Sign In

Announcements

Title

MAJLIS MEMBACA SURAH YASIN DAN TAHLIL SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU KALI KE-34

Body

MAJLIS MEMBACA SURAH YASIN DAN TAHLIL BAGI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL KHAIRI WADDIEN, AL-MARHUMAH DULI RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK DAMIT DAN AL-MARHUM DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA HAJI ABDUL AZIM SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU KALI KE-34

Khamis, 15 Rabiulawal 1446 bersamaan 19 September 2024 


Bandar Seri Begawan - Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan petang tadi mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman serta Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Majlis berlangsung di Kubah Makam Diraja, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan. Majlis adalah bersempena dengan Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-34 Tahun 2024.

1tahlil.JPG

Kredit photo: Jabatan Pengajian Islam

Hadir sama di majlis petang tadi ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama.

2tahlil.JPG

Kredit photo: Jabatan Pengajian Islam

3tahlil.JPG

Kredit photo: Jabatan Pengajian Islam

5tahlil.JPG

Kredit photo: Jabatan Pengajian Islam

Turut hadir, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama.


Juga hadir, Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama; dan Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan; Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam; Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap serta ketua-ketua Jabatan dan para pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan.


Bacaan Surah Yasin beramai-ramai dipimpin oleh Yang Mulia Awang Faizal bin Janip / Rosli, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Kampung Tamoi. Diikuti dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah.


Seramai 500 orang terdiri daripada para pegawai kanan dan pegawai serta guru-guru dari institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama menghadiri Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil tersebut.


Tema bagi Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Ke-34, Tahun 2024 ialah Guru Berkualiti Pemacu Transformasi Pendidikan. 


Rujukan: KHEU/BPA/PR427/SEPTEMBER2024
Tarikh: 15 Rabiulawal 1446 bersamaan 19 September 2024 


Attachments
Created at 9/19/2024 3:55 PM by Nur Ar Mardhiah Binti Hj Mohd Akin
Last modified at 9/19/2024 7:12 PM by Nur Ar Mardhiah Binti Hj Mohd Akin