PENGUMUMAN PENGAMBILAN PUSINGAN PERTAMA HECAS 2023
Hari Isnin, 23 Jamadilakhir 1444H / 16 Januari 2023M
Berakas – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengajian Tinggi sukacita memaklumkan bahawa
pengambilan HECAS 2023 Pusingan Pertama secara dalam talian bagi kemasukan ke Institusi-Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu Universiti Brunei Darusslam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali
(UNISSA), Universiti Teknologi Brunei (UTB), Politeknik Brunei (PB) dan permohonan Biasiswa Kerajaan ke
Luar Negeri di bawah kendalian Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan bagi tahun akademik
2023/2024 akan bermula pada Hari Isnin, 16hb Januari 2023, jam 9.00 pagi dan akan ditutup pada Hari
Khamis, 02hb Mac 2023, jam 3.00 petang. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah di peringkat Ijazah
Pertama, Diploma Tertinggi Kebangsaan dan Diploma Level 5.
HECAS dibukakan kepada pemegang kad pintar Brunei Darussalam yang sah, iaitu kad pintar yang berwarna
Kuning, Unggu atau Hijau. HECAS tidak memproses permohonan di bawah skim Latihan Dalam
Perkhidmatan atau permohonan orang asing yang tidak mempunyai kad pintar yang tersebut di atas.
Pemohon boleh memakai keputusan yang diramal (Predicted Result) untuk memohon ke IPTA (UBD, UNISSA
& UTB) atau permohonan Biasiswa Kerajaan ke Luar Negeri di bawah kendalian Bahagian Biasiswa,
Kementerian Pendidikan. Pemohon yang berjaya akan diberi tawaran bersyarat (Conditional Offer) oleh
institusi berkenaan.
Sebelum tarikh tutup HECAS, pemohon adalah dikehendaki untuk:
1. Membuat pembayaran tertunggak melalui BIBD Mobile Application atau secara tunai di kaunter
pembayaran di kaunter-kaunter berikut:
Kaunter 8 (Unit Tunai dan Hasil), Blok C, Tingkat Bawah, Pusat Perkhidmatan Setempat,
Kementerian Pendidikan;
Pusat Tingkatan Enam Tutong;
Sekolah Menengah Sultan Hassan, Temburong.
2. Memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam Institution Checklist.
Bagi keterangan lanjut, layari laman sesawang Kementerian Pendidikan di http://moe.gov.bn atau laman
sesawang HECAS yang baru di hecas.moe.gov.bn. Sebarang pertanyaan, pemohon boleh berhubung terus
dengan Pentadbiran HECAS melalui emel di ask.hecas@moe.gov.bn atau melalui nombor telefon
2381992/2384149 semasa waktu pejabat.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/08(M)
Tarikh: 23 Jamadilakhir 1444H / 16 Januari 2023M