Sign In

Announcements

Title

A MINOR FIRE INCIDENT IN ONE OF THE MINISTRY OF EDUCATION BUILDING IN JALAN ONG SUM PING

Body

A MINOR FIRE INCIDENT IN ONE OF

THE MINISTRY OF EDUCATION BUILDING IN JALAN ONG SUM PING

Tuesday, 25 Rejab 1445 / 6 February 2024

 

BERAKAS – A minor fire incident was reported on Monday, 5 February 2024 in the afternoon at the Ministry of Education office building located at level 11, Jalan Ong Sum Ping. The situation was brought under control, and all of the Ministry's staff left the building safely.

 

The Fire and Rescue Department managed to prevent the fire from spreading to nearby office buildings and no major damage has been reported. The fire is suspected to be caused by the air conditioning compressor. However, this matter is still under investigation by the authorities.

 

The Ministry of Education seeks the public's cooperation in not spreading misinformation during the ongoing investigations.

_________________________________

INSIDEN KEBAKARAN KECIL DI SALAH SEBUAH BANGUNAN

PEJABAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN DI JALAN ONG SUM PING

Selasa, 25 Rejab 1445 / 6 Februari 2024

 

BERAKAS – Satu insiden kebakaran kecil telah berlaku di salah sebuah bangunan pejabat Kementerian Pendidikan, tingkat 11 di Jalan Ong Sum Ping pada sebelah petang hari Isnin, 5 Februari 2024. Insiden ini adalah dalam keadaan terkawal di mana semua kakitangan Kementerian telah meninggalkan bangunan dengan selamat.

 

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat telah berjaya mengawal kebakaran berkenaan daripada merebak ke bangunan pejabat yang lain dan setakat ini tiada kerosakan signifikan dilaporkan. Kebakaran disyaki berpunca dari kompresor penghawa dingin, namun perkara ini adalah masih dalam siasatan oleh pihak berwajib.

 

Kementerian Pendidikan memohon kerjasama orang awam untuk tidak turut menyebarluaskan maklumat yang tidak tepat semasa siasatan sedang dijalankan.


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2024/025(M)
Tarikh: 26 Rejab 1445 / 6 Februari 2024

Attachments
Created at 2/6/2024 1:09 PM by Nur Ar Mardhiah Binti Hj Mohd Akin
Last modified at 2/6/2024 1:25 PM by Nur Ar Mardhiah Binti Hj Mohd Akin