​THE CLOSING CEREMONY OF INDUCTION PROGRAMME FOR NEW TEACHERS 2024
Wednesday, 19 Rejab 1445H / 31 January 2024M
BERAKAS – The Ministry of Education through the Department of Educators Management today held a Closing Ceremony and Certificate Presentation for the participants of the 2024 Induction Programme at the Tokyo Hall, Airport Mall.
Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Acting Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education, Brunei Darussalam.
The ceremony began with closing remarks of the Induction Programme by Yang Mulia Dayang Masdiah binti Awang Haji Tuah, the Director of the Department of Educators Management, Ministry of Education, as the Chairperson of the Induction Programme for New Teachers Committee.
The ceremony continued with speeches from two participants of the programme, Yang Mulia Dayang Hayatul Shikin binti Abdulkhan, a representative for the participants followed by the reading of the Teacher's Pledge led by Yang Mulia Awang Muhammad Darwish Aiman bin Anizam, one of the participants of the programme.
The ceremony ended with the presentation of certificates to 125 participants as well as certificates and a token of appreciation to representatives from 25 departments from the Ministry of Education and agencies involved throughout the programme, presented by the Guest of Honour.
Also present at the closing ceremony were Heads of Department, Heads of Clusters and senior officers at the Ministry of Education.
___________________________________
MAJLIS PENUTUP PROGRAM INDUKSI BAGI TENAGA PENGAJAR BAHARU TAHUN 2024
Hari Rabu, 19 Rejab 1445H / 31 Januari 2024M
BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Pendidik pada hari ini telah mengadakan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil bagi peserta Program Induksi untuk para tenaga pengajar baharu yang berlangsung di Dewan Tokyo, Airport Mall.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis penutup program induksi ini ialah Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Pemangku Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
Majlis dimulakan dengan ucapan majlis penutup program yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Masdiah binti Awang Haji Tuah, Pengarah Jabatan Pengurusan Pendidik, Kementerian Pendidikan, selaku Pengerusi Jawatankuasa Program Induksi Bagi Tenaga Pengajar Baharu.
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil peserta program, Yang Mulia Dayang Hayatul Shikin binti Abdulkhan diikuti dengan pembacaan Ikrar Guru beramai-ramai yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Muhammad Darwish Aiman bin Anizam, salah seorang peserta program.
Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kepada seratus 125 orang peserta program yang telah menghadiri Program Induksi selama lima (05) hari serta penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan kepada penyampai-penyampai taklimat dan fasilitator yang terdiri daripada 25 buah jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pendidikan serta agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat majlis.
Turut hadir di majlis penutup ini ialah Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-ketua Kluster dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2024/021 (M)
Tarikh: 19 Rejab 1445H / 31 Januari 2024M​