Sign In

Announcements

Title

PRESS CONFERENCE ON THE 9TH HIGHER EDUCATION EXPO 2024

Body


PRESS CONFERENCE ON THE 9TH HIGHER EDUCATION EXPO 2024

 Thursday, 6 Rejab 1445H / 18 January 2024

 

BERAKAS – The Ministry of Education through the Department of Higher Education held a press conference today on the 9th Higher Education Expo 2024 at the Ministry of Education Headquarters.

expo1.PNG

Present to speak to members of the media was Dyg Dina Roslina Hj Aliuddin, Ministry of Education as the Deputy Chairperson of the 9th Higher Education Expo 2024.

expo15.JPG

expo12.JPG

expo13.JPG

expo114.JPG

The 9th Higher Education Expo 2024 will be held on Saturday, 3 February 2024 and Sunday, 4 February 2024 at Hall 2, BRIDEX Jerudong. On Saturday, 3 February 2024, the expo will be open to the public at 10.00am and ends at 5.00pm. Whilst on Sunday, 4 February 2024, the expo will start at 9.00am and ends at 5.00pm.

The 9th Higher Education Expo will conduct webinar (online seminars) sessions through YouTube platform on Monday, 5 February 2024 and Tuesday, 6 February 2024.

This is the Ministry of Education's 9th year to organise the Higher Education Expo and it focuses to:

1.    Provide 'One Stop Information Centre' for Higher Education where all post-secondary educational institutions, government and private higher education institutions including local education agencies provide an overview on the landscape of post-secondary education and higher education, locally as well as internationally.

2.    The expo will provide the public, especially the students, an opportunity to interact with representatives of the higher education institutions and education agencies.

3.    Provides a digital platform for webinar (online seminars) on topics related to multiple opportunities and processes to post-secondary and higher education.

As of 18 January 2024, a total of 39 participants from higher education institutions, educational services agencies and other relevant government and private agencies comprising 14 public and private higher education institutions, 9 international institutions, 2 embassies and 14 public and private agencies.

The public Higher Education Institutions participating in this expo includes:

1.     Universiti Brunei Darussalam (UBD);

2.     Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA);

3.     Universiti Teknologi Brunei (UTB);

4.     Politeknik Brunei (PB);

5.     Institute of Brunei Technical Education (IBTE); and

6.     Youth Development Centre (PPB).

Meanwhile, participants from the private higher education institution are:

1.     Laksamana College of Business (LCB);

2.     Cosmopolitan College of Commerce and Technology (CCCT);

3.     Kemuda Institute (KI);

4.     Brunei Darussalam Institute of Certified Public Accountants Academy Sdn Bhd (BICPA);

5.     Jerudong Park Medical Centre College of Health Sciences (JCHS);

6.     Micronet International College (MIC);

7.     Mahakarya Institute of Arts Asia (MIAA); and

8.     HADtech College (HTC).

9 international institutions joining the expo are 'Okayama University' from Japan; 'Singapore University of Social Sciences' and 'Singapore Management University' from Singapore; 'i-CATS University College', 'University of Technology Sarawak', 'Universiti Islam Selangor' and 'Swinburne University of Technology Malaysia Campus' and 'Enterprise Ireland' from Malaysia and 'University College Dublin' from Ireland.

The Ministry of Education will be sharing the latest and relevant information such as the HECAS Admissions System (HECAS), Government Scholarships, application for the accreditation of courses / qualifications, careers and others during the expo. The Ministry of Education will be represented by the Department of Higher Education, Department of Scholarship Management, Secretariat of Brunei Darussalam National Accreditation Council, Lifelong Learning Centre, the Counselling and Career Development Unit from Department of Schools and Educators Management Department.

Meanwhile, embassies and government agencies participating are:

1.         Embassy of Japan;

2.         Embassy of the United States of America;

3.         Manpower Planning and Employment Council (MPEC), Jabatan Perdana Menteri;

Private agencies participating the expo are:

  1. Brunei Shell Petroleum;
  2. Bank Islam Brunei Darussalam;
  3. Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei Group of Companies;
  4. Royal Brunei Airline Sdn Bhd;
  5. Paradigm Scholar Agency;
  6. Findlay (B) Sdn Bhd
  7. HRDS Educational Services;
  8. CfBT Educational Services;
  9. MEG Educational Services;
  10. James Hon Educational Services;
  11.  Beyond Tomorrow;
  12. Mahkota Maju Sdn Bhd; and
  13. Joffren Omar Company Sdn Bhd.

All are welcomed especially secondary students (leavers with Brunei G.C.E 'O' Level) and pre-university students (leavers with Brunei G.C.E.  'A' Level) or equivalent who are planning to pursue higher education including those who wish to do upskilling or reskilling to visit the 9th Higher Education Expo 2024. In Shaa Allah, the institutions will be sharing information regarding programs such as National Technical Education Certificate (NTec), Higher National Technical Education Certificate (HNTec), Diploma, Bachelor's Degree, Master's Degree and Doctoral Degree as well as.

The benefits of joining the 9th Higher Education Expo 2024 are:

1.       To learn the admission process of different institutions;

2.       To get guidance by Higher Education Experts;

3.       To grab an opportunity for face-to-face interactions with the higher education representatives; and

4.       To gather information on scholarship opportunities.

The 9th Higher Education Expo 2024 will be conducting webinar sessions on Monday, 5 February 2024 and Tuesday, 6 February 2024 from 8.30am to 4.30pm. The webinar is a platform to share information by several educational institutions through the YouTube platform. The session will include sharing application procedures for Higher Education Centralized Admission System (HECAS), scholarship offer opportunities and many more.

The Ministry of Education cordially invites the public, especially students and parents, to visit the 9th Higher Education Expo 2024 at Hall 2, BRIDEX Jerudong. Parking spaces and shuttle bus services will be provided at the Jerudong Park Amphitheatre parking lot. There will be signages to indicate the location of parking lots. The location map can be obtained on the Ministry of Education and Department of Higher Education's website.

123IMG_7953.PNG

Members of the public can get more information through the Ministry of Education's website at https://moe.gov.bn and/or Department of Higher Education's website at https://hiedbrunei.moe.gov.bn/ and through Instagram @moe_brunei and @hiedbrunei.

______________________________________


SIDANG MEDIA BAGI EKSPO PENGAJIAN TINGGI KALI KE-9 TAHUN 2024

Hari Khamis, 6 Rejab 1445H / 18 Januari 2024M

 

BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengajian Tinggi telah mengadakan sidang media mengenai Ekspo Pengajian Tinggi kali ke-9 bagi Tahun 2024 pada hari ini yang berlangsung di Dewan Persidangan 1 (P1), Kementerian Pendidikan.

Hadir bagi menerangkan mengenai ekspo tersebut ialah Yang Mulia Dayang Dina Roslina binti Haji Aliuddin, Pemangku Penolong Pengarah dari Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan selaku Timbalan Pengerusi Projek Ekspo Pengajian Tinggi 2024.

Ekspo Pengajian Tinggi kali ke-9 2024 akan diadakan mulai pada hari Sabtu, 3 Februari 2024 dan hari Ahad, 4 Februari 2024 bertempat di Dewan 2, BRIDEX, Jerudong. Pada hari Sabtu, 3 Februari 2024 ekspo mula dibukakan kepada orang ramai pada jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Manakala, pada hari Ahad, 4 Februari 2024 ekspo bermula pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Ekspo Pengajian Tinggi juga akan mengadakan sesi webinar (seminar secara dalam talian) melalui platform YouTube pada hari Isnin, 5 Februari 2024 dan hari Selasa, 6 Februari 2024.

Ekspo Pengajian Tinggi kali ke-9 diungkayahkan dengan tujuan untuk:

  1. Menyediakan Pusat Informasi Sehenti (One Stop Information Centre) Pengajian Tinggi dimana institusi-institusi dari pengajian pasca menengah, pengajian tinggi awam dan swasta serta agensi-agensi sektor pendidikan dalam negeri untuk memberikan prospek pengajian pasca menengah dan pengajian tinggi yang terdapat di dalam negara dan antarabangsa.
  2. Ekspo ini akan memberikan peluang kepada orang ramai khususnya pelajar untuk bersemuka dengan pihak institusi pengajian tinggi serta agensi-agensi sektor pendidikan bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan.
  3. Menyediakan landasan digital bagi webinar (seminar secara dalam talian) untuk penjelasan pelbagai topik berkaitan peluang dan proses bagi akses ke pasca menengah atau pengajian tinggi.

Setakat hari Khamis, 18 Januari 2024, jumlah institusi pengajian tinggi, agensi perkhidmatan pendidikan dan juga agensi-agensi kerajaan dan swasta yang menyertai Ekspo Pengajian Tinggi kali ke-9 Tahun 2024 adalah sebanyak 39 buah, iaitu terdiri daripada 14 institusi-institusi pendidikan tinggi awam dan swasta dalam negeri, 9 institusi dari luar negara, 2 daripada kedutaan dan 14 agensi-agensi kerajaan dan swasta.

Penyertaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Brunei Darussalam adalah seperti berikut;

1.     Universiti Brunei Darussalam (UBD);

2.     Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA);

3.     Universiti Teknologi Brunei (UTB);

4.     Politeknik Brunei (PB);

5.     Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE); dan

6.     Pusat Pembangunan Belia (PPB).

Manakala berikut adalah penyertaan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta;

1.     Laksamana College of Business (LCB);

2.     Cosmopolitan College of Commerce and Technology (CCCT);

3.     Kemuda Institute (KI);

4.     Brunei Darussalam Institute of Certified Public Accountants Academy Sdn Bhd (BICPA);

5.     Jerudong Park Medical Centre College of Health Sciences (JCHS);

6.     Micronet International College (MIC);

7.     Mahakarya Institute of Arts Asia (MIAA); dan

8.     HADTech College (HTC).

Institusi-institusi dari luar negara yang menyertai ekspo adalah 'Okayama University' dari Jepun; 'Singapore University of Social Sciences' dan 'Singapore Management University' dari Singapura, 'i-CATS University College', 'University of Technology Sarawak', 'Universiti Islam Selangor' dan 'Swinburne University of Technology Malaysia Campus' dan 'Enterprise Ireland' dari Malaysia dan 'University College Dublin' dari Ireland.

Semasa Ekspo Pengajian Tinggi berlangsung, Kementerian Pendidikan juga akan mengongsikan maklumat-maklumat terkini seperti Sistem Pusat Kemasukan ke Pengajian Tinggi atau Higher Education Centralized Admission System (HECAS), Biasiswa-Biasiswa Kerajaan, permohonan bagi mendapatkan pengiktirafan kursus/kelulusan. Di antara jabatan-jabatan di bawah kawalan Kementerian Pendidikan yang menyertai ekspo itu nanti adalah Jabatan Pengajian Tinggi, Jabatan Pengurusan Biasiswa, Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan, Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat, Unit Kaunseling dan Unit Pendidikan Kerjaya dari Jabatan Sekolah-Sekolah dan Jabatan Pengurusan Pendidik.

Sementara penyertaan daripada kedutaan-kedutaan, agensi-agensi kerajaan dalam ekspo adalah:

  1. Kedutaan Jepun;
  2. Kedutaan Amerika Syarikat; dan
  3. Sekretariat Tetap Manpower Planning and Employment Council (MPEC), Jabatan Perdana Menteri.

Agensi-agensi swasta yang turut serta adalah:

  1. Brunei Shell Petroleum;
  2. Bank Islam Brunei Darussalam;
  3. Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei Group of Companies;
  4. Royal Brunei Airline Sdn Bhd;
  5. Paradigm Scholar Agency;
  6. Findlay (B) Sdn Bhd
  7. HRDS Educational Services;
  8. CfBT Educational Services;
  9. MEG Educational Services;
  10. James Hon Educational Services;
  11.  Beyond Tomorrow;
  12. Mahkota Maju Sdn Bhd; dan
  13. Joffren Omar Company Sdn Bhd.

Ekspo ini adalah dibukakan kepada orang awam, khususnya pelajar  lepasan menengah (lepasan Brunei G.C.E. 'O' Level) dan pra universiti (Brunei G.C.E 'A' Level) atau yang berkelulusan sebanding dengannya yang berhasrat untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi termasuk mereka yang ingin mengembangkan kemahiran secara 'upskilling' (meningkatkan kemahiran yang ada) dan 'reskilling' (mempelajari kemahiran baharu yang lain). In Shaa Allah, pihak institusi akan mengongsikan program-program seperti National Technical Education Certificate (NTec), Higher National Technical Education Certificate (HNTec), Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana sehingga program Ijazah Kedoktoran.

Di antara faedah menyertai Ekspo Pengajian Tinggi ke-9 Tahun 2024 ini adalah:

1. Mengetahui tatacara pemohonan ke Institusi-Institusi Pengajian Tinggi;

2. Mendapatkan bimbingan daripada pakar pengajian tinggi;

3. Berpeluang untuk berinteraksi secara bersemuka dengan wakil pendidikan tinggi; dan

4. Mendapatkan maklumat tentang peluang biasiswa.

Ekspo Pengajian Tinggi kali ini juga akan mengadakan sesi webinar secara dalam talian, iaitu pada hari Isnin, 5 Februari 2024 dan hari Selasa, 6 Februari 2024 pada jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Webinar ini akan disampaikan oleh beberapa institusi pendidikan secara dalam talian menerusi platform YouTube. Antara topik yang akan dikongsikan adalah tatacara permohonan Higher Education Centralized Admission System (HECAS) dan peluang-peluang tawaran biasiswa.

Kementerian Pendidikan mengalu-alukan orang awam terutamanya para pelajar dan ibu bapa untuk berkunjung ke Ekspo Pengajian Tinggi kali ke-9 2024 yang akan diadakan di Dewan 2, BRIDEX Jerudong selama dua hari tersebut. Ekspo ini akan menyediakan kemudahan letak kereta dan Perkhidmatan Bas Ulang Alik (Shuttle Bus) yang bertempat di Letak Kereta Jerudong Park Amphitheatre. Papan-papan tanda akan disediakan bagi menunjukkan tempat letak kereta dan perkhidmatan Bas Ulang Alik (Shuttle Bus). Orang ramai boleh mendapatkan peta kedudukan lokasi perkhidmatan berkenaan di dalam laman sesawang Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pengajian Tinggi.

Orang ramai yang berhasrat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ekspo tersebut boleh melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan di https://moe.gov.bn dan laman sesawang Jabatan Pengajian Tinggi di https://hiedbrunei.moe.gov.bn/ dan melalui akaun Instagram @moe_brunei dan @hiedbrunei.

Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2024/012(M)
Tarikh: 6 Rejab 1445 / 18 January 2024

Attachments
Created at 1/18/2024 11:26 AM by Nur Ar Mardhiah Binti Hj Mohd Akin
Last modified at 1/18/2024 5:16 PM by Nur Ar Mardhiah Binti Hj Mohd Akin