The Ministry of Education through the Department of Planning and Estate Management in collaboration with the Department of Private Education, Ministry of Education held a Korban Ceremony 1443H/2022M at Sultan Sharif Ali Secondary School, Kampong Salambigar, Brunei Darussalam.
Present as the guest of honour and distributing the Korban meat to the Afdal recipients and Korban participants was Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education.


The ceremony is one of the religious activities organised every year by the Ministry of Education and its Departments to commemorate and enliven the great days of Islam. It is aimed to provide an opportunity for officers and staff to do good deeds and give alms to the needy as a sign of obedience and gratitude for the blessings of Allah Subhanahu Wata'ala.
The event began with the recitation of Sayyidul Istighfar and Surah Al-Fatihah led by Awang Muhammad Tsuufiy bin Haji Abd Wahab, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah Kampong Sungai Akar.
This year, a total of seven buffaloes were sacrificed during the ceremony with the participation of forty-nine officials, staff, and family members from the Ministry of Education.
A total of fifty-seven recipients were selected, comprising students from Sultan Sharif Ali Secondary School, Pehin Datu Seri Maharaja Secondary School, and Pengiran Anak Puteri Hajah Masna Secondary School.


The event was also followed by a mass recitation of Selawat Tafrijiyyah led by students from Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Also present were Permanent Secretaries, Vice Chancellor Universiti Brunei Darussalam, Deputy Permanent Secretary (Core Education), Directors, Head of Departments, officers, and staff from the Ministry of Education.
__________________________________________________________________
MAJLIS IBADAH KORBAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN 1443H/2022M
Rabu, 13 Julai 2022 – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Perancangan dan Pengurusan Estet dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Swasta telah mengadakan Majlis Ibadah Korban Kementerian Pendidikan Tahun 1443H / 2022M yang berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Kampong Salambigar, Negara Brunei Darussalam.
Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan pengagihan daging-daging ibadah korban kepada para penerima afdal dan peserta korban ialah Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan.
Majlis ini merupakan salah satu aktiviti keugamaan yang diadakan setiap tahun oleh Kementerian Pendidikan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya bagi memeriahkan dan menyemarakkan lagi hari-hari kebesaran Islam. Majlis juga bertujuan untuk memberi peluang kepada warga Kementerian untuk beramal dan bersedekah kepada golongan yang memerlukan sebagai tanda taat dan bersyukur di atas nikmat kurnia daripada Allah Subhanahu Wata'ala.
Majlis petang tadi dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Muhammad Tsuufiy bin Haji Abd Wahab, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah Kampong Sungai Akar.
Sebanyak tujuh ekor kerbau dikorbankan hasil daripada penyertaan empat puluh sembilan orang pegawai dan kakitangan serta keluarga Kementerian Pendidikan pada tahun ini.
Seramai lima puluh tujuh orang penerima daging ibadah korban yang terpilih bagi Majlis Ibadah Korban Kementerian Pendidikan adalah terdiri daripada penuntut dari Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja dan Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.
Majlis juga diteruskan dengan bacaan Selawat Tafrijiyyah secara beramai-ramai dipimpin oleh pelajar-pelajar Institut Tahfiz Al-quran Sultan Haji Hasssanal Bolkiah.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan.