MINISTRY OF EDUCATION'S MAULUD NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM CELEBRATION 1446/2024
Wednesday, 14 Rabiulawal 1446/18 September 2024
BERAKAS - The Ministry of Education today held a Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam Celebration 1446/2024 at the Main Hall, Ministry of Education New Building.
Present as the Guest of Honor is Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education, Brunei Darussalam.
The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa led by Yang Mulia Imam Awang Haji Hanafiah bin Haji Mahmud, Imam of the Kampung Sungai Besar Mosque, followed by a Special Talk entitled 'Kecintaan Para Sahabat Kepada Rasulullah: Antara Bukti Kecerdasan Emosi Rasulullah dalam Pendidikan' by Yang Mulia Ustaz Muhd Yussof bin Haji Abdul Majid, Special Duties Officer Grade II, Counselling and Religious Understanding Division, Department of Syariah Affairs, Ministry of Religious Affairs.
The ceremony concluded with Dikir Marhaban led by Yang Mulia Ustaz Shaifulbahri bin Haji Ahmad from Business Campus, Institute of Brunei Technical Education (IBTE), Ministry of Education.
This ceremony is one of the significant Islamic celebration that is commemorated by the Ministry of Education annually to express gratitude to Allah Subhanahu Wata'ala and deepen our devotion to the Prophet Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam. This year's celebration carries the theme 'Memelihara Akal Berpandukan Sunnah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam'.
Also present were Permanent Secretaries, Vice Chancellors, Rector, Deputy Permanent Secretaries, as well as Heads of Departments and officers from the Ministry of Education.
This year's Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam Celebration Ministry of Education was jointly organized by the Institute of Brunei Technical Education and the Department of Educators Management.
_____________________________________________
BERAKAS – Kementerian Pendidikan pada hari ini telah mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam bagi Tahun 1446H/2024M bertempat di Dewan Utama, Bangunan Baru Kementerian Pendidikan.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
Majlis didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa yang dipimpin oleh Yang Mulia Imam Awang Haji Hanafiah bin Haji Mahmud, Imam Masjid Kampung Sungai Besar dan diikuti dengan Ceramah Khas bertajuk 'Kecintaan Para Sahabat Kepada Rasulullah: Antara Bukti Kecerdasan Emosi Rasulullah dalam Pendidikan' yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Muhd Yussof bin Haji Abdul Majid, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Bahagian Kaunseling dan Kefahaman Agama (KAFA), Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Majlis kemudian diakhiri dengan Dikir Marhaban yang diketuai oleh Yang Mulia Ustaz Shaifulbahri bin Haji Ahmad dari Kampus Perdagangan, Institut Pendidikan Teknikal Brunei, Kementerian Pendidikan.
Majlis ini merupakan salah satu acara hari-hari kebesaran Islam yang diraikan oleh Kementerian Pendidikan pada setiap tahun bagi merafa'kan kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wata'ala dan meningkatkan lagi rasa kecintaan kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Majlis sambutan pada tahun ini membawa tema 'Memelihara Akal Berpandukan Sunnah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam'.
Turut hadir semasa majlis ini ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Naib-Naib Canselor, Rektor, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan.
Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam Kementerian Pendidikan bagi tahun ini dikendalikan bersama oleh Institut Pendidikan Teknikal Brunei dan Jabatan Pengurusan Pendidik.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2024/139(M)
Tarikh: 14 Rabiulawal 1446 /18 September 2024