The convention began with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa by Ustaz Muhammad Ammar Fashan bin Ahmad, an Education Officer from the Sekolah Ugama Arab Menengah Pengiran Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha followed by a welcoming speech from the chairperson of the event, Yang Mulia Awang Adna Shatriremie bin Haji A. Abdul Rahman, Head of Entrepreneurship Innovation Centre (EIC), Ministry of Education.
Also present during the convention were Heads of Departments, Heads of Divisions, Heads of Units and Heads of Centres (under Core Education), Heads of Clusters, senior officers and officers from Ministry of Education, Director and officers from Jabatan Pengajian Islam, special guests, school leaders, teachers and students participating in the competition.
_____________________________________________________________
MAJLIS KONVENSYEN PERTANDINGAN CELIK-BIZ KALI KE EMPAT (4) BAGI PENUNTUT-PENUNTUT SEKOLAH RENDAH SELURUH NEGARA DAN PERTANDINGAN BIGSTART KALI KE SEMBILAN (9) BAGI SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTAB SELURUH NEGARA
Hari Khamis, 04 Rejab 1444H / 26 Januari 2023M
Berakas – Kementerian Pendidikan melalui Pusat Keusahawanan Inovasi (EIC) dengan kerjasama Unit Pendidikan Kewangan, Perkembangan Kurikulum telah mengadakan Majlis Konvensyen Pertandingan Celik-Biz Kali Ke-empat bagi penuntut-penuntut sekolah rendah seluruh negara dan Pertandingan BigStart Kali Ke-sembilan bagi sekolah menengah dan maktab seluruh negara yang diadakan di Dewan Auditorium, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS) pada hari ini.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang diketuai oleh Ustaz Muhammad Ammar Fashan bin Ahmad, Pegawai Pelajaran daripada Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Pusat Keusahawanan Inovasi, Kementerian Pendidikan, Awang Adna Shatriremie bin Haji A. Abdul Rahman.
Pertandingan Celik-Biz Kali Ke-empat dan Pertandingan BigStart Kali Ke-sembilan ialah pertandingan pendidikan keusahawanan dan inovasi yang bertemakan Financial Literacy bagi pelajar-pelajar tahun 4 dan 5 bagi sekolah-sekolah rendah dan tahun 9 dan 10 bagi maktab dan sekolah-sekolah menengah termasuk sekolah-sekolah rendah dan sekolah-sekolah menengah di bawah Jabatan Pendidikan Swasta dan Jabatan Pengajian Islam.
Pertandingan ini bertujuan untuk membantu mempertingkatkan dan menyebarluaskan kepekaan serta kesedaran celik kewangan dalam pendidikan di sekolah-sekolah dan pada masa yang sama menerapkan pendidikan keusawahanan dan inovasi. Ianya juga dapat mendokong agenda Majlis Kebangsaan Celik Kewangan dan sangat relevan dengan pelaksanaan Pendidikan Kewangan khususnya penerapan kompetensi-kompetensi yang terdapat dalam buku Kerangka Brunei Darussalam Financial Literacy Competency Framework For School Children and Adults yang telah diperkenalkan di peringkat rendah dan akan diteruskan pelaksanaannya pada peringkat menengah nanti.
Majlis diserikan lagi dengan tayangan video sepanjang pertandingan dijalankan.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah dan sjili-sijil kepada pemenang-pemenang pertandingan, disampaikan oleh Tetamu Kehormat Majlis.
Bagi Pertandingan Celik-Biz Kali Ke-empat tahun 2022, Juara disandang oleh Kumpulan Amazing 5 dari Sekolah Rendah Lambak Kanan, Jalan 49 dengan produk CERIA 49’s Amazing Race. Tempat Kedua diraih oleh Kumpulan Rataie WORRIORS dari Sekolah Rendah Rataie dengan produk Making Cents: Kids’ Housework. Manakala Tempat Ketiga dimenangi oleh Kumpulan The Mastermind dari Sekolah Rendah Lambak Kanan, Jalan 49 dengan produk Money Ninja.
Bagi Pertandingan BigStart Kali Ke-sembilan pada tahun 2022 pula, Juara disandang oleh Kumpulan Anak Brunei dari Ma’had Islam Brunei dengan produk Brupoly. Manakala kumpulan S.A.S Financial FRIENDS dengan produk Fun NENS dari Sekolah St. Andrew telah berjaya meraih tempat kedua dan tempat ketiga disandang oleh Kumpulan The Counting PROS dari Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri dengan produk Risk Point GAMES.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Unit dan Ketua-Ketua Pusat di bawah Pendidikan Teras, Ketua-Ketua Kluster, Pegawai-Pegawai Kanan di Kementerian Pendidikan, Pemangku Pengarah Jabatan Pengajian Islam, Jemputan-Jemputan Khas, Pengetua dan Guru Besar, dan Guru-Guru Pembimbing dari Kementerian Pendidikan dan Kementerian hal Ehwal Ugama.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/016(M)
Tarikh: 04 Rejab 1444H / 26 Januari 2023