Sign In

Announcements

Title

THE RELEASE OF BRUNEI-CAMBRIDGE G.C.E. 'O' AND IGCSE OCTOBER / NOVEMBER 2023 EXAMINATION RESULTS

Body


KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

BRUNEI-CAMBRIDGE GCE PERINGKAT 'O' DAN

INTERNATIONAL GENERAL CERTIFICATE OF SECONDARY EDUCATION (IGCSE)

SESI OKTOBER/NOVEMBER 2023

Hari Khamis, 20 Rejab 1445H / 01 Februari 2024M


Berakas - Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Peperiksaan pada hari ini telah mengeluarkan keputusan peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E. Peringkat 'O' dan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) sesi Oktober/November 2023.

 

1.     Pencapaian Calon Peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E.Peringkat 'O' / IGCSE

 

1.1 Pada peringkat nasional, seramai 5,738 calon telah menduduki peperiksaan pada sesi Oktober/November 2023. Daripada jumlah ini, 5,621 (97.96%) adalah calon sekolah dan 117 (2.04%) calon persendirian.

 

1.2 Pada peringkat nasional, seramai 1,135 calon (19.78%) telah memperolehi  8 'O' Level dan IGCSE ke atas dan 2,512 calon (43.78%) telah memperolehi 5 'O' Level dan IGCSE ke atas pada peperiksaan sesi Oktober/November 2023. Manakala calon yang memperolehi sekurang-kurangnya 4 'O' level dan IGCSE ke atas adalah seramai 2,946 calon (51.34%).

 

1.3 Pada peringkat sekolah, seramai 1,135 calon (20.19%) telah memperolehi sekurang-kurangnya  8 'O' level dan IGCSE ke atas. Sementara yang memperolehi sekurang-kurangnya 5 'O' level dan IGCSE ke atas adalah seramai 2,512 calon (44.69%). Manakala calon yang memperolehi sekurang-kurangnya 4 'O' level dan IGCSE ke atas adalah seramai 2,946 (52.41%).

 

1.4 Daripada 4,783 calon sekolah kerajaan, seramai 806 calon (16.85%) telah memperolehi sekurang-kurangnya 8 'O' level dan IGCSE ke atas dan 1,926 calon (40.27%) memperolehi sekurang-kurangnya 5 'O' level dan IGCSE ke atas. Manakala calon yang memperolehi sekurang-kurangnya 4 'O' level dan IGCSE ke atas adalah seramai 2,306 (48.21%).

 

1.5 Bagi calon sekolah swasta, daripada seramai 838 calon, seramai 329 calon  (39.26%) telah memperolehi sekurang-kurangnya 8 'O' level dan IGCSE ke atas dan 586 calon (69.93%) memperolehi sekurang-kurangnya 5 'O' level dan IGCSE ke atas. Sementara 640 calon (76.37%) mendapat sekurang-kurangnya 4 'O' level dan IGCSE ke atas di dalam peperiksaan sesi Oktober/November 2023.

 

1.6 Di samping itu, seramai 62 calon sekolah (1.10%) mendapat Gred A*/A dalam 8 hingga 10 mata pelajaran, yang mana 20 daripadanya adalah terdiri daripada calon sekolah kerajaan.

Jadual 1. Pencapaian Calon Sekolah yang memperolehi Gred A*/A

                (Distinction 1/2) dalam 5 hingga 10 mata pelajaran

TahunJumlah Calon Sekolah memperolehi Gred A*/A dalam ​ ​
​10 mata pelajaran9 mata pelajaran8 mata pelajaran
202342038

 

1.7 Sebanyak 18 daripada 49 buah sekolah yang terdiri dari 13 buah sekolah kerajaan dan 5 buah sekolah swasta telah menunjukkan peningkatan di antara 0.32% dan 42.31% daripada pencapaian tahun 2022.

 

2.  Pencapaian dalam mata pelajaran Brunei-Cambridge GCE Peringkat 'O' dan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)

 

2.1 Peratus prestasi calon di peringkat nasional dalam mata pelajaran utama yang mendapat Gred A-C adalah diantara 5.01% dan 79.97%.

 

2.2 Manakala terdapat sejumlah 6 mata pelajaran lain di peringkat nasional    (Gred A-C) yang telah mencapai sekurang-kurangnya 50.00% di dalam peperiksaan sesi Oktober/November 2023.

 

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa penuntut-penuntut yang mengambil peperiksaan tersebut bolehlah mendapatkan slip keputusan mereka di sekolah masing-masing. Manakala calon-calon persendirian dikehendaki mengambil slip keputusan mereka di kaunter Jabatan Peperiksaan, Pusat Perkhidmatan Setempat, Aras Bawah, Blok C, Kementerian Pendidikan pada waktu pejabat dibuka.

 

Dalam perkara ini juga, bagi mana-mana calon yang berhasrat untuk memperbaiki pencapaian keputusan peperiksaan Brunei-Cambridge GCE Peringkat 'O' dan IGCSE, pendaftaran bagi bulan Mei/Jun Tahun 2024 masih dibukakan dan tarikh tutup pendaftaran ialah pada hari Khamis, 15 Februari 2024.

 

Bagi calon-calon sekolah yang berhasrat untuk mendaftar peperiksaan Brunei-Cambridge GCE 'O' Level dan IGCSE sesi Mei/Jun 2024 hendaklah melalui pihak sekolah masing-masing.

 

Maklumat lanjut bagi pendaftaran peperiksaan bagi bulan Mei/Jun Tahun 2024 bolehlah melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.bn atau datang terus ke kaunter Jabatan Peperiksaan, Pusat Perkhidmatan Setempat, Aras Bawah, Blok C, Kementerian Pendidikan pada waktu pejabat dibuka.


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2024/022(M)

Tarikh: 20 Rejab 1445H / 01 Februari 2024M​


Attachments
Created at 2/1/2024 5:28 PM by Nur Ar Mardhiah Binti Hj Mohd Akin
Last modified at 2/1/2024 5:54 PM by Nur Ar Mardhiah Binti Hj Mohd Akin