Sign In

Announcements

Title

THE 2ND SENIOR OFFICIALS' MEETING (SOM2) AND THE 9TH ASEM EDUCATION MINISTER'S MEETING (ASEMME9)

Body

THE 2ND SENIOR OFFICIALS' MEETING (SOM2) AND
THE 9TH ASEM EDUCATION MINISTER'S MEETING (ASEMME9)

 

Tuesday, 18 Rejab 1445H / 30 January 2024M

 

FLORIANA – Yang Mulia Dr Chin Wei Keh, Deputy Permanent Secretary (Higher Education), Ministry of Education, Brunei Darussalam attended the 9th ASEM Education Minister's Meeting (ASEMME 9) held from 25th to 26th January 2024 at the Grand Hotel Excelsior, Floriana, Malta. The meeting was preceded by the 2nd ASEM Education Senior Officials' Meeting (SOM2) held on the 24th January 2024, with an aim to prepare the ground for ASEMME9 by opening the dialogue on the theme of “Leaving No One Behind".

 2nd SOM2.JPG

Chaired by H.E. Dr. Clifton Grima, Minister for Education, Sport, Youth, Research and Innovation, Malta, ASEMME9 aims to seek closer cooperation between Asia and Europe under the ASEM Education Process and to share and discuss existing and new initiatives and projects, as well as to reconfirm the commitment to continue supporting the ASEM Education Process.

 

The meeting consisted of four (4) roundtable sessions where countries shared their national vision and strategies concerning the following areas: i. Sustainable Development Goals and Education; ii. Recognition and Balanced Mobility; iii. Lifelong Learning (LLL) and Technical and Vocational Education and Training (TVET); and iv. Digitalisation. In this meeting, the Ministries are committed to supporting further implementation of the ASEM Education Strategy 2030 and its accompanying Action Plan, a framework for stronger collaboration and dialogue and an invitation to the ASEM partners and stakeholders to develop, implement and monitor result-oriented initiatives and projects that are realised through the interaction between ASEM Education partners and stakeholders, with the support of the ASEM Education Secretariat, the Asia-Europe Foundation (ASEF), the ASEM-DUO Secretariat and the ASEM Lifelong Learning Hub Secretariat.

 

During the roundtable session on LLL and TVET, Yang Mulia Dr Chin Wei Keh presented on behalf of the Ministry the initiatives taken by Brunei Darussalam to enhance the ecosystem to support lifelong learning.

 

Accompanying the Deputy Permanent Secretary (Higher Education) to these meetings were officials from the Ministry of Education.

_______________________________________


MESYUARAT PEGAWAI-PEGAWAI KANAN ASEM KALI KE-2 (SOM2) DAN
MESYUARAT MENTERI-MENTERI PENDIDIKAN ASEM KALI KE-9 (ASEMME9)

Hari Selasa, 18 Rejab 1445H / 30 Januari 2024M

 

FLORIANA – Yang Mulia Dr Chin Wei Keh, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam telah menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan ASEM kali ke-9 (ASEMME 9) yang diadakan pada 25hb hingga 26hb Januari 2024 di Grand Hotel Excelsior, Floriana, Malta. ASEMME9 telah didahului oleh Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Pendidikan ASEM kali ke-2 (SOM2) yang diadakan pada 24hb Januari 2024, dengan tujuan untuk menyediakan asas bagi ASEMME9 dengan membuka dialog yang bertemakan 'Tidak Meninggalkan Sesiapa Pun'.

 

Dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dr. Clifton Grima, Menteri Pendidikan, Sukan, Belia, Penyelidikan dan Inovasi, Malta, ASEMME9 bertujuan untuk membentuk kerjasama yang lebih erat antara Asia dan Eropah dalam rangka Proses Pendidikan ASEM dan untuk berkongsi dan membincangkan inisiatif dan projek yang sedia ada dan baharu, serta mengesahkan semula komitmen untuk terus menyokong Proses Pendidikan ASEM.

 

Antaralain agenda mesyuarat adalah empat (4) sesi Meja Bulat yang mana Negara-Negara telah mengongsikan mengenai visi dan strategi negara yang berkaitan dengan bidang-bidang berikut: i. Matlamat Pembangunan Mampan dan Pendidikan; ii. Pengiktirafan dan Mobiliti Seimbang; iii. Pembelajaran Sepanjang Hayat (LLL) dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET); dan iv. Pendigitalan. Dalam mesyuarat ini, Menteri-Menteri komited untuk menyokong pelaksanaan lanjut Strategi Pendidikan ASEM 2030 beserta Pelan Tindakannya, iaitu sebuah rangka kerja untuk kerjasama dan dialog yang lebih kukuh serta undangan kepada rakan kongsi dan pihak berkepentingan ASEM untuk membangun, melaksanakan dan memantau inisiatif dan projek yang berorientasikan hasil, yang direalisasikan melalui interaksi antara rakan kongsi Pendidikan ASEM dan pihak berkepentingan, dengan sokongan Sekretariat Pendidikan ASEM (AES), Yayasan Asia-Eropah (ASEF), Sekretariat ASEM-DUO dan Sekretariat Hab Pembelajaran Sepanjang Hayat ASEM.

 

Semasa sesi meja bulat mengenai LLL dan TVET, Yang Mulia Dr Chin Wei Keh bagi pihak Kementerian telah menerangkan mengenai inisiatif yang dijalankan di Negara Brunei Darussalam dalam meningkatkan ekosistem untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat.

 

Turut mengiringi Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) ke mesyuarat-mesyuarat tersebut ialah pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan.


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2024/020(M)

Tarikh: 18 Rejab 1445H / 30 Januari 2024M


Attachments
Created at 1/30/2024 2:32 PM by Nur Ar Mardhiah Binti Hj Mohd Akin
Last modified at 1/30/2024 2:54 PM by Nur Ar Mardhiah Binti Hj Mohd Akin