ISU PERMAKANAN DAN KENDERAAN SEMASA
ACARA PERARAKAN SEMPENA ISTIADAT PERKAHWINAN DIRAJA
PADA HARI AHAD, 14 JANUARI 2024
Hari Sabtu, 8 Rejab 1445H / 20 Januari 2024M
BERAKAS – Berikutan laporan tentang beberapa isu semasa penyertaan
pelajar-pelajar di acara Perarakan Sempena Istiadat Perkahwinan Diraja pada hari
Ahad, 14 Januari 2024, Kementerian Pendidikan telah membuat siasatan susulan ke
atas pembekal-pembekal yang terlibat dan telah mengenalpasti tindakan-tindakan
yang akan diambil kepada pembekal-pembekal berkenaan.
Kementerian Pendidikan sedang menjalankan penilaian dan mengambil
langkah-langkah ke arah penambahbaikan termasuk mempertingkatkan kerjasama
dengan pihak-pihak yang berkenaan bagi memastikan kelancaran perkara-perkara
yang berkaitan untuk persediaan bagi acara-acara diperingkat Kebangsaan pada masa
yang akan datang.
Berikutan insiden ini, Kementerian Pendidikan amat menyesali dan memohon maaf di
atas sebarang kesulitan yang telah timbul. Kementerian ini sentiasa mengambil serius
mengenai hal-hal yang melibatkan hal ehwal kesejahteraan dan keselamatan
pelajar-pelajar serta guru-guru dan akan terus menekankan pelaksanaan prosedur
yang lebih teratur dan efisien.
Kementerian Pendidikan merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada
semua guru dan pelajar-pelajar di atas penyertaan yang ikhlas dan meriah, dan juga
kepada ibu bapa dan penjaga atas sokongan mereka semasa acara Perarakan
Sempena Istiadat Perkahwinan Diraja.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2024/014(M)
Tarikh: 8 Rejab 1445H / 20 Januari 2024M