Sign In

Announcements

Title

SOCIALISATION OF STEP CENTRE’S STEAM PROGRAMMES 2024 20, 25 & 27 JANUARY 2024

Body

SOCIALISATION OF STEP CENTRE’S STEAM PROGRAMMES 2024

20, 25 & 27 JANUARY 2024

Wednesday, 15 Rejab 1445 / 27 January 2024


BERAKAS – The Ministry of Education through the Science, Technology and Environment Partnership Centre (STEP Centre), has conducted the Socialisation of STEP Centre’s STEAM Programs 2024 on the 20, 25 and 27 January 2024 at Pusat Tingkatan Enam Sengkurong, Pusat Tingkatan Enam Tutong and Pusat Tingkatan Enam Belait.

step13.jpeg

Present as the chairperson to deliver the welcoming speech was Yang Mulia Dayang Hajah Suriani Binti Haji Noor Hashim, Head of STEP Centre.

step14.jpeg

The session was held to socialise STEAM programs offered by STEP Centre in 2024. A total of over 400 school leaders and representatives from various educational institutions from Ministry of Education and Ministry of Religious Affairs including private and international schools in Brunei Darussalam were present during the socialisation sessions.


During the socialisation, two forum sessions were held on the 20 and 27 January 2024 to share and discuss the innovative STEAM practices conducted in schools, moderated by STEP Centre officers along with forum panellists comprised of school leaders and teachers that has been actively implementing STEAM programs in their respective schools. The forum panellists are Yang Mulia Dayang Noor Hayati Binti Haji Emran from Sekolah Rendah Rimba III, Yang Mulia Awang Haji Masirwan Bin Haji Dolah from Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, Yang Mulia Pengiran Abdul Raub Bin Pengiran Haji Ghani from Sekolah Menengah Berakas, Yang Mulia Awang Haji Muhammad Zuwaini Bin Haji Aliyani from Ma’had Islam Brunei, and Yang Mulia Dayang Nazurah Binti Abdullah from Sekolah Arab Belait. Also invited as one of the forum panellists was Yang Mulia Dr. Dayang Nur Karnina Binti Karim, Head of Seria Energy Lab as one the representatives of STEP Centre’s strategic partners.


The socialisation sessions were concluded with the announcement and certificate presentation of STEAM Active School 2023 which are schools that have actively participated in STEP Centre’s STEAM programs in 2022 and 2023. STEAM Active School 2023 are Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam, Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, Pusat Tingkatan Enam Tutong, Sekolah Menengah Masin, Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Sekolah Rendah Amo, Sekolah Rendah Dato Mohammad Yassin, Sekolah Rendah Pulaie, Sekolah Rendah Pengkalan Batu, Sekolah Rendah Bukit Panggal, Sekolah Rendah Pengiran Setia Negara Pengiran Muhammad Yusof, Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan and Chung Ching Middle School. 


__________________________________


SESI PEMBERIGAAN PROGRAM-PROGRAM STEAM PUSAT STEP 2024

20, 25, DAN 27 JANUARI 2024
Hari Sabtu, 15 Rejab 1445H / 27 Januari 2024M


BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (STEP) telah mengadakan Sesi Pemberigaan Program-Program STEAM Pusat STEP 2024 pada 20, 25 dan 27 Januari 2024 di Pusat Tingkatan Enam Sengkurong, Pusat Tingkatan Enam Tutong, dan Pusat Tingkatan Enam Belait.


Hadir selaku Pengerusi Majlis dan menyampaikan ucapan alu-aluan ialah Yang Mulia Dayang Hajah Suriani binti Haji Noor Hashim, Ketua Pusat STEP.


Sesi tersebut adalah bertujuan untuk memberigakan program-program STEAM yang ditawarkan oleh Pusat STEP pada tahun 2024. Sejumlah lebih kurang 400 orang pemimpin dan wakil sekolah rendah, menengah, maktab dan institusi-institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama serta sekolah-sekolah swasta dan antarabangsa di Negara Brunei Darussalam hadir menyertai pemberigaan tersebut.


Dua sesi forum juga diadakan semasa pemberigaan pada 20 dan 27 Januari untuk mengongsikan dan membincangkan amalan-amalan terbaik pelaksanaan program STEAM yang dipengerusikan oleh pegawai Pusat STEP bersama ahli-ahli panel forum yang terdiri daripada pemimpin sekolah dan guru-guru yang telah dikenalpasti bergiat aktif dalam pelaksanaan program-program STEAM di sekolah masing-masing. Ahli-ahli panel forum yang diundang adalah Yang Mulia Dayang Noor Hayati binti Haji Emran dari Sekolah Rendah Rimba III, Yang Mulia Awang Haji Masirwan bin Haji Dolah dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, Yang Mulia Pengiran Abdul Raub bin Pengiran Haji Ghani dari Sekolah Menengah Berakas, Yang Mulia Awang Haji Muhammad Zuwaini bin Haji Aliyani dari Ma’had Islam Brunei, dan Yang Mulia Dayang Nazurah binti Abdullah dari Sekolah Arab Belait. Turut diundang sebagai ahli panel forum ialah Yang Mulia Dr. Dayang Nur Karnina binti Karim, Ketua Seria Energy Lab iaitu salah sebuah rakan strategik Pusat STEP.


Sesi pemberigaan diakhiri dengan pengumuman dan penyampaian sijil kepada STEAM Active School 2023. STEAM Active School 2023 merupakan sekolah-sekolah yang aktif menyertai program-program STEAM yang dikendalikan oleh Pusat STEP pada tahun 2022 dan 2023. Penerima sijil STEAM Active School 2023 adalah Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam, Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, Pusat Tingkatan Enam Tutong, Sekolah Menengah Masin, Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Sekolah Rendah Amo, Sekolah Rendah Dato Mohammad Yassin, Sekolah Rendah Pulaie, Sekolah Rendah Pengkalan Batu, Sekolah Rendah Bukit Panggal, Sekolah Rendah Pengiran Setia Negara Pengiran Muhammad Yusof, Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan dan Sekolah Menengah Chung Ching. 


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2024/018(M)

Tarikh: 15 Rejab 1445H / 27 Januari 2024M ​


Attachments
Created at 1/27/2024 5:07 PM by Nur Ar Mardhiah Binti Hj Mohd Akin
Last modified at 1/29/2024 9:20 AM by Nur Ar Mardhiah Binti Hj Mohd Akin