawat and praising the Prophet Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam as a gesture of devotion and gratitude for his contributions. Additionally, the ceremony aims to further enhance the celebration of Islamic holy days while strengthening the relationship between the officers and staff of the Ministry of Education and the mosque congregation.
Also in attendance at the ceremony were Heads of Departments, officers and staff of the Ministry of Education, as well as members of Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampung Kulapis Management Committee.
This year's Dikir Ceremony in conjunction with the Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam celebration for the Ministry of Education was jointly organized by the Institute of Brunei Technical Education and the Department of Educators Management.
_________________________________________________________________________________________________
MAJLIS DIKIR SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN DI MASJID PEHIN KHATIB ABDULLAH KAMPUNG KULAPIS
Hari Selasa, 6 Rabiulawal 1446 /10 September 2024
KAMPUNG KULAPIS – Kementerian Pendidikan pada hari ini telah mengadakan Majlis Dikir Sempena Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bertempat di Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampung Kulapis.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Mulia Profesor Dr. Haji Noor Azam bin Orang Kaya Maha Bijaya Haji Othman, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Korporat), Kementerian Pendidikan.
Majlis didahului dengan penyerahan sumbangan wakaf pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat majlis kepada Yang Mulia Awang Abdul Najib Syawan bin Shahrani, Imam Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampung Kulapis dan diikuti dengan solat Fardu Maghrib berjemaah.
Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Tetamu Kehormat majlis sebagai permulaan bacaan Dikir Alhamdu. Selepas menunaikan solat Fardu Isyak berjemaah, majlis diteruskan dengan bacaan Dikir Marhaban dan diakhiri dengan Doa Dikir serta Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Imam Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampung Kulapis.
Majlis ini merupakan salah satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan untuk memeriahkan lagi suasana Sambutan Maulidur Rasul dengan berselawat dan memuji ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi menunjukkan rasa kasih sayang terhadap jasa-jasa Baginda. Di samping itu, majlis ini juga bertujuan untuk sama-sama menyemarakkan lagi sambutan hari-hari kebesaran Islam disamping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan dengan jemaah masjid.
Turut menghadiri majlis tersebut ialah Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pendidikan serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampung Kulapis.
Majlis Dikir Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam Kementerian Pendidikan bagi tahun ini dikendalikan bersama oleh Institut Pendidikan Teknikal Brunei dan Jabatan Pengurusan Pendidik.