Sign In

Announcements

Title

THE MINISTRY OF EDUCATION'S WORKING VISIT TO MALAYSIA

Body

THE MINISTRY OF EDUCATION'S WORKING VISIT TO MALAYSIA

Hari Khamis, 5 Syaaban 1445 / 15 Februari 2024

 

PUTRAJAYA – A delegation from the Ministry of Education led by Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education), Ministry of Education, Brunei Darussalam, conducted an official working visit to the Ministry of Higher Education (MoHE), Malaysia from 12 February to 15 February 2024.

IMG_2179.JPG

IMG_2178.JPG

During the visit, Yang Mulia Permanent Secretary (Higher Education) paid a courtesy call on Yang Berbahagia Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Secretary-General, Ministry of Higher Education, Malaysia on 13 February 2024, where both parties engaged in discussions and expressed gratitude for their ongoing and active collaboration in the field of higher education. Also present during the session was Yang Berbahagia Dato' Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Deputy Secretary-General, Ministry of Higher Education, Malaysia and Yang Berusaha Professor Dr. Azlinda binti Azman, Director-General of Higher Education, Ministry of Higher Education, Malaysia.

IMG_2186.JPG

IMG_2183.JPG

IMG_2188.JPG 

The Permanent Secretary (Higher Education) and delegation also had the opportunity to hold several meetings with agencies under the Ministry of Higher Education, Malaysia, namely the Department of Polytechnic Education and Community Colleges (JPPKK), the Higher Education Leadership Academy (AKEPT), the Malaysian Qualifications Agency (MQA) and Education Malaysia Global Services (EMGS) to discuss the direction and opportunities for bilateral cooperation in the field of research and strategic plans for Higher Education.

 

Among the main objectives of the working visit is to discuss the draft Memorandum of Understanding (MOU) between Brunei Darussalam and Malaysia in the Higher Education sector, as well as identify potential initiatives to be explored for cooperation between the two parties. In addition, the Ministry of Education, Brunei Darussalam also intends to expand professional collaboration, and fostering partnerships with stakeholders in the field of education.

 

The Ministry of Education delegation also had the opportunity to hold a courtesy call with Tuan Yang Terutama Brigadier General (Retired) Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Saidin, High Commissioner of Brunei Darussalam in Malaysia to share the progress of the Ministry of Education's working visit and also organize a get together meeting session with the students from the Brunei Darussalam Student Representative Council as well as education attachés in Malaysia.

 

Accompanying the Permanent Secretary (Higher Education) during the working visit were the Director of Higher Education Department as well as officials from the Ministry of Education of Brunei Darussalam.

_______________________


LAWATAN KERJA KEMENTERIAN PENDIDIKAN KE MALAYSIA

Hari Khamis, 5 Syaaban 1445 / 15 Februari 2024

 

PUTRAJAYA – Satu rombongan dari Kementerian Pendidikan yang diketuai oleh Yang Mulia Dr Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Malaysia dari 12 Februari hingga 15 Februari 2024.

 

Semasa lawatan tersebut, Yang Mulia Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) telah membuat kunjungan hormat ke atas Yang Berbahagia Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi, Malaysia pada 13 Februari 2024, di mana kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan serta melahirkan rasa gembira di atas kerjasama yang berterusan dan aktif dalam bidang pengajian tinggi. Turut hadir semasa sesi tersebut ialah Yang Berbahagia Dato' Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi, Malaysia dan Yang Berusaha Profesor Dr. Azlinda binti Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi, Malaysia.

 

Yang Mulia Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) serta rombongan juga telah berpeluang mengadakan beberapa pertemuan bersama agensi-agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi, Malaysia iaitu Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Education Malaysia Global Services (EMGS) bagi membincangkan hala tuju serta peluang kerjasama dua hala dalam bidang penyelidikan dan pelan strategik bagi Pengajian Tinggi.

 

Antara objektif utama lawatan kerja tersebut adalah untuk membincangkan mengenai draf Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia bagi sektor Pengajian Tinggi, serta mengenal pasti inisiatif-inisiatif yang berpotensi untuk diterokai bagi kerjasama di antara kedua buah pihak. Selain itu, Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam juga berhasrat untuk meluaskan kerjasama profesional dan memupuk perkongsian dengan pihak berkepentingan dalam bidang pendidikan.

 

Delegasi Kementerian Pendidikan juga berkesempatan mengadakan kunjungan hormat bersama Tuan Yang Terutama Brigadier General (Bersara) Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Saidin, Pesuruhjaya Tinggi Brunei Darussalam ke Malaysia bagi mengongsikan perkembangan lawatan kerja pihak Kementerian Pendidikan Negara Brunei ke Malaysia dan seterusnya mengadakan sesi perjumpaan ramah mesra bersama penuntut-penuntut Majlis Perwakilan Pelajar Negara Brunei Darussalam serta pegawai-pegawai ataci pendidikan di Malaysia.

 

Turut menyertai rombongan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) semasa lawatan kerja tersebut ialah Pengarah Pengajian Tinggi, Jabatan Pengajian Tinggi serta pegawai-pegawai daripada Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam.


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2024/027 (M)

Tarikh: 5 Syaaban 1445 / 15 Februari 2024​



Attachments
Created at 2/15/2024 3:03 PM by Nur Ar Mardhiah Binti Hj Mohd Akin
Last modified at 3/5/2024 1:56 PM by Nur Ar Mardhiah Binti Hj Mohd Akin