Sign In

Announcements

Title

THE OPENING CEREMONY OF INDUCTION PROGRAMME FOR NEW TEACHERS

Body



THE OPENING CEREMONY OF INDUCTION PROGRAMME FOR NEW TEACHERS

25TH - 31ST JANUARY 2024

Thursday, 13 Rejab 1445H / 25 January 2024
 

BERAKAS –The Ministry of Education through the Department of Educators Management today held an Opening Ceremony for an Induction Programme for New Teachers at the Tokyo Hall, Airport Mall, which will run for five days from 25 to 31 January 2024. A total of 125 teachers were involved as participants in this year's induction programme.

The induction programme aims to provide related information before begining their duties and resposibilities as teachers, and as a platform to enhance future collaborations and cooperations with other peers professionally.

Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Deputy Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education, Brunei Darussalam.

The event began with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa followed with a welcoming speech from Yang Mulia Dayang Masdiah binti Awang Haji Tuah, Director of the Department of Educators Management, Ministry of Education, as the Chairperson of the Induction Programme for New Teachers, followed by the Guest of Honor's address and the official opening of the induction programme.

The five-day induction programme will be filled with activities and presentation by the departments from the Ministry of Education and other agencies which include the department of Wawasan from the Prime Minister Office, the department of Mosque Affairs from the Ministry of Religious Affairs, the Brunei History Centre, the Language and Literature Bureau, the department of Crime and Investigation from the Royal Brunei Police Force, the Brunei Malay Teachers Association and other related stakeholders.

Also present at the ceremony were Heads of Departments, Heads of Clusters and Senior Officers from the Ministry of Education.


_________________________________


MAJLIS PEMBUKAAN PROGRAM INDUKSI BAGI TENAGA PENGAJAR BAHARU

25 HINGGA 31 JANUARI 2024

Hari Khamis, 13 Rejab 1445H / 25 Januari 2024M

 
BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Pendidik hari ini mengadakan Majlis Pembukaan Program Induksi bagi 125 orang tenaga pengajar baharu di Dewan Tokyo, Airport Mall yang mana akan berlangsung selama lima hari mulai pada 25 hingga 31 Januari 2024.

Program induksi ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai maklumat-maklumat yang berkaitan sebelum melangkah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai tenaga pengajar   dan sebagai platform untuk menjalinkan hubungan profesional di antara rakan sekerja bagi meningkatkan kerjasama antara satu sama lain di masa akan datang.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Dayang Masdiah binti Awang Haji Tuah, Pengarah Jabatan Pengurusan Pendidik, Kementerian Pendidikan, selaku Pengerusi Jawatankuasa Program Induksi Bagi Tenaga Pengajar Baharu. Seterusnya, majlis diikuti dengan penyampaian ucapan Tetamu Kehormat Majlis dan pembukaan rasmi program induksi.

Pengisian utama program ini termasuk aktiviti dan taklimat daripada jabatan-jabatan dari Kementerian Pendidikan dan agensi-agensi luar termasuk Pejabat Wawasan dari Jabatan Perdana Menteri, Dewan Bahasa dan Pustaka, Pusat Sejarah Brunei, Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Brunei, Jabatan Hal Ehwal Masjid Kementerian Hal Ehwal Ugama, Persatuan Guru-Guru Melayu Brunei dan pihak-pihak yang berkaitan berkepentingan dengan Kementerian Pendidikan.

Turut hadir di majlis ini ialah Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Unit dan Ketua-Ketua Pusat di bawah Pendidikan Teras, Ketua-Ketua Kluster dan Pegawai-Pegawai Kanan di Kementerian Pendidikan.



Rujukan: KPE/CCD/K:2/PR/017(M)
Tarikh: 13 Rejab 1445H / 25 Januari 2024


Attachments
Created at 1/25/2024 8:11 PM by Nur Ar Mardhiah Binti Hj Mohd Akin
Last modified at 1/29/2024 9:12 AM by Nur Ar Mardhiah Binti Hj Mohd Akin